Program Graduan Pelatih
Kami menyedari bahawa membangunkan profesional Perbankan Hong Leong bermula di peringkat awal kerjaya dan memerlukan pendekatan yang berstruktur. Program Graduan Pelatih Hong Leong Bank memberi peluang kepada graduan baru untuk menimba pengalaman dan pengetahuan yang berharga dalam bidang perbankan.
Anda akan ditugaskan kepada penyelia sebaik sahaja anda bermula. Mereka akan membantu anda daripada segi keputusan kerjaya dan cara terbaik untuk mencapainya dalam organisasi. Setiap bidang mempunyai agenda pembangunan khusus masing-masing berdasarkan rangka kerja standard Hong Leong Bank yang termasuk:

Latihan berasaskan bilik darjah dan diterajui oleh fasilitator

Pembelajaran berasakan web atau pembelajaran maya dalam talian

Pusingan tugasan pada pasukan dan unit sokongan yang didorong oleh perniagaan

Pensijilan Professional

Bimbingan dan pementoran
Kami berusaha untuk membangunkan jurubank muda yang holistik untuk masa akan terdekat melalui program 18 bulan ini.

Tangga gaji tahap kemasukan yang kompetitif

Penajaan pensijilan profesional yang dipilih

Pementaran dengan pemimpin industri

Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat melalui usaha tanggungjawab sosial kami

Bersatu dengan salah satu daripada kumpulan kewangan terbesar di Malaysia

Rakyat Malaysia

Memiliki skor CGPA 3.20 dan ke atas, atau yang setara dengannya

Pencapaian dalam aktiviti ko-kurikulum

Semangat yang kuat untuk cemerlang dalam kerjaya perbankan

Fasih meyampaikan idea dan pendapat dalam bahasa-bahasa utama
Jadilah sebahagian daripada keluarga Hong Leong
Dapatkan pengalaman dan pengetahuan berguna dalam bidang perbankan Islam dan alami pendekatan pembelajaran yang menyeluruh daripada program berstruktur kami