CSR | Jumpstart
Menuju Masa Depan Yang Lebih Cerah
Mengenai Jumpstart
HLB Jumpstart merupakan program tanggungjawab sosial Hong Leong Bank yang memberi peluang kepada usahawan dan perusahaan sosial memulakan perniagaan sendiri. Program ini bertujuan untuk membantu perniagaan mereka mencapai tahap keuntungan untuk jangkamasa yang lebih panjang, selaras dengan salah satu teras strategi kelestarian Hong Leong Bank, iaitu “Pelaburan Komuniti”.
Kami juga bekerjasama dengan pakar-pakar dari pelbagai berbagai bidang seperti dari sektor kewangan, penjenamaan, pengiklanan dan banyak lagi, untuk menolong membimbing usahawan yang menyertai program ini.
HLB Jumpstart menyediakan modal serta sokongan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memulakan perniagaan. Individu tersebut berpeluang meraih kedudukan kewangan yang stabil melalui perniagaannya.
Berikut adalah dua cara HLB Jumpstart membantu:
Sertai kumpulan usahawan wanita terpilih yang telah dibimbing untuk mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan mereka. Program HLB Jumpstart membantu individu melalui:
Sokongan pembiayaan
Pementoran & latihan untuk memperbaiki
kemahiran perniagaan dan kewangan
Irene adalah pengusaha Dumowangi yang menambah pendapatan melalui jualan sayur dan herba organik yang segar. Beliau menggaji lebih 30 orang kampung untuk membuka peluang kepada mereka meraih kestabilan kewangan.
Rakyat Malaysia dibantu memulakan perniagaan e-dagang untuk memperolehi pendapatan tetap demi kehidupan yang lebih baik.
Program HLB Jumpstart membantu individu melalui:
Pementoran & latihan asas keusahawanan
Menyediakan produk untuk dijual di
platform e-dagang tanpa perlu mengambil sebarang stok fizikal
Sokongan logistik bersama rakan program
HLB Jumpstart yang menguruskan penghantaran produk
Raja Gouri kini menjadi usahawan e-dagang yang berjaya meraih pendapatan tetap untuk menyara 5 orang anaknya. Beliau mampu melaksanakan semua ini sambil menjaga anak-anaknya.
Lihat video untuk mengetahui bagaimana HLB Jumpstart membantu individu seperti
Irene, Raja Gouri dan Sofiyah'
Perusahaan sosial juga dikenali sebagai perniagaan yang berasaskan kebaikan untuk masyarakat. Perusahaan ini adalah organisasi yang bertujuan untuk mengatasi cabaran sosial, kewangan dan alam sekitar dalam komuniti. Ia juga bermaksud bahawa perusahaan sosial menerapkan strategi komersil untuk menghasilkan perubahan berimpak besar dalam komuniti masing-masing. Berikut adalah beberapa perusahaan sosial yang menyertai HLB Jumpstart:
SURI menjadikan pengitaran semula kain denim sebagai fokus utama. Kain denim dijadikan beg bergaya, dompet, bantal gebu, selipar denim inspirasi pereka, kimono dan termasuklah T-shirt. Setakat ini mereka membimbing dan menggaji 40 orang ibu tunggal dari komuniti di Klang. Ibu-ibu tunggal tersebut kemudiannya meningkatkan kemahiran bekerja dan mendapat kebebasan kewangan.
Green Hero beroperasi sebagai perniagaan minuman dan makanan online yang menjual lebihan makanan pada harga berpatutan. Tujuannya untuk mengurangkan pembaziran makanan dan komuniti kurang berkemampuan dapat membeli makanan berkhasiat pada harga yang lebih murah.
Coffee For Good bermatlamat untuk memastikan belia kurang berkemampuan mendapatkan kemahiran serta peluang kerja dalam industri minuman dan makanan tanpa sebarang halangan. Mereka menyediakan kemahiran bekerja dan peluang pekerjaan kepada belia-belia yang menunjukkan kegigihan dengan melatih mereka sebagai barista kopi yang mahir.
The Asli Co. beraspirasi untuk memperkasakan ibu-ibu daripada kaum Orang Asli dengan matlamat jangka panjang. Matlamat ini bertujuan untuk membebaskan diri daripada kemiskinan dan menyokong pendidikan anak mereka. Buat masa ini, 42 ibu daripada kaum Orang Asli dilatih untuk menghasilkan dan menjual sabun artisan, pasu pokok sukulen dalam rumah, pelitup muka fabrik patuh WHO, cecair pembasmi kuman untuk tangan, penyembur disinfeksi dan banyak lagi.
Benak Raya Enterprise memelihara warisan perladangan beras tradisional Simanggang dengan membantu komuniti peladang Iban dan menyediakan mereka dengan pendapatan tetap. Setakat ini mereka menggaji 16 orang kampung dalam lingkungan komuniti perladangan B40 di luar bandar. Mereka menghasilkan pelbagai rangkaian produk berasaskan beras seperti minuman, produk kecantikan dan straw beras.
Primus Wellness merupakan sebuah perusahaan sosial yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk memperkasakan komuniti berpendapatan rendah terutamanya golongan wanita seperti ibu tunggal dan suri rumah. Melalui bimbingan Primus Wellness, mereka diberi platform untuk menjalankan perniagaan menjual produk Moringa sebagai sumber pendapatan.
Refiller Mobile merupakan gerai mudah-alih sisa sifar yang pertama di Malaysia. Mereka menawarkan perkhidmatan isi semula barangan rumah yang mesra alam seperti bahan detergen, makanan kering dan barangan keperluan peribadi. Pelanggan mampu mengisi semula barangan keperluan rumah dengan bekas sendiri, selanjutnya mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan jejak karbon.