Tukar ke e-Penyata sekarang! Fi penyata bercetak bulanan kad kredit akan disemak dari RM1.00 ke RM2.00, berkuatkuasa 1 Februari 2024.
Log masuk www.hongleongconnect.my
Pilih STATEMENT/INVOICE > Email Subscription > Statement Subscription
Tanda kotak Stop Hard Copy Statement untuk kad anda
Pilih Email Subscription > masukkan e-mel anda
Log masuk www.hongleongconnect.my
Pilih STATEMENT/INVOICE > Email Subscription > Statement Subscription
Tanda kotak Stop Hard Copy Statement untuk kad anda
Pilih STATEMENT/INVOICE > Pilih Online Statement > Download Statement
Fi akan dikecualikan secara automatik kepada pelanggan yang berumur 60 tahun dan ke atas. Sila hubungi kami Jika anda mempunyai sebarang keperluan khas dan memerlukan pengecualian fi.
Cara-cara untuk memohon pengecualian fi
- Kunjungi cawangan berdekatan
- Hubungi Pusat Panggilan HLB
- Emel hlonline@hlbb.hongleong.com.my
- Hantar surat ke Hong Leong Bank Card Centre, P.O. Box 10385, 50768 Kuala Lumpur, Malaysia.
Maklumat yang diperlukan:
- Nama penuh (mengikut Kad Pengenalan/Pasport)
- Nombor telefon (rumah dan telefon bimbit)
- Kriteria pengecualian
- Lampiran dokumen sokongan
|
Soalan Lazim |
Jawapan |
---|---|---|
1 |
Berapakah fi untuk penyata bercetak ? | Fi penyata bercetak adalah RM1.00 untuk setiap penyata. Berkuatkuasa 1 Februari 2024, fi akan dikemaskini ke RM2.00. |
2 |
Bolehkah saya memohon pengecualian daripada Fi Penyata Bercetak? |
Fi akan dikecualikan secara automatik kepada pelanggan yang berumur 60 tahun dan ke atas. Jika anda mempunyai sebarang keperluan khas dan memerlukan pengecualian fi, sila hubungi 03 7626 8899 atau kunjungi cawangan kami.
|
3 |
Saya berumur 60 tahun ini. Adakah pengecualian fi berdasarkan tahun saya dilahirkan atau tarikh lahir saya ? | Pengecualian berdasarkan pada tahun anda dilahirkan. Jika tarikh hari lahir anda jatuh pada bulan November, anda akan dikecualikan dari fi bermula dari bulan Januari pada tahun anda berumur 60 tahun. |
4 |
Bagaimanakah cara memohon untuk pengecualian fi? |
Maklumat yang diperlukan:
|
5 |
Jika permohonan diluluskan, adakah fi akan dikecualikan secara kekal? |
Ya. Fi akan dikecualikan secara kekal. |
6 |
Adakah terdapat pilihan untuk mendapatkan penyata tanpa fi?
|
Ya. Anda digalakkan untuk memilih e-Penyata, yang tidak berkenakan sebarang fi.
Untuk tidak lagi menerima penyata bercetak dan bertukar kepada e-Penyata melalui Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect (“HLB Connect Online”):
Sebagai alternatif, sekiranya anda tidak lagi ingin menerima Penyata Bercetak dan e-Penyata melalui emel, anda boleh memuat turun dan menyemak e-Penyata anda dengan:
Anda juga boleh memuat turun e-Penyata anda di Perbankan Mudah Alih Hong Leong Connect (“HLB Connect App”):
|
7 |
Saya tidak mempunyai akses kepada Perbankan /Aplikasi Dalam Talian Hong Leong Connect. Bolehkah saya beralih kepada e-Penyata melalui e-mel?
|
Ya. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank atau menghubungi kami untuk mendaftar alamat emel anda bagi menerima e-Penyata.
Anda digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna Connect untuk kemudahan menguruskan kad anda dan perkhidmatan perbankan penting yang lain. |
8 |
Bilakah saya akan mula menerima e-Penyata melalui e-mel, jika saya mendaftar sekarang? |
Anda akan menerima e-Penyata pertama anda melalui alamat e-mel pilihan anda bermula dari tarikh penyata anda yang berikutnya. |
9 |
Saya menerima beberapa penyata bercetak setiap bulan. Adakah saya akan dikenakan fi lebih daripada sekali sebulan? |
Ya. RM1.00 akan dicaj setiap bulan untuk setiap Penyata Bercetak Kad Kredit yang dicetak dan dihantar kepada anda. Berkuatkuasa 1 Februari 2024, fi akan dikemaskini ke RM2.00. |
10 |
Adakah saya boleh memilih untuk menerima hanya satu penyata setiap bulan? |
Ya. Sila kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank atau hubungi kami untuk menukar Tarikh Penyata anda kepada satu tarikh supaya anda hanya menerima satu penyata setiap bulan.
|
11 |
Saya mempunyai Pemegang Kad Tambahan yang memenuhi kriteria pengecualian fi. Adakah saya akan dicaj untuk Fi Penyata Bercetak?
|
Ya. Fi hanya akan dikecualikan jika Pemegang Kad Prinsipal/Utama memenuhi kriteria pengecualian. |
12 | Mengapakah emel penyata yang saya terima tidak mengandungi e-Penyata? | Bagi pelanggan yang telah mendaftar sebagai pengguna Hong Leong Connect, emel penyata bulanan adalah untuk memaklumkan bahawa e-Penyata sudah tersedia untuk dimuat turun dari Hong Leong Connect. |