Hong Leong Bank – Gambaran Keseluruhan HL Connect BIZ

Gambaran Keseluruhan HL Connect BIZ

Urus semua transaksi perbankan anda dengan mudah melalui platform dalam talian.

Tidak perlu beratur, tidak perlu menempuh kesesakan. Tanpa masalah

Kemudahan

Uruskan aliran tunai perniagaan anda dengan mudah

Tanpa Masalah

Tak perlu beratur, berurusan dengan lancar

Paparan Terbaik

Dapatkan paparan terbaik pada mana-mana peranti

Bagaimana Hong Leong Connect BIZ memperkasakan kehidupan harian anda?


 

Pengurusan Akaun

Periksa maklumat akaun terkini anda di mana-mana dan pada bila-bila masa. Lihat butiran akaun sendiri, butiran akaun pautan yang lain, sejarah transaksi & baki dan muat turun Penyata Akaun Semasa.

Pengurusan Cek

Uruskan cek anda, periksa maklumat cek terkini syarikat anda melalui dalam talian dan semak status cek.

Pertanyaan e-Dagang

Akses transaksi dan kemudahan dagangan terkini syarikat anda secara dalam talian.

Pindahan Dana

Pindahkan dana secara mudah dengan pemberitahuan e-mel serta merta melalui pindahan dana antara bank antara akaun Hong Leong Bank dan pindahan dana antara bank (GIRO) melalui Hong Leong Bank ke akaun Bank yang lain. Tidak perlu beratur, tidak perlu menempuh kesesakan.

Pembayaran Bil

Elakkan kunjungan ke cawangan yang melambatkan pembayaran bil anda. Buat pembayaran kepada pembil yang sedia ada dan bayar cukai, utiliti syarikat anda dan banyak lagi. 

Pembayaran Gaji,Badan Berkanun atau Pembayaran Pukal Lain

Laksanakan urusan gaji , KWSP, SOCSO, Zakat atau bayaran Cukai Pendapatan pekerja syarikat anda melalui muat naik fail atau templat dalam talian, serta lakukan pembayaran berbilang kepada vendor atau pembekal anda dengan mudah

Pinjaman / Pembiayaan

Jangan terlepas pembayaran pinjaman atau sewa beli Hong Leong syarikat anda dan laksanakan pembayaran balik melalui dalam talian.

Kiriman Wang

Mulakan pindahan wang anda dengan mudah dan alami pindahan dana tempatan masa sebenar untuk amaun yang lebih besar melalui RENTAS. Mulakan juga Pindahan Telegraf Asing untuk keperluan antarabangsa anda.

Notis Penting

Sila klik SINI untuk senarai fi dan caj yang lengkap.


Mulakan HL Connect BIZ Hari Ini!

Sedia untuk HL Connect BIZ?  


Sila kunjungi mana-mana cawangan HLBB/HLISB kami yang berdekatan

Layari www.hlb.com.my
Meja Bantuan Pelanggan: 03-7661 7777
E-mel: cmp@hlbb.hongleong.com.my
 

Klik di sini untuk Piagam e-Perbankan

Hubungi 03-76617777 atau kunjungi cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda hari ini!