Anda mungkin menyukai
Ciri & Manfaat
Potensi Pulangan yang Lebih Tinggi
Pelaburan Dwi Mata Wang menawarkan pulangan yang berpotensi lebih tinggi berbanding Deposit Mata Wang Asing biasa.
Pelabur boleh memilih pasangan mata wang bagi mata wang asas (seperti USD) dan mata wang alternatif (seperti EUR) bagi pelaburan ini.
Pelabur boleh menerima prinsipal serta faedah yang diperoleh pada tarikh matang sama ada dalam mata wang asas atau alternatif pada kadar tukaran yang sudah dipersetujui.
Pelabur harus selesa untuk menerima pulangan dalam kedua-dua mata wang apabila pelaburan matang.
Pasangan Wang* |
Pasangan Mata Wang* Pulangan Indikatif |
---|---|
AUD/MYR |
8.00% |
NZD/MYR |
11.00% |
GBP/MYR |
8.00% |
EUR/MYR |
9.00% |
USD/MYR |
5.50% |
AUD/USD |
11.00% |
NZD/USD |
12.00% |
USD/CAD |
12.00% |
*Pulangan indikatif tertakluk kepada perubahan.
*Pasangan mata wang tidak terhad kepada yang di atas. Bagi pasangan mata wang lain, sila kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda.
Kelayakan
Produk ini hanya ditawarkan kepada individu yang memiliki(1) aset peribadi bersih melebihi RM3 juta atau yang sama nilainya dalam mata wang asing, (2) pendapatan kasar tahunan melebihi RM300,000 atau yang sama nilainya dalam mata wang asing, (3) jumlah pendapatan kasar tahunan bersama dengan pasangan melebihi RM400,000 atau yang sama nilainya dalam mata wang asing; ATAU korporat/perkongsian yang mempunyai jumlah aset bersih melebihi RM10 juta atau yang sama nilainya dalam mata wang asing pada hari terakhir tahun kewangan itu. Syarat pelaburan minimum ialah RM250,000.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran

AMARAN
PULANGAN PELABURAN PRODUK BERSTRUKTUR INI AKAN TERJEJAS OLEH PRESTASI ASET / RUJUKAN PENDASAR, DAN PEMULIHAN PELABURAN PRINSIPAL ANDA BOLEH TERJEJAS JIKA ANDA MEMBUAT PENEBUSAN AWAL. PELABURAN PRODUK STRUKTUR INI TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA.
Anda tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah seksyen 152 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Tabung pampasan ini tidak melanjutkan kepada anda jika anda mengalami kerugian kewangan akibat daripada penggelapan atau penyalahgunaan penipuan wang atau harta lain, oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil Hong Leong Bank Berhad ("HLB").
Iklan ini belum ditinjau oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC).