Soalan Lazim - Pembiayaan Saham

Pembiayaan Saham

Q: Adakah saya perlu berdagang dengan firma broker saham yang tertentu?

A: Boleh. Hong Leong Bank Berhad mempunyai senarai panel firma broker saham untuk dipilih. Anda boleh terus menggunakan khidmat remisier anda selagi nama firma broker saham remisier anda ada dalam senarai panel kami.

 

Q: Bagaimanakah saya layak untuk Permohonan Pinjaman SMF?

A: Hong Leong Bank Berhad akan menilai setiap permohonan pinjaman berdasarkan merit dan demerit. Biasanya kelulusan adalah berasaskan sumber peribadi pemohon, keupayaan membayar balik, corak pembayaran sebelum ini, perundangan, kolateral yang disandarkan dan keperluan Hong Leong Bank Berhad.

 

Q: Apakah kolateral yang diterima oleh Hong Leong Bank Berhad?

A: Hong Leong Bank Berhad menerima kolateral dalam bentuk :-

  • Wang Tunai / Deposit Tetap yang disandarkan kepada Hong Leong Bank
  • Saham disebut harga yang diterima di Bursa Malaysia
  • Dana Unit Amanah yang diuruskan oleh HLGUT

 

Q: Apakah dokumen yang saya perlu serah kepada Hong Leong Bank Berhad?

A: Pemohon perlu menyerahkan dokumen berikut:

Individu

  • Borang Permohonan SMF
  • Fotokopi Kad Pengenalan
  • Borang BE / Penilaian Cukai Pendapatan terkini
  • Slip gaji (3 bulan)
  • Penyata bank (3 bulan)
  • Penyata CDS (jika kolateral awal adalah saham yang disebut harga)
  • Penyata Unit Amanah (jika kolateral awal adalah unit amanah)
  •  

Korporat (Syarikat Pegangan Pelaburan sahaja)

  • Borang Permohonan SMF
  • Pendaftaran Perniagaan
  • Memorandum dan Artikel
  • Borang 9, 24, 44 &49 dan Pulangan Tahunan
  • Penyata Kewangan yang Diaudit
  • Penyata Bank (3 bulan)
  • Profil Syarikat
  • Resolusi Syarikat (Menyatakan personel yang dibenarkan untuk berdagang bagi pihak syarikat)

 

Q: Berapa lamakah tempoh sah kelulusan?

A: Kelulusan sah selama 14 hari. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad berhak untuk menarik balik kelulusan pinjaman dan / atau untuk mengubah terma dan syarat pinjaman tanpa sebarang notis.

 

Q: Bagaimanakah cara saya membuat bayaran bulanan?

A: Tiada bayaran balik yang tetap selagi margin anda tidak melepasi margin yang diluluskan.

 

Q: Adakah terdapat had kredit pada permohonan SMF?

A: Ya, had kredit minimum yang anda boleh mohon adalah RM50,000 manakala had maksimum adalah RM5,000,000 setiap pelanggan.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.