TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABARAN TARIAN TIKTOK
Peraduan Cabaran Tarian TikTok (“Peraduan”) adalah peraduan media sosial anjuran Hong Leong Bank Berhad (No. Syarikat 193401000023 (97141-X)) (“HLB”) yang bermula pada 09 Mei 2021 pukul 00:00 jam (12:00 pagi) dan kini dilanjutkan pada 06 Jun 2021 pukul 23:59 jam (11:59 malam)(Tempoh Peraduan terdahulu tamat pada 18 Mei 2021) (“Tempoh Peraduan).
Terma dan Syarat
Terma dan syarat Kempen adalah seperti berikut (“T&Cs”):-
1. Untuk melayakkan diri menyertai Peraduan ini, semua kehendak mestilah dipenuhi selaras dengan Kaedah Peraduan di bawah ini.
KAEDAH PERADUAN
Kelayakan
2. Peraduan terbuka kepada semua individu warga Malaysia tanpa mengira sama ada mereka pelanggan HLB atau tidak (“Peserta Peraduan”).
3. Golongan berikut TIDAK layak menyertai Peraduan:
Pekerja tetap dan pekerja kontrak Hong Leong Bank, vendor dan agensi yang terlibat menganjurkan Peraduan-peraduan itu, serta ahli-ahli keluarga terdekat mereka masing-masing (misalnya, pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik).
4. Untuk menyertai Peraduan, Peserta Peraduan mestilah mula-mulanya menjadi peminat laman Facebook HLB di www.facebook.com/HLBMalaysia (“Laman Facebook HLB”) dan laman Instagram HLB di https://www.instagram.com/hongleongbankmy/ (“Laman Instagram HLB”). Untuk menjadi peminat Laman Facebook HLB dan Laman Instagram HLB, para Peserta Peraduan perlu klik ‘Like’ di Laman Facebook HLB dan ikuti Laman Instagram HLB. Tidak perlu buat pendaftaran.
5. Untuk tujuan Peraduan ini, HLB telah membuat hantaran video TikTok seorang pempengaruh di Facebook HLB pada 09 Mei 2021. Para Peserta Peraduan perlu membuat hantaran video tarian mereka sendiri menggunakan runut audio sama yang akan didapati di TikTok Sounds dalam akaun TikTok mereka (“Hantaran Peraduan”) dengan tanda pagar #HLBRAYA2021LIVE dalam kapsyen (“Penyertaan Peraduan”) semasa Tempoh Peraduan untuk berpeluang memenangi Hadiah Peraduan seperti mana tertera dalam Jadual 1 di bawah (“Peserta Layak Peraduan”).
Hadiah Peraduan
6. Hadiah Peraduan adalah seperti berikut:
Jadual 1
Peraduan |
Bil. Pemenang |
Hadiah Peraduan |
---|---|---|
Cabaran Tarian TikTok |
10 |
RM100 e-Duit Raya |
Pemilihan Pemenang dan Pengumuman Peraduan
7. Sejumlah sepuluh (10) Hadiah Peraduan akan diberikan bagi Peraduan ini. Setiap Peserta Layak Peraduan layak memenangi hanya satu (1) Hadiah Peraduan dalam Peraduan ini.
8. Peserta Peraduan dibenarkan mengemukakan lebih daripada satu (1) Penyertaan Peraduan sepanjang Tempoh Peraduan untuk meningkatkan peluang mereka menang.
9. Pemilihan untuk Penyertaan Peraduan akan berdasarkan paling banyak Likes selepas tamat Tempoh Peraduan. Jika berlaku seri, HLB berhak memilih pemenangnya secara rambang. Peserta Layak Peraduan yang terpilih dan yang telah memenuhi kehendak Fasal 4 dan Fasal 5 akan memenangi Hadiah Peraduan (“Pemenang Peraduan”).
Pemenuhan Hadiah
10. Para Pemenang Peraduan akan diberitahu oleh HLB dalam masa dua puluh satu (21) hari selepas tamatnya Tempoh Peraduan (“Pemberitahuan”) melalui Laman FB HLB, dengan arahan bagaimana menuntut Hadiah Peraduan. Para Pemenang Peraduan dikehendaki menghantar butiran berikut melalui emel kepada HLB Marketing, hlbmarketingcom@hlbb.hongleong.com.my dengan tahuk emel “Cabaran Tarian Tiktok” dalam masa lima (5) hari dari tarikh Pemberitahuan: -
a) Nama penuh mengikut Kad Pengenalan:
b) Nombor Kad Pengenalan:
c) Akaun Semasa atau Akaun Simpanan/Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i (“CASA/CASA-i”) diselenggara oleh para Pemenang Peraduan dengan HLB atau Hong Leong Islamic Bank Berhad (“HLISB”), jika ada .
d) Nombor Telefon Bimbit
e) TikTok Profile URL:
f) Nama Akaun Facebook:
11. Segala maklumat yang dikumpulkan oleh HLB menurut Peraduan akan digunakan untuk tujuan pemenuhan Hadiah Peraduan sahaja.
