Inflasi secara amnya dianggap negatif dan dikaitkan dengan ‘kenaikan harga’. Tetapi ia
sebenarnya lebih daripada itu di dalam konteks ekonomi moden yang kompleks ini.
Untuk bersedia dari segi  kewangan serta mengimbangkan semula pelaburan dengan
lebih berkesan, anda perlu tahu di mana perancangan bermula. Inflasi itu adalah
kompleks dan terdiri daripada siri peristiwa yang boleh melonjakkan atau
menurunkan ekonomi dengan kenaikan atau kejatuhan harga saham di pasaran. 

knowledge inflation rm high low bm


Seperti juga ombak di lautan, yang sentiasa ada pasang surut — sama ada kita
mempelajari cara  untuk mengapungkan diri pada ketika itu, atau lebih baik lagi,
menjadi perenang yang hebat.


Inflasi itu perlu

Ekonomi moden memerlukan inflasi; ia memacu pertumbuhan dan progres. Ia juga menggalakkan pekerja meningkatkan kemahiran supaya menerima bayaran lebih tinggi; dan syarikat akan meningkatkan prestasi untuk menjadi lebih baik; mengeluarkan produk lebih bagus, melaksanakan pengurusan kos yang efektif dan penggunaan teknologi di tahap tertinggi untuk membantu menggalakkan permintaan dan perbelanjaan pengguna.

Sudah tentu, ia perlu berdasarkan tahap inflasi yang ideal. Jika terlalu lama di tahap terlalu tinggi, ia akan menjurus kepada hiperinflasi, yang akan memusnahkan ekonomi dan kelangsungan kehidupan secara dramatik. Sebagai contoh, buatlah carian google “Zimbabwean Trillion Dollar Billboard” untuk mengetahui kesannya. Apabila inflasi terlalu rendah (atau negatif), ia juga amat memeritkan. Apabila berlakunya penguncupan ekonomi, pengguna berpendapat harga barangan akan menjadi lebih murah, oleh itu mereka akan mengamalkan sikap menunggu sebelum berbelanja. Perniagaan akan mengalami keuntungan yang kurang dan terpaksa membayar gaji yang rendah (atau mengurangkan jumlah pekerja) kerana permintaan semakin kurang. Kitaran ini adalah memeritkan dan sukar diperbaiki dan ia menjadi salah satu sebab negara Jepun mengalami  ‘lost decade’ yang berlarutan sehingga lebih dari satu dekad.
 

Merungkai kerumitannya

Ketidakseimbangan permintaan dan penawaran akan mengakibatkan inflasi. Inflasi ‘Cost-push’ biasanya didorong oleh kebantutan penawaran akibat bencana semula jadi atau kos pengeluaran dan pengedaran yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak. Inflasi ‘Demand-pull’ mungkin berlaku akibat kenaikan pasaran saham yang berlanjutan, dan ini terjadi apabila bank pusat mengurangkan kadar faedah atau kerajaan menambahkan perbelanjaan - mengakibatkan peningkatan permintaan yang memberi tekanan kepada kapasiti ekonomi yang produktif, yang mana akan meningkatkan kos yang terpaksa dipindahkan kepada pengguna. Jika kedua-dua situasi ini tidak berlaku, tetapi peniaga atau syarikat menjangka kenaikan harga serta memindahkan jangkaan kenaikan kos bagi bayaran gaji pekerja dan pemindahan harga kontrak (seperti kenaikan sewa secara automatik) kepada pengguna, ini juga lama-kelamaan akan  menyumbang kepada inflasi. Kadangkala, kesemua perkara di atas berlaku serentak.
 

Bolehkah kita mengawalnya?

Ramai ahli ekonomi percaya bahawa inflasi yang terkawal dan boleh diramal adalah baik untuk ekonomi. Jika ia boleh diramal, ia akan digunakan di dalam kontrak pelarasan harga dan kadar faedah, dan ini akan mengurangkan impak gangguannya. Bank pusat mempunyai dasar bergelar sasaran inflasi — di mana mereka mensasarkan untuk memastikan inflasi terurus pada tahap yang ditentukan dari masa ke semasa. Kedua-dua dasar monetari dan fiskal kerajaan akan bekerjasama di dalam menguruskan kawalan ini.

knowledge driving inflation bm


1. Penawaran wang

Kunci Kira-Kira Bank Pusat (dalam % KDNK)

knowledge inflation supply of money bm


Bank-bank pusat utama akan mencetak lebih banyak mata wang sewaktu pandemik COVID-19 yang mana ini akan mendorong inflasi. Walau bagaimanapun, bank pusat global telah mengambil langkah mengetatkan penawaran, yang mana ini mungkin membantu memperlahankan inflasi. Untuk konteks; penawaran mata wang telah mula dilaksanakan sejak krisis kewangan 2008.

