Capaian yang Meluas
Ini memberikan anda kemudahan, di mana anda dapat mengakses data syarikat anda dari mana sahaja pada bila-bila masa. Anda hanya perlukan komputer riba dan internet, yang juga dapat menjimatkan kos membeli perkakasan baharu untuk perniagaan anda; serta membolehkan anda bekerja di lokasi kegemaran anda, dan pada masa yang sama masih mempunyai kawalan penuh ke atas akaun perniagaan anda.
Tiada Pengetahuan Perakaunan Diperlukan
Pengguna perisian perakaunan tidak memerlukan pengetahuan perakaunan. Pengguna hanya perlu memasukkan data mudah dan semua pengiraan akan dilakukan secara automatik. Mereka juga boleh menjana laporan perniagaan dan kewangan secara automatik. Idealnya, antara muka mesra pengguna lebih menarik kerana lebih mudah untuk memahami cara menggunakannya.
Sandaran Data
Oleh sebab perisian menggunakan teknologi awan, data akan disimpan dalam penyimpanan berasaskan awan. Syarikat-syarikat seperti Biztory mempunyai ciri-ciri tambahan seperti ciri sandaran automatik yang menyimpan kerja anda secara berkala senyap-senyap. Oleh itu, anda tidak perlu anda bimbang, sekiranya anda lupa menyimpan kerja anda.
Menjimatkan masa
Memandangkan pengiraan dilakukan secara automatik, anda menjimatkan masa daripada menyemak setiap angka kerana anda hanya perlu menyemak input sahaja. Ini mengurangkan masa proses untuk anda untuk mengemas kini akaun anda dan juga meminimumkan kesilapan kerana pengiraan automatik ini adalah berdasarkan daripada formula yang dimasukkan ke dalam perisian. Jumlah masa yang dijimatkan boleh digunakan untuk memberi tumpuan terhadap perkembangan perniagaan anda.
Penafian: Objektif templat ini adalah untuk memberi pengetahuan umum dan garis panduan kepada pengguna; oleh itu ia tidak sepatutnya menjadi rujukan utama dalam penggantian nasihat undang-undang atau kewangan profesional. HLBB ingin mengingatkan bahawa tiada jaminan dari segi ketepatan kerana ketepatan data adalah tertakluk kepada maklumat yang diberikan oleh pengguna. HLBB tidak akan mengganggu atau menyimpan apa-apa maklumat yang disediakan dalam dokumen ini.
Anda Mungkin Menyukai