Yang berikut ini juga mungkin menarik minat anda
Ciri & Manfaat
Pulangan Tunai 20% Bagi Faedah
Ansuran Bulanan Serendah RM126*
Tanpa Cagaran dan Penjamin
Tempoh Pembayaran Balik Fleksibel Sehingga 5 Tahun
Kelayakan Pendapatan Minimum RM24,000 Setahun
Permohonan mudah melalui Cawangan Bank, Laman Sesawang dan Perbankan Dalam Talian HLB Connect
Pinjaman sehingga RM250,000
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kelayakan
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Pendapatan tahunan minima sebanyak RM24,000
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Pilihan perlindungan Takaful**
- Lindungi orang tersayang dari bebanan pinjaman anda sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
Bayaran sumbangan tunggal untuk perlindungan sehingga lima tahun
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
*Berdasarkan tempoh pembiayaan 5 tahun untuk RM5,000, dan semasa Tempoh Pulangan Tunai.
Tertakluk terma dan syarat lain.
**Produk takaful ditaja jamin oleh Hong Leong MSIG Takaful Berhad. Hong Leong MSIG Takaful Berhad ialah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk kepada Risalah TIPS PIDM atau hubungi Hong Leong MSIG Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Pemohon Individu (Bergaji) | Pemohon Individu (Bekerja Sendiri) | ||||
---|---|---|---|---|---|
Pendapatan Tetap | Pendapatan Tidak Tetap | Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Tersenarai Awam | |||
Syarikat Mulitnasional | Syarikat Lain-lain | Syarikat Mulitnasional | Syarikat Lain-lain | ||
Dokumen Pengenalan | Bahagian depan dan belakang Kad Pengenalan | Bahagian depan dan belakang Kad Pengenalan | |||
1. Pendaftaran Perniagaan untuk bukti minimum 2 tahun operasi perniagaan ATAU 2. Sijil Profesional/Amalan dan Bukti Perniagaan Beroperasi 2 tahun ATAU 3. Lesen Perniagaan 2 tahun terkini untuk Sabah/Sarawak. |
|||||
Dokumen Pendapatan | Slip gaji 1 bulan terkini ATAU | Slip gaji 3 bulan terkini + Penyata bank 3 bulan terkini untuk membuktikan pengkreditan gaji/KWSP/CPF ATAU | Slip gaji 6 bulan terkini ATAU | Slip gaji 6 bulan terkini + Penyata bank 6 bulan terkini untuk membuktikan pengkreditan gaji/KWSP/CPF ATAU | Penyata bank syarikat 6 bulan terkini ATAU |
Penyata bank peribadi 3 bulan terkini (dengan bukti pengkreditan gaji 3 bulan terkini) ATAU | Slip komisen 6 bulan terkini ATAU | Slip komisen 6 bulan terkini + Penyata bank 6 bulan terkini untuk membuktikan pengkreditan gaji/KWSP/CPF ATAU | - | ||
Penyata KWSP/CPF terkini (dengan bukti pengkreditan 3 bulan terkini) ATAU | Penyata KWSP/CPF terkini (dengan bukti pengkreditan 3 bulan terkini) ATAU | Penyata KWSP/CPF terkini (dengan bukti pengkreditan 6 bulan terkini) ATAU | Penyata KWSP/CPF terkini (dengan bukti pengkreditan 6 bulan terkini) ATAU | Penyata KWSP 6 bulan terkini (hanya untuk Sdn Bhd sahaja) ATAU | |
Borang EA/IR terkini untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura (EA/IR mesti bertarikh 12 bulan lepas dari tarikh cetakan) ATAU | - | Borang EA/IR terkini untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura (EA/IR mesti bertarikh 12 bulan lepas dari tarikh cetakan) ATAU | - | - | |
Borang BE 2 tahun terkini dengan resit pembayaran yang sepadan/NOA 2 tahun terkini untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura | Borang BE 2 tahun terkini dengan resit pembayaran yang sepadan/NOA 2 tahun terkini untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura | Borang BE 2 tahun terkini dengan resit pembayaran yang sepadan/NOA 2 tahun terkini untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura | Borang BE 2 tahun terkini dengan resit pembayaran yang sepadan/NOA 2 tahun terkini untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura | Borang B terkini dengan resit pembayaran yang sepadan | |
Dokumen Pilihan | Pendapatan sewa (Perjanjian Penyewaan yang sah dengan bukti pengkreditan penyata bank 3 bulan terkini dan Bil Utiliti 1 bulan terkini) | ||||
Bukti bonus 2 tahun | - | ||||
Pelaburan Tunai (FD, Dana Bersama, dan lain-lain) | - |
Amaun Kemudahan yang Diluluskan |
Kadar Faedah Rata (setahun.) | Ansuran Bulanan Sebelum Tempoh Pulangan Tunai (RM) |
Ansuran Bulanan Semasa Tempoh Pulangan Tunai (RM) |
||
---|---|---|---|---|---|
2 Tahun |
5 Tahun |
2 Tahun |
5 Tahun |
||
5,000 | 12.50% | 265 | 140 | 224 |
126 |
50,000 | 11.00% | 2,545 | 1,295 | 2,179 |
1,165 |
100,000 | 10.00% | 5,000 | 2,500 | 4,334 |
2,262 |
150,000 | 9.00% | 7,375 | 3,625 | 6,475 |
3,304 |
Nota:
- Anggaran Kadar Faedah Rata antara 9.00% setahun sehingga 12.50% setahun, bergantung kepada Ansuran Bulanan, Amaun Kemudahan yang Diluluskan, Tempoh Kemudahan dan Saluran Permohonan.
