“Persediaan untuk masa depan:
pelaburan lestari.”

Pertumbuhan pelaburan ESG yang menggalakkan:

$22.8 trilion (2016)

$30.6 trilion (2018)

Lebih $35 trilion (2020)

Sumber: Global Sustainable Investment Association

Aset pelaburan ESG dijangka melebihi $50 trillion menjelang 2025, melebihi satu pertiga unjuran jumlah aset global di bawah pengurusan iaitu $140.5 Trilion.

Pasaran ETF ESG sebanyak $1 Trilion dan pasaran hutang ESG sebanyak $11 Trilion telah dijangka menjelang 2025 .

Pelaburan ETF ESG dan hutang ESG menerajui pertumbuhan strategi pelaburan ESG.

Sumber: Bloomberg Intelligence ESG 2021 Midyear Outlook

Tetapi sebaik mana pelaksanaannya, masih banyak perkara yang perlu diawasi dan dipelajari. Ia tidak semudah dahulu, di mana pelabur boleh menyemak rekod pembayaran dividen, membandingkannya dengan prospek pertumbuhan sektor atau syarikat dan seterusnya meramalkan unjuran yang munasabah bagi prestasi pelaburan mereka. Pelaburan ESG adalah lebih rumit kerana beberapa faktor lain yang perlu diambil kira. Dalam artikel ini, kita akan melihat sebahagian daripadanya.

Kami bersedia membantu anda menyelesaikan permasalahan ini bersama dengan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengimbangi portfolio pelaburan anda. Buatlah janji temu dengan kami untuk berbincang lebih lanjut.

KLIK UNTUK BERBINCANG DENGAN KAMI

Keresahan yang perlu diambil perhatian.

Elok diingatkan akan sentiasa ada yang memimpin dan ada yang tertinggal. Di antara kedua-duanya terdapat beberapa potensi pertumbuhan terbaik.

Adakah penawaran memenuhi permintaan?

Hari ini, semakin ramai pelabur ingin melabur di dalam syarikat yang mempunyai matlamat untuk membina masa hadapan dengan lebih baik. Walaupun sesetengah menyifatkannya sebagai satu ‘trend’, tetapi pelaburan ESG telah menunjukkan bahawa ia akan terus kekal dan berkembang untuk menjadi satu kuasa pelaburan yang dominan. Mengapa kami kata begitu? Buktinya ialah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelabur institusi terkemuka telah mula mengimbangi semula dana mereka secara konsisten ke arah pelaburan berasaskan ESG yang kukuh. Kami sering melihat laporan pergerakan serta peralihan besar seperti berikut:

”Skim pencen UK menjanjikan £5.5 Bilion untuk strategi pelaburan hijau” - Financial Times, 20 Julai 2020 dan ”trio pelaburan Heavyweight Nordic menjanjikan pelaburan infrastruktur hijau sejumlah €4 Bilion” Responsible investor, 10 Nov. 2020.

Lebih ramai pelabur mencari bon hijau; pelancaran bon hijau pertama kerajaan Jerman pada 2020 berjumlah EUR6.5 Bilion terlebih langgan sebanyak lima kali ganda. Kita boleh melihat pergerakan daripada persidangan PBB ‘Net Zero Asset Owner Alliance’ yang memiliki lebih daripada USD5 Trilion dalam bentuk aset. Ia merupakan jumlah pelaburan luar biasa daripada 66 pelabur institusi antarabangsa yang bertekad untuk mengubah portfolio mereka kepada usaha pelepasan sifar gas rumah kaca (GHG) menjelang 2050.

”Jerman Meraih Permintaan untuk Hutang Hijau Dengan Jumlah Permulaan $7.7 Bilion.” Bloomberg 20 September 2020.

”Pelabur institusi beralih portfolio mereka kepada pelepasan sifar gas rumah kaca (GHG) bersih menjelang 2050. Inisiatif Kewangan UNEP. 19 Nov. 2020

Sehubungan itu, penawaran pelaburan tersebut bakal berkembang memandangkan sokongan langkah dasar hijau yang lebih kukuh dan pembangunan pasaran karbon yang lebih teguh. Pergerakan ini boleh dilihat di Malaysia, di mana Belanjawan 2022 dan Rancangan Malaysia ke-12 baru-baru ini mengutamakan ekonomi hijau, selaras dengan peralihan banyak negara di seluruh dunia.

Memandangkan momentum yang semakin meningkat, kemungkinan pelabur yang mencari aset hijau dan teknologi terkini yang berpotensi secara agresif akan bertambah.

Segalanya berhubung,
tanpa E, tiada S dan G.

“Di seluruh dunia, ada tekanan ke atas syarikat untuk memainkan peranan masing-masing bagi membina masa depan yang lebih baik di dalam kebajikan pekerja, komuniti tempat bekerja dan tadbir urus yang lebih kukuh daripada lembaga pengarah dan bahagian pengurusan syarikat.”

