Dapatkan pemberitahuan apabila anda berbelanja dengan Kad Kredit anda
Apabila transaksi kad kredit anda melebihi amaun ambang yang ditetapkan* oleh Bank, Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS pemberitahuan masa sebenar** akan dihantar ke Aplikasi HLB Connect atau nombor telefon mobile anda yang didaftar dengan Bank.
Anda boleh menguruskan Kad Kredit anda dengan mudah sekarang. Sekiranya anda mengesan aktiviti penipuan / potensi penipuan pada mana-mana kad kredit anda, anda boleh log masuk ke HL Connect untuk Melaporkan Kad Hilang / Dicuri & Penipuan.
Jika anda ingin: -
i) menetapkan amaun ambang Kad Kredit anda
ii) menukar kaedah amaran transaksi dihantar atau
iii) memilih keluar daripada perkhidmatan amaran transaksi ini
Sila hantar permohonan anda dengan melengkapkan Borang Penyelenggaraan Perkhidmatan Amaran Transaksi Kad Kredit atau kunjungi cawangan Hong Leong Bank yang berhampiran.
* Amaun ambang yang telah ditetapkan tertakluk kepada perubahan oleh Bank dari semasa ke semasa.
** Untuk transaksi yang dibuat oleh pemegang kad tambahan, amaran transaksi akan dihantar kepada Pemegang Kad Utama.