Pernahkah anda sedar bahawa semasa anda berbelanja di luar negara atau membuat pembelian dalam talian dari laman sesawang luar negara dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit /Kad Debit-i, pedagang akan bertanya tentang mata wang pilihan anda, contohnya dalam Ringgit Malaysia (RM) atau mata wang negara tersebut? Sekiranya anda memilih untuk membayar dalam RM, maka anda telah memilih perkhidmatan Penukaran Mata Wang Dinamik (DCC).
Penukaran Mata Wang Dinamik (DCC) adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pedagang (termasuk laman sesawang yang berpangkalan di luar negara) dan Mesin Juruwang Automatik (ATM) untuk membantu anda menukar transaksi dari mata wang asing kepada RM sewaktu pembayaran atau pengeluaran tunai di mesin ATM.
Kebiasaannya, pelanggan akan memilih DCC untuk kemudahan kadar pertukaran wang, caj tambahan akan dikenakan oleh pedagang dan jumlah transaksi terakhir dalam RM akan dikira dan diberitahu kepada pelanggan serta merta. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk melakukan transaksi dalam RM, caj tambahan oleh pedagang sering kali lebih tinggi daripada caj tambahan dari bank jika anda melakukan transaksi dalam mata wang asing.
Bagi membantu anda memahami lebih lanjut, berikut adalah perbandingan dan perbezaan antara transaksi DCC dan transaksi mata wang asing:
|
Penukaran Mata Wang Dinamik (DCC) |
Mata Wang Asing |
---|---|---|
Pembayaran dibuat kepada pedagang luar negara dalam: |
Ringgit Malaysia (RM) |
Mata wang negara yang anda lawati atau negara pedagang dalam talian yang berpangkalan di luar negara. |
Kadar Pertukaran |
Ditentukan serta merta oleh pedagang atau laman pembelian dalam talian dari luar negara, termasuk sebarang caj tambahan. |
Ditentukan oleh VISA / Mastercard berdasarkan tarikh pemprosesan. |
Fi yang dikenakan oleh Bank |
Fi DCC 1% dikenakan pada jumlah RM yang mewakili fi yang dikenakan oleh VISA / Mastercard. |
i. Fi transaksi 1% akan dikenakan oleh VISA / Mastercard; dan ii. Penambahan kepada penukaran tukaran asing sebanyak 1% akan dikenakan oleh Bank (Kad Kredit I’m dikecualikan daripada penambahan ini.) |
Kelebihan |
Anda boleh mengetahui dengan tepat jumlah caj yang dikenakan dalam RM yang tertera pada resit pedagang atau slip caj. Ia sangat berguna jika anda mahu berbelanja mengikut bajet semasa berada di luar negara. |
i. Diterima oleh setiap pedagang yang menerima VISA / Mastercard. ii. Kadar pertukaran akan ditentukan oleh VISA / Mastercard, yang setara dengan kadar pertukaran antarabangsa. |
Kekurangan |
Jumlah RM yang dikenakan ke atas akaun anda mungkin lebih tinggi, berbanding dengan pembayaran dalam mata wang asing kerana kadar pertukaran yang digunakan oleh pedagang mungkin lebih tinggi daripada kadar pertukaran semasa oleh VISA / Mastercard termasuk sebarang caj tambahan. |
Ketika membuat pembelian, anda tidak akan mengetahui jumlah tetap yang akan dikenakan dalam RM dan ia hanya akan ditunjukkan di dalam penyata bulanan kad kredit / akaun semasa/akaun semasa -i/akaun simpanan /akaun simpanan-i pada bulan berikutnya. .
|