Banyak syarikat sedang meningkatkan keupayaannya untuk berkomunikasi: tetapi adakah ini bermakna mereka benar-benar bertambah baik? Pada era kini di mana media sosial lebih kerap menjadi sumber maklumat utama bagi ramai orang, adalah penting untuk membuat kajian dengan lebih mendalam lagi. Berita tentang keprihatinan terhadap alam sekitar menjadi perkara yang tersebar dengan luas kerana kesan perubahan iklim yang boleh disaksikan dan sedang berlaku serta kejadian bencana alam yang secara langsung boleh dikaitkan dengannya. Setakat ini tidaklah sukar untuk mencari pelaburan ESG yang berkaitan dengan alam sekitar. Apa yang lebih sukar dicari adalah di dalam aspek sosial dan tadbir urus. Tidak boleh dipertikaikan lagi, kombinasi ketiga-tiga ini adalah perlu untuk mencapai hasil yang diingini.

Selain daripada itu, banyak peraturan baharu telah mula diperkenalkan sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, laporan daripada Task Force on Climate-related Financial Disclosures (TCFD) telah menjadi satu kemestian untuk penandatanganan perjanjian PRI PBB pada 2020, dan akan berkuat kuasa pada tahun akan datang di UK, New Zealand dan mungkin Amerika Syarikat. Peraturan Sustainable Finance Disclosure Regulation (SFDR) Kesatuan Eropah, jika dimuktamadkan untuk pelaksanaan, akan memerlukan institusi pelaburan memberi laporan sekiranya syarikat pelaburan mereka beroperasi di dalam atau di persekitaran kawasan yang mempunyai nilai biodiversiti tinggi. Ini hanyalah satu permulaan.

Sumber:

“FAQ on mandatory climate reporting for PRI signatories.” UN PRI.

“U.K. Requires Companies to Report on Climate Change by 2025.” The Wall Street Journal.

“Mandatory climate-related financial disclosures.” New Zealand Ministry of the Environment.

“Biden plan to make companies disclose climate risks key to decarbonization.” S&P Global.

Dana baharu mungkin lebih berpotensi.

Ini kerana mereka mempunyai banyak masa untuk mengkaji pergerakan dan perkembangan pelaburan ESG. Penyertaan lewat ke kancah pelaburan ESG bukanlah sesuatu yang negatif, sebaliknya ia memberi masa kepada dana pelaburan untuk membina strategi dengan mengambil pengajaran daripada kesilapan dana yang terdahulu. Di peringkat awal pelaburan ESG, memang terdapat kemungkinan untuk mengelak daripada membuat pelaburan yang dianggap negatif - sebagai contoh sektor tenaga atau industri intensif tenaga dan sektor pertanian, memandangkan pendedahannya kepada potensi penggunaan yang mengakibatkan kerosakan tanah, sumber asli serta isu hak asasi manusia atau buruh.

Malah ada yang mengambil keputusan untuk mengelak sektor-sektor yang tidak mempunyai sejarah panjang dalam mempertimbangkan faktor ESG. Mengeluarkannya daripada portfolio akan membantu anda untuk menghindar beberapa tekanan yang dilihat pada sektor ini sejak beberapa tahun lalu.Tetapi dengan hanya mengelakkan isu ini semata-mata bukanlah teras kepada kejayaan pelaburan ESG.

Sistem analitik baharu telah membantu penyelidik mengasingkan sumbangan faktor khusus ESG bagi melihat prestasi tanpa mengira industri, negara, mata wang dan faktor lain. Begitulah yang dilakukan oleh syarikat seperti MSCI, Sustainalytics dan Morningstar yang menyediakan penilaian ESG yang boleh dipercayai. Mereka mengukur faktor khusus ESG dalam industri dan syarikat serta menilai keupayaan dan keberkesanan pihak pengurusan dalam menangani isu yang berbangkit.

Sistem ini juga menunjukkan bahawa faktor ESG menyumbang lebih kepada prestasi Indeks MSCI ESG terpilih pada 2020 berbanding mana-mana faktor kewangan tradisional yang lain — termasuk pendedahan kepada sektor tenaga. Oleh itu, ada cara untuk melihat sektor yang mungkin dianggap lebih berisiko oleh sesetengah pihak.

Sumber:

“MSCI ESG Indexes during the coronavirus crisis.” MSCI Blog

“ESG Investing: Practices, Progress and Challenges.” OECD.

Apa yang anda perlu perhatikan?

Memahami profil risiko peribadi berbanding matlamat pelaburan anda dari perspektif pulangan dan jangka masa masih merupakan salah satu cara terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya pelaburan anda.

