HLB berada di sini untuk memberi anda sokongan yang terbaik untuk perniagaan jenis milikan tunggal anda.
Kami menjadikan perbankan lebih mudah supaya anda boleh fokus untuk mengembangkan perniagaan anda.
Kerani Pentadbiran (Admin Clerk): Bantuan untuk perniagaan anda
Ciri Admin Clerk ini membolehkan anda mengagihkan tugas harian kepada pembantu atau pekerja yang dipercayai. Mereka boleh mengakses Akaun Perniagaan untuk:
Anda mempunyai kawalan penuh ke atas tetapan akses dan transaksi Admin Clerk anda, seperti:
Perbankan mudah di satu tempat
Mudah & Selamat
Jika anda adalah pengguna HLB Connect sedia ada, log masuk sekarang untuk menikmati ciri-ciri ini
Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Hanya Pemilik Tunggal/Pemilik Perniagaan sahaja yang boleh menambah Kerani Pentadbiran. Ini caranya:
Langkah 1: Klik pada Akaun Perniagaan yang anda ingin tetapkan pada Kerani Pentadbiran.
Langkah 2: Pada halaman ‘Business Account’, klik ‘Add’ untuk mencipta kelayakan log masuk HLB Connect untuk Kerani Admin anda.
Langkah 3: Sediakan yang berikut untuk Kerani Pentadbiran anda:
i) Butiran Kerani Pentadbiran (iaitu Nama, nombor Telefon Mudah Alih, Alamat emel & Tarikh Lahir)
ii) Butiran log masuk HLB Connect Kerani Pentadbiran (iaitu Nama Pengguna, Kata Laluan & Gambar Keselamatan)
iii) Tetapkan had harian yang diperlukan dan akses kepada fungsi/transaksi yang dibenarkan
Langkah 4: Semak butiran dan masukkan enam digit TAC yang dihantar ke Telefon Mudah Alih anda yang berdaftar dengan Bank.
Sebagai peringatan apabila menetapkan butiran log masuk untuk Kerani Pentadbiran anda:
- JANGAN gunakan kata laluan yang sama seperti log masuk HLB Connect individu anda.
- JANGAN gunakan kata laluan yang sama untuk Kerani Pentadbiran yang berbeza.
(i) 'Beri' akses Kerani Pentadbiran
Jika sebelum ini anda telah membuang akses Kerani Pentadbiran yang sedia ada, ikut langkah di bawah untuk membolehkan/mengaktifkan semula:
Langkah 1: Klik pada Akaun Perniagaan yang anda ingin bolehkan/aktifkan semula akses Kerani Pentadbiranan
Langkah 2: Pada halaman ‘Business Account’ , klik ‘Manage’ di bawah nama Kerani Pentadbiran yang sedia ada. Anda akan melihat bahawa status profil ialah ‘Disabled’
Langkah 3: Pada halaman ‘Manage Admin Clerk’, skrol ke bawah ke 'Profile Status’ dan klik ‘here’ untuk membolehkan akses. Sekiranya anda ingin menukar had harian/akses fungsi, klik 'Edit Details’ di bawah ‘Account & Permission Settings’
Langkah 4: Semak butiran dan masukkan enam digit TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan Bank
(ii) ‘Buang’ akses Kerani Pentadbiran
Langkah 1: Klik pada ‘Business Account’ yang anda ingin buang akses Kerani Pentadbiran
Langkah 2: Pada halaman ‘Business Account, klik ‘Manage’ di bawah nama Kerani Pentadbiran sedia ada. Anda juga akan melihat bahawa status profil ialah 'Active’
Langkah 3: Pada halaman ‘Manage Admin Clerk’, skrol ke bawah ke ‘Profile Status’ dan klik ‘here’ untuk membuang akses
Anda perlu meluluskan transaksi dalam masa 7 hari (dikira termasuk Hujung Minggu & Cuti Umum) daripada tarikh permintaan yang dibuat oleh Kerani Pentadbiran anda, jika tidak, ia akan dibatalkan.
Langkah 1: Klik pada ‘Business Account’. Anda akan melihat butang yang mengatakan ‘Pending Approval’
Langkah 2: Dalam halaman ‘Requests’, anda boleh memilih dengan mengelik di kotak pilihan transaksi tunggal atau pukal (maksimum 5 transaksi akan disenaraikan) untuk ‘Approve’ atau ‘Reject’
Langkah 3: Sebaik sahaja anda mengklik ‘Approve', halaman pengesahan akan muncul. Sebagai pemilik akaun, anda dikehendaki meluluskan transaksi anda melalui AppAuthorise pada HLB Connect App’
Langkah 4: Klik ‘Sahkan’ (Approve) atau ‘Tolak’ (Reject) di AppAuthorise pada HLB Connect App anda. Jika anda telah meluluskan berbilang transaksi pada satu masa, anda akan melihat ringkasan nilai transaksi anda
Langkah 5: Semak HLB Connect Online untuk melihat status akhir transaksi anda