Anda Mungkin Menyukai
Ciri-ciri & Manfaat
Dengan kos pengeluaran dan operasi yang semakin meningkat, perniagaan kini mencari alternatif untuk menjadi lebih kos efektif dan meneroka kaedah yang memberikan penjimatan ketara di samping mengekalkan produktiviti yang optimum. Kini, syarikat anda boleh mengurangkan penggunaan elektrik dan menjimatkan kos tenaga dengan penggunaan panel solar yang mesra alam.
Laburlah dalam tenaga solar dengan Pembiayaan Solar PKS HLB!
Penjimatan Kos
Menjimatkan bil elektrik syarikat anda.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Pembiayaan yang fleksibel
Jumlah pembiayaan sehingga RM10 juta.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Tenaga Lestari
Melindungi alam sekitar dengan mengurangkan jejak karbon anda.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
- Syarikat Milikan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad, Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang diklasifikasikan sebagai Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mengikuti definisi Bank Negara Malaysia.
- Perniagaan telah beroperasi selama ≥ 3 tahun atau individu utama mempunyai pengalaman dalam perniagaan yang sama selama ≥ 3 tahun.
- Perolehan Jualan Tahunan sebanyak RM500,000 dan ke atas.
- Pembekal Perkhidmatan Solar mestilah Pembekal Perkhidmatan PV Berdaftar yang diluluskan oleh SEDA Malaysia.
Nota: Jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh pihak Bank adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan budi bicara Bank.
1. Apakah itu Pembiayaan Solar PKS HLB?
Ia adalah pakej pembiayaan kepada PKS Malaysia untuk pemasangan sistem tenaga solar di bumbung premis perniagaan yang akan membantu mengurangkan bil elektrik dengan penggunaan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif.
2. Saya tidak tahu berapa banyak panel solar untuk dipasang. Adakah saya perlu membayar caj penilaian awal?
Tidak perlu. Tiada caj dikenakan untuk penilaian awal. Penilaian awal akan dibuat berdasarkan pada bil elektrik premis perniagaan di mana anda berhasrat memasang panel solar (sebaik-baiknya selama enam bulan yang terakhir). Dengan demikian, anda hanya perlu memberi maklumat alamat premis fizikal (lot kedai / kilang / gudang) untuk penilaian awal.
3. Berapakah jumlah penjimatan yang boleh saya dapati dengan memasang panel solar di atas bumbung kilang saya?
Tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua atau penjimatan kos kerana jumlah penjimatan bergantung kepada beberapa faktor seperti, tarif yang dikenakan untuk premis anda (contohnya, tarif komersial atau tarif industri) saiz ruang bumbung dan batasan teknikal atau kawal selia. Biasanya, penjimatan adalah sekurang-kurangnya 20% daripada penggunaan tenaga bulanan. Walau bagaimanapun, jumlah penjimatan anda mungkin lebih jika anda layak untuk insentif lain yang ditawarkan oleh kerajaan.