Makluman penting mengenai Program Penangguhan Sewa Beli Perindustrian untuk kemudahan Sewa Beli Perindustrian anda dan perubahan terhadap Perjanjian Sewa Beli Perindustrian anda
Pada 1 April 2020, Hong Leong Bank telah memperkenalkan Program Penangguhan pembayaran balik bulanan Sewa Beli Perindustrian selama enam bulan untuk pelanggan yang layak di mana ansuran bulanan anda telah ditangguhkan (Ansuran Tertangguh) dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020 (“Tempoh Penangguhan”).
(i) Jika anda perlu menangguhkan ansuran bulanan anda, anda boleh menyertai Program Penangguhan kami. Untuk memformalkan Program Penangguhan ini sebagaimana yang dikehendaki di bawah terma dan syarat Perjanjian Sewa Beli Perindustrian, anda perlu memberi persetujuan anda seperti yang tertera di seksyen “A” (Apa yang perlu anda lakukan) di halaman bawah selewat-lewatnya 30 September 2020.
(ii) Jika anda membuat keputusan untuk menjelaskan Ansuran Tertangguh, sila buat demikian selewat-lewatnya 30 September 2020. Sila rujuk seksyen “B” (Teruskan Pembayaran Ansuran seperti biasa) di halaman bawah.
(iii) Sekiranya anda menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat membuat pembayaran untuk mana-mana ansuran bulanan anda, sila buat permohonan untuk Pelan Bantuan Pembayaran kami di www.hlb.com.my/relief.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
A. Jika anda ingin menyertai Program Penangguhan ini, sila maklumkan kepada kami sebelum 30 September 2020 dengan:
- Individu: sila tekan di sini untuk borang persetujuan.
- Bukan Individu: sila tekan di sini untuk borang persetujuan.
Anda perlu memasukkan kod unik 6 digit yang telah dihantar kepada anda semasa mengisi borang persetujuan.
ATAU
B. Teruskan Pembayaran Ansuran seperti biasa
- Tiada pemakluman diperlukan.
- Jelaskan baki Ansuran Tertangguh.
- Teruskan pembayaran ansuran seperti biasa.
- Jika anda mempunyai arahan tetap yang ditetapkan oleh kami untuk pembiayaan anda, kami akan mengaktifkannya semula mulai pada 1 Oktober 2020 dan seterusnya.
TERMA DAN SYARAT PROGRAM PENANGGUHAN SEWA BELI PERINDUSTRIAN
Syarat-syarat berikut akan dikenakan ke atas kemudahan anda, sekiranya anda memilih menyertai Program Penangguhan Sewa Beli Perindustrian ini.
1. Faedah yang akan dikenakan ke atas Ansuran Tertangguh
Semasa tempoh penangguhan 1 April – 30 September 2020:
- Tiada faedah akan dikenakan ke atas Ansuran Tertangguh.
Selepas tempoh penangguhan mulai 1 Oktober 2020:
- Faedah Penangguhan akan dikenakan ke atas semua Ansuran Tergangguh sehingga dijelaskan sepenuhnya.
Nota:
- Kadar faedah yang dikenakan ke atas Ansuran Tertangguh adalah sama seperti Kadar Kontrak (Kadar Peratusan Tahunan) kemudahan Sewa Beli Perindustrian anda.
- Tempoh Sewa Beli Perindustrian anda akan dilanjutkan sehingga 6 bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran balik Ansuran Tertangguh dan Faedah Penangguhan.
- Sebarang faedah penangguhan yang terkumpul atas Ansuran Tertangguh perlu dijelaskan sepenuhnya dengan ansuran terakhir anda.
2. Pembayaran Ansuran Tertangguh
Anda boleh memilih untuk membayar Ansuran Tertangguh dan elak caj faedah penangguhan.
ATAU
Bayar sepenuhnya atau sebahagian daripada mana-mana Ansuran Tertangguh pada bila-bila masa selepas Tempoh Penangguhan.
Untuk pilihan ini:
(i) Faedah penangguhan akan dikenakan ke atas Ansuran Tertangguh seperti yang dinyatakan di bawah perkara (1) di atas.
(ii) Faedah penangguhan yang terkumpul ke atas Ansuran Tertangguh hendaklah dijelaskan sepenuhnya, sekali dengan ansuran terakhir anda.
Sebarang pembayaran yang dibuat sebelum tarikh matang kemudahan Sewa Beli Penindustrian anda akan mengurangkan caj faedah penangguhan pada tarikh matang.