Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i | 03 Disember 2024-31 Januari 2025
Meraikan musim perayaan ini dengan lebih bermakna. Dapatkan pembiayaan yang anda perlukan hari ini.
Mohon melalui HLB Connect Online sekarang untuk menikmati kadar rata dari 5.00% setahun tanpa memerlukan cagaran.

Rebat tertakluk pada jumlah peruntukan Promosi sebanyak RM31,600 dan hanya sah berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

*Khas untuk pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM8,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui Laman Sesawang Bank.
Kadar kami adalah atas dasar kadar rata.
Saluran Permohonan | Pendapatan Bulanan Sah |
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Tempoh Kemudahan |
---|---|---|---|
Laman Sesawang Bank | RM2,000 - RM7,999 |
7.50% setahun* |
2 to 5 tahun |
RM8,000 dan ke atas | 5.00% setahun* | ||
HLB Connect Online | RM2,000 dan ke atas | 5.00% setahun** |
*Sah untuk permohonan yang dihantarkan dari 1 Januari – 31 Januari 2025 dengan kemudahan diluluskan dan dikeluarkan sebelum/pada pada 28 Februari 2025.
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif berbeza seperti berikut bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i dari 2 – 5 tahun:
(i) Kadar faedah/keuntungan rata 5.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 9.15% setahun hingga 9.32% setahun.
(ii) Kadar faedah/keuntungan rata 7.50% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 13.32% setahun hingga 13.80% setahun.
(iii) 0.50% daripada amaun kemudahan akan ditolak semasa pengeluaran untuk cukai setem yang perlu dibayar.
Ilustrasi Ansuran
Sebagai contoh, anda adalah pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM8,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui Laman Sesawang Bank. Kadar faedah/keuntungan rata yang dikenakan ialah 5.00% setahun dan jumlah amaun kemudahan yang diluluskan ialah RM100,000 untuk tempoh pembiayaan 5 tahun. Contoh di atas diilustrasi di bawah:

*Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas kepada RM5 terdekat.
Sebarang pelarasan berikutan dengan pembundaran akan ditunjukkan pada hujung tempoh kemudahan.
- Hanya untuk pelanggan terpilih yang menerima jemputan melalui notifikasi Aplikasi HLB Connect daripada Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank.
- Eksklusif untuk permohonan melalui Laman Sesawang Bank dan HLB Connect Online.
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Bekerja bergaji dengan pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000
- Amaun pinjaman/pembiayaan minimum ialah RM5,000 (Untuk layak medapat rebat RM200, jumlah minimum pinjaman/pembiayaan ialah RM20,000)
- Amaun pinjaman/pembiayaan maksimum ialah RM250,000 untuk Pinjaman Peribadi dan amaun pembiayaan maksimum ialah RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i
- Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Bank atau Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Islamic Bank yang sah dan aktif (akaun bersama dan akaun korporat tidak layak)

Nota: Jika anda adalah pelanggan sedia ada HLB Connect, anda juga boleh log masuk dan memohon melalui HLB Connect Online.
Klik sini untuk log masuk dan memohon. Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut:
Anda akan diminta untuk memuat naik 5 dokumen berikut untuk permohonan melalui Laman Sesawang Bank. Sediakan dokumen ini sebelum anda memulakan proses permohonan dalam talian.
Format yang diterima: .jpeg, .jpg, .pdf or .png.
Saiz fail maksimum: 5MB/dokumen
Untuk Pemohon Bergaji (Pendapatan Tetap atau Berubah):
Bahagian depan Kad Pengenalan
Bahagian belakang Kad Pengenalan
Penyata KWSP terkini menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang BE 2 tahun terkini dengan bukti penerimaan cukai/lembaran ringkasan LHDN 2 tahun terkini untuk penyerahan E-Filing ATAU
Slip gaji 3 bulan terkini ATAU slip komisen 6 bulan dengan pengkreditan gaji/komisen
Dokumen pilihan (pendapatan sewa, bukti bonus yang diterima, pelaburan tunai – FD/Dana Bersama, dan lain-lain)
Untuk Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura (SG):
Penyata CPF terkini yang menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang NOA 2 tahun terkini
Slip gaji 3 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji.
Salinan permit kerja/pas/bukti PR SG.
Untuk Pemohon Bekerja Sendiri:
Bahagian depan Kad Pengenalan
Bahagian belakang Kad Pengenalan
Dokumen Pendaftaran Perniagaan
Borang B terkini dengan bukti penerimaan cukai ATAU penyata bank perniagaan 6 bulan terkini ATAU Penyata KWSP 2 tahun terkini (Sdn Bhd sahaja)
Dokumen pilihan (slip gaji/komisen 6 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji/komisen, pendapatan sewa, dan lain-lain)