Kepentingan amalan perniagaan yang baik masih tidak berubah. Apabila melihat lembaran dana (terutamanya yang memberi fokus kepada ESG), ia seharusnya mengandungi senarai pelaburan dalam perniagaan yang diketahui mempunyai prestasi yang menyakinkan. Bagi pelabur, faktor ESG berfungsi paling baik apabila berada di bawah pengurus perniagaan yang berpengalaman dan terbukti keberkesanannya.

Dengan tidak mengambil kira mereka yang ketinggalan, keseimbangan yang baik boleh mendorong pertumbuhan terutamanya bila yang berpotensi (yang kini hanya menerima markah purata di dalam kedudukan ESG) menjadi lebih menarik apabila pulangan daripada usaha mereka mula dilihat.

Perlu dikatakan, pelaburan ESG pastinya bukan untuk keuntungan jangka pendek – pandangan jangka sederhana dan panjang adalah perlu sementara dunia pelaburan sedang mengalihkan modalnya ke arah perniagaan yang mampu memberikan hasil daripada pelaburan ESG ini.

Sehingga kini, tiada pengganti dari segi saiz dan pengalaman yang ada. Salah satu penyedia ESG terbesar di dunia ialah Morgan Stanley Capital International (MSCI). Banyak dana bergantung pada kepakaran dan pengalaman MSCI selama lebih daripada setengah abad di dalam bidang penyelidikan, data dan teknologi. Inilah yang menjadi ikutan beberapa ahli strategi pelaburan ESG terbaik dunia dalam mencari penyelesaian terbaik dan telus kepada pelanggan mereka.

Bagi pelabur biasa, mereka juga menerbitkan blog yang menyediakan pelbagai maklumat dan ini merupakan cara terbaik untuk belajar dan mendapat maklumat terkini tentang dunia pelaburan ESG. Anda boleh membaca mengenainya di sini.

Di sinilah terletak rahsia besarnya. Sistem terbaik tidak berguna jika tidak dikendalikan oleh pakar. Jika anda sedang mencari dana untuk melabur, ia merupakan salah satu faktor utama. Cari pasukan yang berdedikasi dan berpengalaman di dalam pelaburan berkaitan.

Walaupun anda tidak boleh menjangkakan masa depan dengan hanya bersandarkan masa lalu semata-mata, ujian tersokong atau ‘backtesting’ adalah sebahagian daripada proses penting bagi mempelajari sektor pelaburan. Apabila mempertimbangkan dana baharu, sentiasa dapatkan keputusan ujian ‘backtesting’.

Perlu diambil perhatian, ia bukan hanya tentang pulangan akhir tertinggi, tetapi yang penting adalah pulangan yang paling stabil dan mampan. Sebagai peringatan, lonjakan prestasi juga boleh didorong oleh dana yang malangnya mengejar aliran trend atau gelembungan.

Apabila membandingkan dana, terdapat banyak yang menjadi ukuran. Penciptanya adalah beberapa ahli matematik terkenal dunia, ahli statistik dan pemenang hadiah Noble. Walaupun begitu, perlu ada kewaspadaan – tidak semuanya lancar.

Mungkin anda tidak akan mendapat pulangan yang tertinggi – tetapi anda juga tidak menanggung risiko tahap tertinggi. Pulangan stabil dan melebihi purata (pelabur seperti Berkshire Hathaway sebagai inspirasi) adalah sentiasa yang terbaik dalam jangka masa panjang.

Di sinilah penilaian daripada syarikat seperti Morningstar, atau pendedahan sektor (yang boleh dilihat dengan mudah pada lembaran fakta dana) amat penting sebagai pertimbangan. Adakah anda selesa dengan dana dan sektor yang ia didedahkan kepada? Adakah nama syarikat dalam 10 pegangan teratas memberi inspirasi kepada anda? Ini adalah soalan-soalan yang perlu fikirkan.

Mengetahui beberapa jawapan ini juga membantu pakar pelaburan memberi cadangan yang menjadi pendorong kepada sebarang keputusan yang akan dilakukan bagi membantu anda mencapai prestasi portfolio yang diinginkan.

Memahami profil risiko peribadi berbanding matlamat pelaburan anda dari perspektif pulangan dan jangka masa masih merupakan salah satu cara terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya pelaburan anda.

Mari berbincang.

Anda pasti mempunyai lebih banyak soalan yang perlukan jawapan. Kami di sini bersedia untuk anda pada bila-bila masa untuk berkongsi lebih banyak lagi panduan dan maklumat. Anda boleh menyertai webinar kami mengenai pelaburan ESG, membaca lebih lanjut tentang usaha kami dalam bidang ini ataupun membuat janji temu untuk bercakap dengan kami untuk anda membuat langkah pertama ke dalam dunia pelaburan ESG. Ia adalah salah satu idea yang sangat menarik dalam dunia pelaburan, yang kami berpendapat akan menjadi taraf minimum bagi pengertian pelaburan pada masa hadapan.