Kad Kredit
Jenis Kad | Kad Prinsipal Yuran Tahunan* |
Kad Tambahan Yuran Tahunan* |
---|---|---|
Visa Infinite P | Tiada Caj | Tiada Caj |
Visa Infinite | Tiada Caj | Tiada Caj |
Visa Infinite Edisi Doctor | Tiada Caj | Tiada Caj |
Mastercard Emirates HLB World Elite | RM2,500 | Tiada Caj |
Mastercard Emirates HLB World | RM1,200 | Tiada Caj |
Mastercard Emirates HLB Platinum | RM250 | Tiada Caj |
Visa Emas | RM160 | RM80 |
Visa WISE Emas | RM98 | RM48 |
Visa Sutera Platinum | RM120 | RM60 |
Visa Essential | RM100 | RM50 |
Visa GSC Emas | RM150 | RM75 |
Visa GSC Platinum | RM300 | RM150 |
Mastercard / Visa I'm | Tiada Caj | Tiada Caj |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
Keterangan | Fi/Yuran* |
---|---|
Cukai Perkhidmatan Kad Kredit | RM25 setiap kad |
Fi Tunai Pendahuluan | 5% amaun pendahuluan atau minimum RM20 setiap transaksi, yang mana satu lebih tinggi. |
Fi Penggantian Kad (Tidak terpakai untuk Kad I'm Visa/ Mastercard) |
RM50 setiap kad |
Caj Pembayaran Lewat | RM10 atau 1% daripada baki tertunggak pada tarikh penyata, yang mana lebih tinggi, tertakluk kepada maksimum RM100 |
Fi Penyata Bercetak | RM2.00 setiap penyata |
Fi Permohonan Penyata Bercetak Tambahan | RM5 setiap penyata |
Fi Dapatan Semula Draft Jualan |
Diketepikan |
Fi Pengarahan Semula dan Penghantaran Semula untuk Program Ganjaran Hong Leong (i) Fi pengarahan semula semula ke alamat yang lain (ii) Fi penghantaran semula ke alamat yang sama (iii) Pemegang kad juga memiliki pilihan menggunakan 2,500 Mata Ganjaran (PC: 9000) untuk mengimbangi fi pengarahan semula atau penghantaran semula |
RM10 setiap permohonan RM10 setiap permohonan |
Kad Touch 'n Go Zing Kad yang dipaut ke Kad Kredit Hong Leong. Tambah nilai RM100 secara automatik apabila baki Kad Zing kurang daripada RM50. (i) Fi Tambah Nilai Automatik (ii) Fi Penyenggaraan Kad (setiap 6 bulan sekali) |
RM2 setiap tambah nilai RM5 |
Pindahan Baki (Tidak berkenaan untuk pelan Pindahan Baki Fi Sekali dan pelan Pindahan Baki tanpa tempoh bayaran balik yang tetap)
|
RM70
3% |
Pelan Faedah Bulanan Quick Cash
|
RM12 |
Pelan Fi Sekali Quick Cash
|
3.99% |
Transaksi Luar Negara Transaksi dalam mata wang selain dari Ringgit Malaysia |
Transaksi kad yang dibuat dalam mata wang selain dari Ringgit Malaysia akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada tarikh ia diproses oleh Visa atau Mastercard pada kadar pertukaran asing sebagaimana yang ditentukan oleh Visa atau Mastercard International. Fi tambahan berikut akan dikenakan ke atas penukaran: (i) 1% fi transaksi dikenakan oleh Visa atau Mastercard International; dan (ii) 1% penambahan kepada penukaran tukaran asing dikenakan oleh Bank (Kad Visa/ Mastercard I’m dikecualikan daripada penambahan ini). |
Transaksi Luar Negara Transaksi dalam Ringgit Malaysia melalui Penukaran Mata Wang Dinamik ("DCC") |
Untuk sesetengah ATM di luar negara, laman sesawang atau peniaga tertentu, pemegang kad boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan DCC untuk menukarkan transaksi mata wang asing kepada Ringgit Malaysia. Jika DCC dipilih: (i) Kadar pertukaran wang asing yang digunakan oleh peniaga bagi urusniaga DCC mungkin lebih tinggi daripada kadar pertukaran yang ditentukan oleh Visa atau Mastercard International. (ii) Pemegang kad akan dikenakan fi transaksi sebanyak 1% oleh Visa atau Mastercard International ke atas amaun Ringgit Malaysia yang ditukarkan, mewakili fi yang dikenakan oleh Visa atau Mastercard. |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
Keterangan | Caj Kewangan* |
---|---|
Tempoh Tanpa Faedah bagi Transaksi Pembelian Runcit | 20 hari dari tarikh penyata dengan syarat baki semasa penyata sebelumnya telah dibayar sepenuhnya pada tarikh akhir pembayaran. Jika tidak, faedah akan dikenakan ke atas transaksi pembelian runcit dari tarikh diposkan masing-masing. |
Pembelian Runcit Corak pembayaran pemegang kad (i) Pemegang kad yang bayar tepat pada masa bayaran minumum selama 12 bulan berturut-turut (ii) Pemegang kad yang bayar tepat pada masa bayaran minumum untuk 10 bulan dan ke atas dalam 12-bulan kitaran (iii) Pemegang kad yang tidak termasuk dalam kategori di atas |
Dikira atas dasar harian selepas tempoh tanpa faedah dengan syarat baki semasa pemegang kad bagi penyata sebelumnya telah dibayar sepenuhnya sebelum tarikh akhir pembayaran. Jika tidak, faedah akan dikenakan atas dasar harian dari tarikh diposkan masing-masing. Caj kewangan mungkin berbeza untuk setiap akaun bergantung kepada corak pembayaran pemegang kad bagi 12 bulan yang lepas seperti di bawah:
|
Pendahuluan Tunai | 18% p.a. daripada amaun pendahuluan tunai dikira atas dasar harian dari tarikh transaksi sehingga tarikh pembayaran penuh |
Caj Kewangan akan dikenakan atas semua baki tertunggak yang dibawa ke hadapan termasuk faedah dan yuran (kecuali Caj Pembayaran Lewat) berdasarkan kadar semasa Bank dan dikira atas dasar harian, sekiranya baki semasa penyata sebelumnya tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh akhir pembayaran.
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan