Pelan Bantuan Banjir
Pelan Bantuan Banjir Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamik Bank
Berikutan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa buah negeri di Malaysia Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamik Bank (“HLB” atau “Bank”) telah melancarkan ‘Pelan Bantuan Banjir'. Pelan ini menawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan untuk semua pelanggan individu, PKS dan Pengusaha Mikro bagi kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kad kredit. Pembiayaan tambahan juga akan disediakan kepada PKS sedia ada termasuk pelanggan Pengusaha Mikro yang memerlukan modal kerja untuk memudahkan pemulihan perniagaan mereka akibat daripada banjir baru-baru ini.
Untuk memohon:
Telefon: |
Talian Bantuan Banjir HLB/HLISB Tel: 603 7959 1888 Isnin – Khamis 8:45 pagi – 5:45 petang.; Jumaat 8:45 pagi – 4:45 petang |
Emel: |
|
Kunjungi Cawangan HLB/HLISB Terdekat |
Isnin – Khamis 9:15 pagi - 4:30 petang; Jumaat 9:15 pagi - 4:00 petang); *Kelantan & Terengganu (Ahad – Rabu 9:15 pagi - 4:30 petang; Khamis 9:15 pagi - 4:00 petang) |
Nota Penting:
- Untuk melengkapkan permohonan anda, sila pastikan anda menyediakan perkara berikut:
1. Name pemegang akaun |
2. Kad Pengenalan Pendaftaran Negara |
3. Akaun Pinjaman/Pembiayaan |
4. Nombor Hubungan Pilihan (untuk panggilan Bank untuk pengesahan) |
5. Alamat e-mel |
6. Alamat lokasi yang terjejas oleh banjir |
7. Gambar keadaan banjir anda iaitu kenderaan, kediaman dan/atau kedai/premis terjejas |
- Pelanggan korporat dan perniagaan digalakkan untuk menghubungi Pengurus Perhubungan anda untuk bantuan.
Klik di sini untuk Soalan Lazim Pelan Bantuan Banjir HLB/HLISB.
Penggantian percuma kad debit /kredit dan buku cek rosak akibat banjir.
Kami juga menawarkan penggantian percuma kad debit/kredit dan buku cek yang rosak akibat banjir.
Berikut adalah cara-cara memohon:
Telefon: |
Talian Pelanggan HLB/HLISB Tel: 03 7626 8899 (Isnin – Sabtu 9:00 a.m. – 6:00 p.m.) |
Kunjungi Cawangan HLB/HLISB Terdekat
|
(Isnin - Khamis 9:15 pagi - 4:30 petang; Jumaat 9:15 pagi - 4:00 petang) *Kelantan & Terengganu (Ahad - Rabu 9:15 pagi -4:30 petang; Khamis 9:15 pagi - 4:00 petang) |