Berikutan pelaksanaan e-Invois yang diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDN”), Hong Leong Bank Berhad dan Hong Leong Islamic Bank Berhad ("HLB" atau "Bank") komited sepenuhnya untuk mematuhi segala keperluan dan garis panduan e-Invois yang telah dikeluarkan oleh LHDN.
PEMBEKAL/PEMBEKAL PERKHIDMATAN
Bagi kemudahan para pembekal dan pembekal perkhidmatan yang kami hargai dalam membuat persediaan untuk e-Invois, kami mengemukakan maklumat penting Bank seperti di bawah untuk rujukan anda.
Nama Entiti |
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) |
Nombor Pendaftaran Syarikat Baharu |
Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (PKIM)
|
Nombor Cukai Perkhidmatan (SST) |
---|---|---|---|---|
Hong Leong Bank Berhad |
C8850025100 |
193401000023 |
64191 |
W10-1808-32001763 |
Hong Leong Islamic Bank Berhad |
C11768068000 |
200501009144 |
64192 |
W10-2112-32000023 |
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang berurusan dengan anda.
PELANGGAN
Bermula 1 Julai 2025, Bank akan mengeluarkan e-Invois kepada pelanggan kami. Jika anda memerlukan e-Invois, sila klik di sini untuk memberikan maklumat anda.
Untuk kemudahan anda, sila pastikan anda menyediakan maklumat berikut:-
Kategori |
Permintaan maklumat |
---|---|
Individu | Nombor Pengenalan Cukai ("TIN") |
Syarikat (Pemilik Tunggal, Swasta Berhad, Awam Berhad, Perkongsian, Persatuan & Lain-lain) |
- Nombor Pengenalan Cukai ("TIN") - Nombor Cukai Jualan dan Perkhidmatan ("SST") * - Nombor Cukai Pelancongan ("TTX") *
* Hanya terpakai jika anda berdaftar SST atau TTX. |
Maklumat yang anda berikan hanya akan digunakan untuk tujuan e-Invois.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau penjelasan lanjut mengenai e-Invois, sila rujuk Soalan Lazim (FAQs) atau hubungi kami melalui saluran berikut:
- Hubungi pusat panggilan di talian 03-7626 8899, atau
- Hubungi pengurus perhubungan berdedikasi anda.