12. Jika para Pemenang Peraduan gagal menghantar kepada HLB melalui emel butiran-butiran berkenaan dalam tempoh masa yang disebut dalam Fasal 10 di atas, maka para Pemenang Peraduan akan terlucut kelayakan daripada Peraduan ini dan tidak layak menerima Hadiah Peraduan, dan Hadiah Peraduan akan dilupuskan.
13. Hadiah Peraduan akan dikreditkan ke dalam CASA/CASA-i milik para Pemenang Peraduan sebelum atau pada 31 Julai 2021. CASA/CASA-i milik para Pemenang Peraduan mestilah kekal aktif dan sah sepanjang Tempoh Peraduan dan sehingga 31 Julai 2021, jika gagal berbuat demikian, Hadiah Peraduan boleh dilupuskan atas budi bicara HLB.
14. Para Pemenang Peraduan yang tidak mempunyai CASA/CASA-i dengan HLB/HLISB akan dikehendaki membuka CASA/CASA-i di cawangan-cawangan HLB pilihan mereka dan menghantar nombor akaun CASA/CASA-i mereka melalui emel kepada hlbmarketingcom@hlbb.hongleong.com.my sebelum 02 Julai 2021, jika gagal berbuat demikian, maka Hadiah Peraduan akan dilupuskan.
15. Bagi mengelakkan keraguan, HLB berhak menentukan jika para Pemenang Peraduan layak menerima mana-mana Hadiah Peraduan dan sebarang pertikaian berkait dengan keputusan HLB tidak akan dilayani.
16. Hadiah Peraduan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga (ke-3) dan tidak boleh ditukar untuk kredit muka, cek atau manfaat barangan.
17. Para Pemenang Peraduan berkewajipan memaklumkan kepada Bank secara bertulis melalui emel ke hlbmarketingcom@hlbb.hongleong.com.my sebelum 06 Ogos 2021 jika mereka tidak menerima Hadiah Peraduan, jika gagal berbuat demikian, maka para Pemenang Peraduan dianggap telah menerima Hadiah Peraduan dan sebarang rayuan/permintaan untuk mendapat bayaran ganti bagi Hadiah Peraduan tidak akan dilayani.
18. Bank berhak menggantikan Hadiah Peraduan dengan sebarang benda lain yang sama nilainya atas budi bicaranya.
Umum
19. Dengan menyertai Peraduan, para Peserta Peraduan bersetuju:
a) telah membaca, memahami dan mematuh T&Cs di dalam ini;
b) keputusan HLB atas segala hal berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad dan mengikat ke atas seluruh Peserta Peraduan dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan HLB tidak akan dilayani;
c) membenarkan dan memberi keizinan untuk HLB menggunakan, mendedahkan atau menerbitkan TikTok Handle mereka dan Penyertaan Peraduan tanpa sebarang bayaran untuk tujuan publisiti, pengiklanan, dagangan atau promosi dalam sebarang media;
d) mengakses Laman Facebook HLB dari semasa ke semasa untuk menyemak T&Cs Peraduan dan memastikan sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada T&Cs;
e) bertanggungjawab dan menanggung sendiri segala cukai berkenaan, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang boleh dikenakan terhadap mereka menurut undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan; dan
f) HLB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Penyertaan Peraduan yang tidak berjaya dihantar atas sebab teknikal atau masalah hubungan internet atau atas apa jua sebab sekalipun.
20. HLB berhak:
a) Menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda T&Cs yang terkandung di dalam ini, sama ada keseluruhan atau sebahagian, atas budi bicara HLB dengan cara menyiarkan dalam Laman Facebook HLB atau dengan apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh HLB, pada bila-bila masa setelah memberi notis awal;
b) Untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta Peraduan atas apa jua sebab sekalipun yang dianggap wajar oleh HLB daripada menyertai Peraduan tanpa memberi sebarang sebabnya; dan
c) Menggunakan TikTok Handle dan Penyertaan-penyertaan Peraduan (iaitu gambarfoto dan naskhah hantaran/siaran) Para Peserta Peraduan tanpa sebarang bayaran bagi tujuan publisiti, pengiklanan, dagangan atau promosi dalam sebarang media.
21. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara T&Cs di dalam ini berbanding dengan bahan-bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Peraduan, maka T&Cs muktamad yang tertera dalam Laman Facebook HLB akan diutamakan.
22. Segala ciri Hadiah Peraduan dalam semua bahan bercetak dan/atau Laman Facebook HLB adalah untuk tujuan gambaran sahaja. Apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama Hadiah Peraduan dalam mana-mana bahan bergambar adalah sebagai hiasan sahaja dan bukanlah sebahagian daripada Hadiah Peraduan.
23. T&Cs di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan para Peserta Peraduan bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah-mahkamah Malaysia.
24. Perkataan yang menandakan satu jantina termasuk semua jantina lain dan perkataan yang menandakan tunggal termasuk jamak dan begitu juga sebaliknya.