Persediaan untuk memenuhi keperluan pendidikan anak anda
Gambaran Keseluruhan
Rancang Awal
Fleksibel
Berstrategi
Pelan Jangka Panjang
Jika anak anda masih kecil, anda boleh pilih pelan pelaburan jangka panjang yang akan matang apabila mereka bersedia untuk memasuki universiti. Bermula awal dan perlahan-lahan anda akan mengumpul dana yang cukup untuk pendidikan anak anda, tanpa anda sedari.
Pelan Jangka Sederhana
Anak anda yang aktif akan ke universiti dalam beberapa tahun lagi. Pilihan yang bijak adalah dengan melindungi mereka melalui pelan insurans yang memiliki fleksibiliti untuk bertindak sebagai pelan pelaburan pendidikan. Anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa yang perlu untuk membayar kos pendidikan tinggi anak anda.
Pelan Jangka Pendek
Jika anak anda sudah pun masuk universiti, anda perlu mencari penyelesaian yang boleh membantu memaksimumkan wang yang sudah terkumpul dalam dana pendidikan mereka. Cari jalan untuk mendapat kadar pertukaran yang terbaik supaya anda boleh mendapat nilai yang tinggi untuk Ringgit anda.