Banner
Life

Segala Yang Anda Harus Ketahui Tentang Insurans Hayat

Sama ada merancang bagi persaraan atau melindungi yang tersayang setelah anda tiada lagi di sini, insurans hayat adalah pelan perlindungan yang diperlukan.

Apakah insurans hayat?

Polisi insurans hayat adalah kontrak yang diambil dengan syarikat insurans, di mana anda membayar premium tetap secara bulanan, suku tahunan, dwi tahunan atau tahunan, untuk bayaran sekaligus yang dikenali sebagai manfaat kematian, kepada waris selepas pengambil insurans meninggal dunia.

Kebanyakan insurans hayat juga menyediakan pampasan bagi Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) bagi melindungi pengambil insurans dan keluarga beliau sekiranya pengambil insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan.

Mengapa anda memerlukan insurans hayat?

Jika anda meninggal dunia, bagaimanakah orang tersayang anda akan menghadapi kehidupan dari segi kewangan? Jika orang tersayang anda akan menghadapi masalah kewangan selepas kematian anda, maka anda memerlukan insurans hayat.

Adakah mereka mempunyai wang untuk membayar bil perubatan, perbelanjaan pengebumian, cukai, hutang, dan fi peguam? Bagaimana pula dengan perbelanjaan sara hidup seperti sewa atau pembiayaan rumah, makanan, pakaian, pengangkutan dan pendidikan?

Perlindungan hayat boleh membantu orang tersayang anda akan dijaga dari segi kewangan, walaupun anda sudah tiada atau hilang keupayaan untuk menjaga mereka. Selain itu, anda boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun untuk polisi insurans hayat bersama dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda.

Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan?

1. Matlamat kewangan

Sebab paling biasa untuk mendapat insurans hayat adalah untuk terus menyara keluarga anda, namun polisi insurans hayat juga dapat membantu anda dengan matlamat lain.

Anda mungkin menantikan pembayaran manfaat kematangan secara sekaligus untuk persaraan anda, atau membiayai pendidikan luar negara anak anda.

2. Kos premium

Membayar premium tinggi yang anda tidak mampu bayar akan membawa kepada polisi lupus, atau mengakibatkan krisis kewangan.

Menurut perancang kewangan, premium insurans anda sepatutnya hanya 6% daripada pendapatan anda. Contohnya, jika anda mempunyai pendapatan RM5,000, premium insurans bulanan anda tidak seharusnya melebihi RM300.

3. Nilai polisi

Andaikan anda seorang profesional berumur 35 tahun, berkahwin dengan seorang anak, merancang untuk bersara pada umur 55 tahun dan inginkan dana persaraan yang akan bertahan sehingga umur 75 tahun. Berikut adalah anggaran jumlah insurans hayat yang anda perlukan:

Infographic

*Pengiraan persaraan adalah berdasarkan panduan persaraan iMoney.

Sekarang anda tahu pentingnya mempunyai insurans hayat, sudah tiba masanya untuk mengetahui yang mana satu sesuai untuk anda.

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak cara untuk DuitSmart dan mendapatkan kesihatan kewangan yang lebih baik, sila layari www.hlb.com.my/duitsmart

Artikel ini dibawa kepada anda daripada Hong Leong Bank dengan kerjasama iMoney.my

Disclaimer: This content is for informational purposes and use only. It does not constitute and is not intended as financial or investment advice. You are encouraged to consult with competent accounting, financial or investment professionals based on your specific circumstances and needs before making any financial or investment decisions. We do not make any warranties as to accuracy or completeness of this information, do not endorse any third-party companies, products, or services described here, and take no liability for your use of this information. Figures and pictures, where used, are for illustration and explanation purposes only.