Penyelesaian Majikan Pendahuluan Gaji
Hong Leong Bank kini memperkenalkan faedah pekerja yang paling diingini kepada anda.
Penyelesaian Majikan Pendahuluan Gaji adalah perkhidmatan akses gaji yang diperoleh yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank dan Paywatch yang membenarkan majikan menawarkan pendahuluan gaji pekerja mereka sebanyak 25% daripada gaji yang diperoleh pada bila-bila masa. Ini bermakna hari pembayaran gaji bagi pekerja anda adalah pada bila-bila masa – semuanya dengan Yuran Perkhidmatan sebanyak RM2 bagi setiap pengeluaran.
Pekerja anda adalah aset anda yang paling berharga. Penyelesaian ini bertujuan untuk membantu anda menjaga kebajikan pekerja anda dengan menawarkan faedah yang paling diingini – akses harian kepada gaji yang diperoleh mereka.
Pembukaan akaun HLB baharu tidak diperlukan.
Tiada kadar faedah atau caj pembayaran lewat. Kini, pekerja anda boleh dibayar pada bila-bila masa mereka memperoleh gaji.
Paywatch adalah platform yang bekerjasama dengan pelbagai syarikat untuk menawarkan pekerja akses segera kepada gaji mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai Paywatch, kunjungi https://www.paywatch.com.my
- Penyelesaian ini kini tersedia untuk syarikat mendaftar.
- Klik “Ketahui Lebih Lanjut” untuk menetapkan temu janji dengan kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian ini untuk syarikat anda.
Penyelesaian Akses Gaji Yang Diperoleh (EWA) membenarkan syarikat menawarkan pekerja mereka akses untuk mengeluarkan sebahagian daripada gaji yang diperoleh sebelum hari pembayaran gaji. Bukan seperti sistem pembayaran gaji tradisional dimana pekerja dibayar sekali pada hujung bulan, pekerja mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang mereka telah peroleh pada bila-bila masa.
Ini adalah perbezaan di antara penyelesaian EWA dengan sistem pembayaran gaji tradisional
Contoh: Sarah adalah pekerja XYZ Sdn Bhd dan mempunyai gaji sebanyak RM2,000 sebulan
Sistem Pembayaran Gaji Tradisional |
Penyelesaian Akses Gaji Yang Diperoleh (EWA) HLB |
---|---|
Sarah menerima gajinya pada hari pembayaran gaji (hari terakhir pada setiap bulan) |
Sarah telah bekerja untuk 50 jam dan memperoleh RM400 setakat ini |
Sarah boleh mengeluarkan sehingga RM100 pada bila-bila masa (25% daripada gaji yang diperolehnya) |
Bagaimana Penyelesaian EWA HLB boleh membantu?
•Penyelesaian EWA yang ditawarkan oleh HLB dan Paywatch membenarkan pekerja mengakses gaji yang diperoleh melalui tarikh pembayaran fleksibel yang berfungsi sebagai sumber pendapatan alternatif untuk situasi kecemasan atau perbelanjaan yang tidak dijangka.
•Pekerja hanya akan dikenakan Yuran RM2 setiap pengeluaran jika mereka megeluarkan gaji yang diperoleh.