Kesilapan Kewangan Untuk Dielak
Dalam umur 20-an
Anda mungkin baru mula bekerja dan sedang meningkatkan pengalaman kerja anda. Pendapatan anda mungkin tidak tinggi, tetapi sebagai seorang muda, bersosial biasanya menjadi keutamaan. Ini menyebabkan anda lebih berbelanja dan kurang menyimpan wang.
1. Terlebih berbelanja
Anda mungkin ingin mengembara ke seluruh dunia atau membeli kereta mewah tetapi tidak mempunyai gaji yang mencukupi untuk membiayainya. Jika anda tidak mampu membayar kemahuan ini daripada poket anda sendiri, anda mungkin akan menanggung beban hutang yang besar selama bertahun-tahun.
2. Menangguh simpanan persaraan
Bila dalam umur 20-an, persaraan mungkin kelihatan jauh sekali. Lebih awal anda mula menyimpan wang untuk tujuan ini, lebih banyak lagi yang akan anda peroleh dengan faedah kompaun, dan lebih selesa persaraan anda. Wang yang anda simpan dalam umur 20-an kemungkinannya mempunyai nilai lebih tinggi berbanding wang yang anda ketepikan dalam umur 40-an anda.
3. Terlalu banyak menggunakan kad kredit
Walaupun kad kredit memberikan kemudahan, ia juga mungkin menggoda anda untuk berbelanja di luar kemampuan anda. Sediakan pelan perbelanjaan berdasarkan pendapatan anda dan ikutinya dengan tegas.
Dalam umur 30-an
Anda mungkin sudah berkahwin, dan mula merancang untuk keluarga. Tanggungjawab kewangan semakin banyak, dan ia memerlukan strategi untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga anda.
1. Tidak merancang keperluan pendidikan anak-anak anda
Apabila memegang anak baru lahir anda, memikirkan hari beliau akan pergi ke universiti amat jauh dari fikiran anda. Kos pendidikan universiti dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang, oleh itu, anda harus merancang dana universiti anak anda. Jika melambatkan, anda mungkin terpaksa menggunakan dana persaraan sebelum hari tua anda.
2. Tidak mengambil berat insurans
Tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi merupakan satu risiko kewangan. Apabila anda mempunyai tanggungan seperti pasangan, anak-anak dan ibu bapa yang sudah berusia, insurans yang sesuai boleh memberikan jaringan keselamatan kewangan untuk seluruh keluarga anda jika sesuatu tidak diingini menimpa anda.
Ingin tahu lebih banyak kesilapan kewangan untuk dielakkan apabila anda berusia 40 tahun ke atas? Baca lebih lanjut di sini!
Jika anda ingin mengetahui lebih banyak cara untuk DuitSmart dan mendapatkan kesihatan kewangan yang lebih baik, sila layari www.hlb.com.my/duitsmart
Artikel ini dibawa kepada anda daripada Hong Leong Bank dengan kerjasama iMoney.my
Disclaimer: This content is for informational purposes and use only. It does not constitute and is not intended as financial or investment advice. You are encouraged to consult with competent accounting, financial or investment professionals based on your specific circumstances and needs before making any financial or investment decisions. We do not make any warranties as to accuracy or completeness of this information, do not endorse any third-party companies, products, or services described here, and take no liability for your use of this information. Figures and pictures, where used, are for illustration and explanation purposes only.