Yang berikut ini juga mungkin menarik minat anda
Ciri & Manfaat
Gandakan Kuasa Pelaburan Anda
- Sehingga 2.5 kali had dagangan .
- Tidak perlu menjual pelaburan atau mengeluarkan deposit yang sedia ada
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Cagaran Diterima
- Wang Tunai / Deposit Tetap yang disandarkan kepada Hong Leong Bank
- Saham disebut harga yang diterima di Bursa Malaysia
- Unit Amanah terpilih yang diedarkan oleh Hong Leong Bank
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Margin Pembiayaan Yang Tinggi
Pembiayaan kewangan sehingga 60%
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Had Dagangan
- Maksimum sehingga 2.5 kali berbanding Tunai / Deposit Tetap
- Maksimum sehingga 1.5 kali berbanding Saham / Unit Amanah yang boleh diterima
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kelayakan
- Individu berumur antara 18 hingga 70 tahun; dan
- Warganegara Malaysia; atau
- Warganegara Malaysia dengan Penduduk Tetap di luar negara Malaysia, dan tinggal lebih daripada 182 hari setiap tahun calendar di Malaysia, atau
- Bukan Warganegara Malaysia dengan Penduduk Tetap di Malaysia, dan tinggal lebih daripada 182 hari setiap tahun kalendar di Malaysia
- Syarikat pemegangan pelaburan yang diperbadankan/berdaftar di Malaysia atau diluluskan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kuasa Pelaburan Berganda
Pinjaman SMF adalah satu-satunya kemudahan yang memberikan manfaat yang lebih besar untuk dagangan saham.
Tidak Perlu Mencairkan Aset
Aset anda yang sedia ada tidak perlu dicairkan untuk mengumpulkan dana bagi dagangan saham. Ini meningkatkan lagi kuasa pegangan pelanggan.
Pembayaran Balik yang Fleksibel
Tiada pembayaran balik yang tetap diperlukan jika tiada Panggilan Margin. Faedah bagi baki tertunggak ditambah secara bulanan.
Penggunaan Tunai
Pinjaman SMF membolehkan anda melaksanakan penggunaan tunai selepas pemberitahuan 24 jam.
Jimat Masa & Mudah
Hong Leong Bank menjimatkan masa anda dengan memastikan penyelesaian perdagangan dengan tepat.
Senarai Panel Rakan Broker Saham yang Meluas
Rangkaian panel rakan broker saham yang meluas untuk memenuhi keperluan pelaburan anda.
1. Adakah saya perlu berdagang dengan firma broker saham yang tertentu?
Ya. Hong Leong Bank mempunyai senarai panel firma broker saham untuk dipilih. Anda boleh terus menggunakan khidmat remisier anda selagi nama firma broker saham remisier anda ada dalam senarai panel kami.
2. Bagaimanakah saya layak untuk Permohonan Pinjaman SMF?
Hong Leong Bank akan menilai setiap permohonan pinjaman berdasarkan merit dan demerit. Biasanya kelulusan adalah berasaskan sumber peribadi pemohon, keupayaan membayar balik, corak pembayaran sebelum ini, perundangan, kolateral yang disandarkan dan keperluan Hong Leong Bank.
3. Apakah kolateral yang diterima oleh Hong Leong Bank?
Hong Leong Bank menerima kolateral dalam bentuk :-
Wang Tunai / Deposit Tetap yang disandarkan kepada Hong Leong Bank
Saham disebut harga yang diterima di Bursa Malaysia
Dana Unit Amanah yang diuruskan oleh HLGUT
4. Apakah dokumen yang saya perlu serah kepada Hong Leong Bank?
Pemohon perlu menyerahkan dokumen berikut:
Individu
- Borang Permohonan SMF
- Fotokopi Kad Pengenalan
- Borang BE / Penilaian Cukai Pendapatan terkini
- Slip gaji (3 bulan)
- Penyata bank (3 bulan)
- Penyata CDS (jika kolateral awal adalah saham yang disebut harga)
- Penyata Unit Amanah (jika kolateral awal adalah unit amanah)
Korporat (Syarikat Pegangan Pelaburan sahaja)
- Borang Permohonan SMF
- Pendaftaran Perniagaan
- Memorandum dan Artikel
- Borang 9, 24, 44 & 49 dan Pulangan Tahunan
- Penyata Kewangan yang Diaudit
- Penyata Bank (3 bulan)
- Profil Syarikat
- Resolusi Syarikat (Menyatakan personel yang dibenarkan untuk berdagang bagi pihak syarikat)
5: Berapa lamakah tempoh sah kelulusan?
Kelulusan sah selama 14 hari. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank berhak untuk menarik balik kelulusan pinjaman dan / atau untuk mengubah terma dan syarat pinjaman tanpa sebarang notis.
6. Bagaimanakah cara saya membuat bayaran bulanan?
Tiada bayaran balik yang tetap selagi margin anda tidak melepasi margin yang diluluskan.
7. Adakah terdapat had kredit pada permohonan SMF?
Ya, had kredit minimum yang anda boleh mohon adalah RM50,000 manakala had maksimum adalah RM5,000,000 setiap pelanggan.
Bahasa Malaysia
English
Hubungi Pusat Jualan SMF terdekat anda di bawah: -
Pusat Jualan:
03-2081 1672
03-2081 1674
03-2081 1677
Pusat Khidmat Pelanggan:
03-2081 2884
03-2081 2886