HLB Connect | Personal Loan/Financing-i | 16 Januari 2024-02 Februari 2024
Sama ada untuk pengubahsuaian rumah, yuran pendidikan atau percutian perayaan, Pinjaman Peribadi HLB/Pembiayaan Peribadi-i HLISB boleh mengubah impian anda menjadi kenyataan. Mohon sekarang untuk nikmati kadar pembiayaan rata pada 5.50% setahun tanpa memerlukan sebarang cagaran.
*dihadkan sebanyak maksimum Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh (RM250).
Kadar Faedah/Keuntungan untuk Pemohonan melalui HLB Connect Online
Kadar kami adalah berdasarkan dasar rata
Saluran Pemohonan: HLB Connect Online | ||
Pendapatan Bulanan Sah | Kadar Faedah/Keuntungan Rata | Tempoh Kemudahan |
RM2,000 dan ke atas | 5.50% setahun | 2 hingga 5 tahun |
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif berbeza seperti berikut bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i dari 2 – 5 tahun:
(i) Kadar faedah/keuntungan rata 5.50% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 10.01% setahun hingga 10.23% setahun.
(ii) 0.50% daripada amaun kemudahan akan ditolak semasa penyaluran untuk cukai setem yang perlu dibayar.
Ilustrasi Ansuran
Sebagai contoh, anda adalah pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM2,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui HLB Connect Online. Kadar faedah/keuntungan rata yang dikenakan ialah 5.50% setahun dan jumlah amaun kemudahan yang diluluskan ialah RM25,000 untuk tempoh pembiayaan 5 tahun. Contoh di atas diilustrasi di bawah:
*Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas kepada RM5 terdekat.
** Rebat akan dibundarkan ke bawah kepada Ringgit Malaysia Satu (RM1) terdekat dan dihadkan kepada jumlah maksimum sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh (RM250).
Sebarang pelarasan berikutan dengan pembundaran akan ditunjukkan pada hujung tempoh kemudahan.
Kelayakan
- Terbuka kepada pelanggan terpilih yang menerima jemputan melalui SMS atau pemberitahuan HLB Connect App daripada Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank.
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000
- Amaun pinjaman/pembiayaan minimum ialah RM5,000
- Amaun pinjaman maksimum ialah RM250,000 untuk Pinjaman Peribadi dan amaun pembiayaan maksimum ialah RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i
- Eksklusif untuk permohonan melalui HLB Connect Online sahaja
- Pemohon harus mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Bank atau Akaun Simpanan-i/Akaun Semasa-i individu Hong Leong Islamic Bank yang sah dan aktif (akaun bersama dan akaun korporat tidak layak)
Klik sini untuk log masuk dan memohon. Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut: