Dengan FPX, pelanggan anda boleh membuat bayaran melalui kedai online atau aplikasi mudah alih anda daripada akaun perbankan internet atau mudah alih mereka.
Mula menawarkan pembayaran FPX sebagai pembayaran alternatif kepada pelanggan anda.
Daftar untuk pembayaran FPX sekarang dan nikmati manfaat berikut.
Platform Menyeluruh
Terima, selaraskan dan bayar balik bayaran dalam satu platform bersepadu.
Perkhidmatan eksklusif
Sebagai rakan perbankan anda, kami sedia membantu anda dengan keperluan perniagaan anda.
Keselamatan diutamakan
Pengesahan dan pensijilan yang bertaraf tinggi bagi transaksi waktu nyata yang selamat, yang boleh menambahkan kredibiliti perniagaan anda.
Pengurusan pembayaran sendiri
Mula berniaga dan mengurus aliran wang perniagaan anda secara efektif tanpa mengira masa dan tempat.
Fi transaksi yang kompetitif
Daftar dengan kami untuk menikmati kos setup sifar dan fi transaksi yang kompetitif.
Bayaran masa sebenar
Terima pembayaran dengan serta merta dalam akaun anda untuk setiap transaksi yang berjaya.
Tingkatkan bisnes anda dengan penyelesaian pembayaran tambahan.
Nikmati kemudahan bayaran tanpa tunai untuk perniagaan anda.
Terima bayaran DuitNow QR daripada semua aplikasi perbankan mudah alih dan e-dompet utama yang menyertai.
Nikmati fi sifar sehingga notis selanjutnya.
Terima notifikasi pembayaran masa sebenar, pembayaran balik dan banyak lagi.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mula menerima bayaran FPX untuk perniagaan anda.
Langkah 1:
Klik di bawah untuk mendaftarkan minat anda.
Langkah 2:
Sila tunggu untuk panggilan kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja untuk mendapatkan butiran dan dokumen yang diperlukan.
Langkah 3:
Anda boleh mula menerima bayaran melalui FPX selepas pemeriksaan integrasi berjaya diselesaikan.
*Waktu berurusan tertakluk pada kesediaan perbankan internet bank yang mengambil bahagian dalam FPX.