Pinjaman
Q: Apakah jenis hartanah yang dibiayai oleh Hong Leong Bank Berhad?
A: Kami membiayai hartanah kediaman di bawah Pinjaman Perumahan Hong Leong dan hartanah komersil di bawah Pinjaman Kedai Hong Leong.
Q: Apakah margin pembiayaan Pinjaman Perumahan?
A: Sehingga 90% atas harga pembelian atau nilai pasaran terbuka, yang mana lebih rendah dan tertakluk pada kelayakan.
Q: Apakah manfaat yang ditawarkan oleh Pinjaman Perumahan Hong Leong?
A: Pinjaman Perumahan Hong Leong menyediakan fleksibiliti membuat pembayaran tambahan atas pinjaman perumahan anda tanpa notis awal dan menjimatkan pembayaran faedah. Ia juga membolehkan anda untuk mendapatkan semula amaun prabayar atau sebahagiannya pada bila-bila masa anda memerlukannya daripada pinjaman yang dilunaskan sepenuhnya.
Q: Apakah dokumen yang perlu saya serahkan?
A: Anda perlu memberikan dokumen pendapatan dan peribadi anda semasa permohonan.
Q: Bolehkah saya membuat permohonan bersama untuk pinjaman?
A: Ya, boleh.
Q: Berapa lamakah tempoh sah kelulusan?
A: Kelulusan adalah selama 14 hari selepas tarikh Surat Tawaran. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad berhak untuk menarik balik kelulusan pinjaman dan / atau untuk mengubah terma dan syarat pinjaman tanpa sebarang notis.
Q: Bagaimanakah cara saya membuat bayaran bulanan?
A: Pembayaran boleh dibuat secara arahan tetap, tunai, cek di mana-mana cawangan Hong Leong Bank di seluruh negara atau melalui Hong Leong Online.
Q: Adakah terdapat pilihan pembayaran debit automatik?
A: Ya, pemohon yang berjaya perlu membuka Akaun Semasa/ Akaun Simpanan dan mengekalkan Arahan Tetap (SI) untuk bayaran bulanan automatik.
Q: Berapa lamakah masa untuk memproses permohonan pinjaman?
A: 2 hingga 3 hari selepas menerima dokumen lengkap.
Q: Apakah Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (Mortgage Decreasing Term Assurance, MDTA)?
A: Insurans untuk melindungi peminjam bagi jumlah pinjaman atau pinjaman tertunggak sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Q: Bolehkah saya membiayai premium Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MDTA)?
A: Boleh. Anda boleh membayar tunai atau menambah amaun pinjaman tetapi ia tertakluk kepada maksimum sehingga 5% daripada nilai harta atau harga beli, yang mana lebih rendah.
* Butiran di atas tertakluk pada terma dan syarat.