2. Peningkatan permintaan

IMF: Kadar Simpanan Negara Kasar Dunia (%) 

knowledge inflation pent up demand bm


Walaupun pengguna mula menggunakan perkhidmatan pembelian atas talian, kadar penjimatan secara amnya telah bertambah sewaktu perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Tetapi apabila aktiviti perniagaan runcit, hospitaliti dan rekreasi dibuka semula, perbelanjaan pengguna meningkat naik - yang mendorong peningkatan inflasi.

3. Kesesakan penghantaran

Indeks Tukaran Dagangan Dry Baltic

knowledge inflation shipping bottlenecks bm


Bilangan jam bagi perjalanan kapal dagang meningkat apabila permintaan untuk import telah pulih kerana pembukaan semula laluan dan sempadan. Pelabuhan tidak dapat menguruskan tambahan trafik yang mengakibatkan banyak kapal dagang akan tersekat — ini mengurangkan bekalan dan mendorong harga penghantaran lebih tinggi.

4. Ketidakstabilan geo-politik mendorong harga makanan dan minyak

Indeks Harga Makanan Dunia dan Pertanian PBB (kiri) berbanding minyak mentah Brent (dalam USD - kanan)

knowledge inflation geo political bm


Peperangan (baik kecil atau besar yang berlaku antara dua negara) sentiasa menjadi faktor utama terjadinya inflasi. Selain daripada kerosakan fizikal kepada produktiviti, ia juga disebabkan oleh sekatan meluas yang mungkin dikenakan. Sebagai contoh; Rusia di antara pengeluar minyak dan gas tersebar dunia. Ukraine adalah pengeluar bijirin terbesar dunia. Kesannya? Harga makanan dan tenaga telah meningkat. Aspek inflasi ini dijangka berlarutan lebih lama daripada peperangan itu sendiri. 
 

5. Kemajuan teknologi mendorong kenaikan harga logam

Harga Nikel (dalam Dolar AS - kiri) berbanding Kuprum (dalam Dolar AS - kanan)

knowledge inflation metal prices bm


Ini membuktikan bahawa tiada apa yang percuma dan segala tumpuan usaha sedekad lalu ke arah tenaga bersih dan penyimpanan tenaga bateri telah mendorong kenaikan harga beberapa unsur nadi bumi, dan juga bahan seperti nikel dan kuprum. Seperti yang dijangkakan, penggunaan banyak peranti elektronik dalam kehidupan arus digital akan terus meningkatkan kos, sehinggalah terdapatnya bahan alternatif baharu ditemui dan digunakan secara meluas.
 

knowledge inflation right space bm


Pelabur yang memegang aset kukuh seperti komoditi mungkin dapat menikmati kelebihan di atas kenaikan inflasi terkawal apabila harga aset yang dipegang meningkat. Peningkatan Inflasi boleh memberi lebih keuntungan kepada syarikat apabila harga input dipindahkan kepada pengguna; dengan syarat pengguna perlulah sanggup berbelanja. Syarikat-syarikat ini biasanya akan menikmati harga saham yang lebih tinggi. Inflasi yang meningkat juga cenderung untuk menyokong penggajian yang lebih tinggi. Pekerja pula akan menuntut gaji yang lebih tinggi apabila harga barang dan perkhidmatan meningkat, dan gaji yang lebih tinggi juga biasanya diikuti oleh permintaan dan perbelanjaan yang lebih tinggi.

Mereka yang memegang aset dalam mata wang, seperti wang tunai atau bon, tidak akan menggemari  inflasi sama sekali. Ia hanya menghakis nilai pegangan mereka. Di masa lalu, kelas-kelas aset yang dianggap sebagai pelindung nilai yang baik terhadap inflasi adalah termasuk emas, komoditi dan amanah pelaburan hartanah (REITs). Walau bagaimanapun, perlu diketahui  bahawa petunjuk masa lalu tidak selalunya baik bagi meramal masa hadapan. Ia mungkin berubah apabila anda tidak menjangkakannya. Pendekatan dengan ketelitian penilaian dan penuh seimbang mungkin pilihan terbaik anda.
 