- Kadar Faedah Berkesan daripada 15.71% setahun sehingga 22.42% setahun.
- Jadual di atas menunjukkan sebagai ilustrasi untuk pelanggan dengan pendapatan bulanan yang sah RM4,000 dan ke atas.
- Ansuran bulanan sebelum tempoh pulangan tunai akan dibundarkan kepada RM5 yang paling hampir.
Notis Penting :
Sila klik sini untuk senarai fi dan caj yang lengkap.
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
Bahasa Malaysia
1. Apakah Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank (HLB)?
Pinjaman Peribadi HLB ialah pinjaman bertempoh tidak bercagar dengan kadar faedah tetap yang tidak memerlukan cagaran atau penjamin.
2. Apakah faedah utama Pinjaman Peribadi HLB?
- Pulangan tunai atas faedah apabila anda membayar tepat-pada-masanya.
- Kadar faedah yang menarik.
- Permohonan mudah.
- Tempoh bayaran balik 2 tahun (24 bulan) hingga 5 tahun (60 bulan).
3. Siapakah yang layak memohon Pinjaman Peribadi HLB?
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun, bekerja bergaji atau bekerja sendiri (termasuk pemilikan tunggal) bekerja di Malaysia dengan pendapatan minimum RM24,000 setahun.
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun, bekerja bergaji di Singapura dengan pendapatan minimum SGD24,000 setahun.
4. Adakah Pembiayaan Peribadi-i tersedia?
Ya, sila layari laman sesawang Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong Islamic Bank (HLISB) untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pembiayaan Peribadi-i.
5. Berapakah jumlah minimum dan maksimum pinjaman yang saya boleh pinjam?
Amaun pinjaman minimum ialah RM5,000 dan jumlah amaun pinjaman maksimum ialah RM250,000. Semua pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada penilaian kredit.
6. Apakah tempoh pinjaman minimum dan maksimum yang ada?
Tempoh pinjaman minimum ialah 2 tahun (24 bulan) dan tempoh pinjaman maksimum ialah 5 tahun (60 bulan).
7. Bagaimana saya memohon Pinjaman Peribadi HLB?
- Kunjungi mana-mana cawangan HLB
- Mohon dalam talian melalui laman sesawang HLB
- Mohon melalui Perbankan Dalam Talian di HLB Connect Online
8. Bagaimana saya membuat bayaran bulanan?
- Tunai atau cek di mana-mana cawangan HLB di seluruh negara
- Tunai atau cek melalui mesin deposit Tunai/Cek di cawangan HLB terpilih
- Cek melalui pos
- Arahan Tetap daripada akaun Semasa/Simpanan anda
- Pembayaran dalam talian melalui HLB Connect Online (Pengguna HLB Connect Sahaja)
9. Bagaimana saya akan menerima amaun kemudahan?
Amaun kemudahan akan disalurkan ke akaun semasa atau simpanan peribadi anda yang ditetapkan. Akaun peribadi mesti dibuka, dikendalikan dan diselenggara di bawah pemohon Pinjaman Peribadi.
10. Bagaimana saya menyemak status permohonan saya?
Anda boleh menjejaki status permohonan anda di laman sesawang HLB di bawah "Jejaki Permohonan Saya."
11. Bagaimana saya tahu permohonan saya telah diluluskan atau ditolak?
Anda akan dimaklumkan melalui SMS apabila permohonan pinjaman anda diluluskan atau ditolak.
12. Berapakah caj pembayaran lewat?
Semua ansuran yang tidak dibayar tepat pada waktunya akan dikenakan caj lewat. Caj lewat ialah 1% setahun ke atas jumlah ansuran tertunggak sehingga tarikh pembayaran balik bulanan penuh (asas rehat harian).
13. Apakah Penyelesaian Awal?
Penyelesaian Awal merujuk kepada penamatan awal Pinjaman Peribadi HLB di mana peminjam membayar baki tertunggak dalam akaunnya sebelum tarikh matang pinjaman.
14. Berapakah yuran Penyelesaian Awal?
Tiada yuran Penyelesaian Awal, dengan syarat 3 bulan notis bertulis terlebih dahulu diberikan kepada bank atau pembayaran faedah 3 bulan ke atas jumlah yang ditebus sebagai ganti notis.
15. Apakah yang berlaku jika saya terlebih bayar untuk ansuran bulanan saya?
Sebarang lebihan bayaran ansuran bulanan akan dianggap sebagai bayaran pendahuluan dan dikira dalam pembayaran ansuran bulan depan.
16. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Untuk maklumat tambahan mengenai Pinjaman Peribadi HLB, sila layari laman sesawang HLB. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami di sini.