Pengenalan
Berikutan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan The Association of Banks in Malaysia (ABM) pada April 30, 2020 sila maklum bahawa:
- Selaras dengan Akta Sewa Beli 1967, para peminjam yang memilih untuk mengambil bahagian atau sudah mengambil bahagian sejak bulan April dan Mei 2020 perlu memberikan Persetujuan untuk Mengambil Bahagian (Consent to Participate) sebelum 30 September 2020. Borang Persetujuan Atas Talian sudah tersedia di laman web kami.
- Pihak Bank akan menghubungi peminjam Sewa Beli/Sewa Beli-i yang berkenaan untuk mendapatkan persetujuan mereka agar mereka dapat meneruskan program penangguhan.
Berikut akan diaplikasikan ke atas pembayaran/pembiayaan anda, sekiranya anda memilih untuk mengambil bahagian dalam program penangguhan tersebut.
Peminjam akan terus dapat menikmati Program Penangguhan Sewa Beli/Sewa Beli-i tetapi perlu menyatakan persetujuan supaya kami boleh menormalkan moratorium yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Anda perlu menyatakan penyertaan untuk Program Penangguhan dengan menerima terma yang terkandung di dalam Persetujuan Program Penangguhan Sewa Beli/Sewa Beli-i.
Jika kami tidak menerima permohonan anda untuk menyertai program ini selewat-lewatnya 30 September 2020, kemudahan anda akan dikecualikan daripada Program Penangguhan. Anda kemudian perlu mula membuat bayaran ansuran bulan Jun mengikut tarikh yang ditetapkan. Rujuk Soalan Lazim untuk memahami apa yang anda perlu buat untuk ansuran tertangguh bulan April dan Mei 2020.
Jika kami tidak menerima persetujuan anda selewat-lewatnya 30 September 2020, anda akan dikecualikan daripada program penangguhan. Jika anda tidak mahu menyertai program ini, anda perlu:
- Mula membayar ansuran pada bulan Jun 2020
- Jika anda tangguhkan ansuran bulan April dan Mei, anda perlu selesaikan semua ansuran tersebut sebelum 30 September 2020
Jika tidak,
- Akaun anda akan tertunggak, dan ini boleh menyebabkan tindakan kutipan/pemulihan dari kami,
- Anda akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 8% setahun untuk Pinjaman Sewa Beli dan 1% setahun untuk Pembiayaan Sewa Beli-i
Jika anda ingin menyertai program ini, sila berikan persetujuan anda terhadap terma dan syarat yang terkandung di dalam Persetujuan Program Penangguhan Sewa Beli/Sewa Beli-i.
Semasa tempoh penangguhan, tiada faedah/keuntungan yang akan dikenakan ke atas ansuran tertangguh.
Ya, saya ingin menerima Program Penangguhan Pinjaman/Pembiayaan Kemudahan Sewa Beli/Sewa Beli-i dan bersetuju dengan Persetujuan Program Penangguhan Sewa Beli/Sewa Beli-i
Apa yang anda perlukan sebelum mempersetujui Program Penangguhan ini?
Jika anda mempunyai beberapa pinjaman/pembiayaan, isi borang berlainan untuk setiap satu tetapi anda boleh menggunakan kod 6-digit yang sama untuk semua
Baca dan fahami penerangan program penangguhan ini
Sila rujuk Soalan Lazim untuk penjelasan lanjut mengenai pilihan-pilihan ini.
Klik di sini untuk muat turun Soalan Lazim bagi Program Penangguhan Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli/Sewa Beli-i kami.