Dapatkan pemberitahuan masa sebenar

Hong Leong Bank akan memaklumkan kepada pemegang kad melalui Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS untuk setiap transaksi yang dibuat melalui kad debit/-i mereka di mana amaun melebihi amaun ambang tertentu yang ditetapkan oleh Bank. Jumlah yang telah ditetapkan itu tertakluk kepada perubahan oleh Bank dari semasa ke semasa.
 

Untuk menerima Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect, pemegang kad perlu memuat turun dan membuat sekurang-kurangnya satu log masuk ke dalam Aplikasi HLB Connect. Nombor telefon mobile terbaru pemegang kad dalam rekod Hong Leong Bank akan digunakan untuk tujuan menghantar SMS amaran transaksi.
 

Harap maklum bahawa pemegang kad boleh menetapkan amaun ambang pilihan mereka bagi Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS amaran transaksi atau untuk memilih keluar daripada perkhidmatan Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS amaran transaksi ini.
 

Untuk berbuat demikian, pemegang kad dikehendaki menghantar permohonan mereka dengan melengkapkan Borang Penyelenggaraan Perkhidmatan Amaran Transaksi Kad Debit/Kad Debit-i Amaran Transaksi, yang boleh didapati melalui laman web Hong Leong Bank www.hlb.com.my atau di cawangan Hong Leong Bank berhampiran. 
 

Klik sini, untuk muat turun borang (ENGBM)