1. Ekuiti

Pulangan Bon Global berbanding MSCI Asia Pac ex Japan berbanding MSCI World (%) 

knowledge inflation equities bm


Ekuiti secara relatifnya adalah stabil dan menjadi pelindung nilai yang baik terhadap inflasi selagi pengguna sanggup berbelanja dan menanggung perbezaan kos atau jika syarikat memperoleh lebih keuntungan daripada bon. Sebagai contoh, pelabur boleh mencapai peningkatan keuntungan lebih tinggi dengan melabur dalam syarikat Asia yang meraih keuntungan lebih daripada 5% berbanding bon seperti yang tertera di atas.
 

2. Prestasi kelas-kelas aset berbanding infllasi (%)

knowledge inflation asset classes bm


20 tahun yang lalu, kelas-kelas aset AS menunjukkan prestasi yang baik dalam persekitaran inflasi tinggi yang meningkat. Ekuiti global sepatutnya masih berprestasi baik; kecuali ancaman kemelesetan atau hiperinflasi yang kali terakhir berlaku pada tahun 1970-an. Harga komoditi dalam pasaran baharu  akan terus meningkat lebih tinggi kerana mereka adalah pengeksport komoditi utama — harga saham tempatan juga akan mengikuti kenaikan harga saham global.

3. Nilai berbanding Pertumbuhan

Aliran Ekuiti ETF — Nilai berbanding Pertumbuhan – Global (jumlah terkumpul dalam Dolar AS)

knowledge inflation value vs growth bm


Kategori nilai biasanya terdiri daripada sektor seperti kewangan, tenaga dan bahan. Syarikat-syarikat ini mungkin membayar dividen seperti biasa dan sahamnya mungkin terkurang nilai. Risiko biasanya jauh lebih rendah dengan pulangan yang stabil. Kategori pertumbuhan terdiri daripada syarikat yang biasanya tidak membayar dividen dan sebaliknya melabur semula pulangan untuk mengembangkan perniagaan. Mereka mempunyai potensi dan risiko yang sama tinggi. Syarikat teknologi adalah contoh yang baik. 

Baru-baru ini, sektor nilai mengatasi setor pertumbuhan semasa kitaran inflasi. Pelabur global melabur lebih banyak di dalam saham yang  bernilai tinggi sejak Julai 2020. Walau bagaimanapun, kedudukan pelabur pada jangka panjang harus mengambil perhatian bahawa pertumbuhan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada nilai pada dekad yang lalu.
 

4. Sektor-sektor lain

Korelasi sektor AS dengan hasil perbendaharaan AS selama 10 tahun

knowledge inflation other sectors bm


Inflasi yang lebih tinggi membawa kepada hasil bon yang lebih tinggi kerana pelabur perlu diberi pampasan untuk inflasi. Sektor yang mempunyai korelasi yang lebih tinggi kepada hasil 10 tahun perbendaharaan AS bermakna mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila inflasi meningkat. Tenaga telah mempunyai prestasi terbaik diikuti oleh kewangan, bahan dan yang lainnya.
 


Kesimpulannya

Pelabur boleh cuba menjangkakan kesan inflasi ke atas portfolio mereka. Secara teori, ada kemungkinan untuk melindungi nilai terhadap inflasi, jika portfolio anda dipelbagaikan secukupnya dalam sektor yang bertepatan.

Adalah baik untuk dijadikan peringatan, inflasi boleh menjadi sesuatu yang kejam dan tidak adil; sesetengah sektor (malangnya, malah keseluruhan segmen masyarakat) mungkin mengalaminya lebih teruk daripada yang lain, manakala bagi sesetengah mereka,  inflasi boleh memberikan tekanan yang baik untuk terus bergerak mengikut arah yang dikehendaki.


Beberapa nasihat terbaik setakat ini datangnya daripada Warren Buffet dan Charlie Munger, dua daripada pelabur paling terkenal di planet ini. Menurut mereka, perkara terbaik untuk dilakukan apabila inflasi meningkat, adalah untuk melabur pada diri dan kemahiran anda untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar di atas usaha tersebut.


Begitu juga dengan pelaburan sewaktu  inflasi meningkat. Terdapat cara untuk melindungi nilai saham terhadap inflasi – ia untuk membina kemahiran pelaburan anda, membuat pemerhatian secara kritikal dan mengambil peluang yang mungkin datang kepada anda.


Untuk maklumat lanjut, hubungi penasihat pelaburan kami.