Penyemakan Kad Kredit HLB Infinite berkuatkuasa 01 Januari 2023
Penyemakan Kad Kredit HLB Infinite berkuatkuasa 01 Januari 2023
Kepada Pelanggan yang Dihormati,
Berkuatkuasa 01 Januari 2023, sila dimaklumkan bahawa akan terdapat semakan pada ciri-ciri Produk Kad Kredit Infinite HLB berikut:
- Kad Kredit HLB Infinite
- Kad Kredit HLB Infinite Edisi Doktor
- Kad Kredit HLB Infinite P
A) Semakan Kadar Perolehan Enrich Miles untuk Transaksi Runcit
Kategori Perbelanjaan |
Kadar Perolehan Semasa |
Kadar Perolehan Disemak (Berkuatkuasa 01 Januari 2023) |
---|---|---|
Transaksi Tempatan |
RM2.80 = 1 Enrich Mile |
RM3.50 = 1 Enrich Mile |
Transaksi Luar Negara |
RM1.80 = 1 Enrich Mile |
RM2.20 = 1 Enrich Mile |
B) Permansuhan Syarat Jumlah Perbelanjaan Tahunan untuk Lawatan Percuma ke Lounge Lapangan Terbang
Kad Kredit HLB Infinite |
Berkuatkuasa 01 Januari 2023 |
---|---|
|
Empat (4) lawatan percuma ke Plaza Premium Lounge tidak lagi tertakluk kepada transaksi runcit terkumpul minimum sebanyak RM100,000 pada tahun sebelumnya. |
|
|
|
Empat (4) lawatan percuma ke Priority Pass Airport Lounge tidak lagi tertakluk kepada transaksi runcit terkumpul minimum sebanyak RM300,000 pada tahun sebelumnya. |
Soalan Lazim (FAQ)
Q1: Adakah terdapat sebarang perubahan dalam yuran tahunan untuk Kad Kredit HLB Infinite?
Tidak, yuran tahunan Kad Kredit HLB Infinite akan kekal percuma selamanya untuk pemegang kad.
Q2: Adakah pemegang kad layak untuk empat (4) lawatan percuma ke lounge lapangan terbang setiap tahun walaupun mereka hanya membelanjakan RM60,000 dengan Kad Kredit HLB Infinite pada tahun sebelumnya?
Ya, semua pemegang kad akan layak empat (4) lawatan percuma setiap tahun tanpa mengira jumlah yang dibelanjakan dengan Kad Kredit HLB Infinite mereka.
Q3: Adakah pemegang kad akan terus memperoleh Enrich Miles pada kadar perolehan semasa untuk transaksi tempatan dan luar negara?
Semua transaksi runcit yang dibuat dengan Kad Kredit HLB Infinite dan diposkan ke akaun kad kredit pemegang kad sebelum 01 Januari 2023 akan terus memperoleh Enrich Miles pada kadar perolehan semasa.
Kategori Perbelanjaan |
Kadar Perolehan Semasa |
---|---|
Transaksi Tempatan |
RM2.80 = 1 Enrich Mile |
Transaksi Luar Negara |
RM1.80 = 1 Enrich Mile |
Semua transaksi runcit yang dibuat dengan Kad Kredit HLB Infinite dan diposkan ke akaun kad kredit pelanggan kad mulai 01 Januari 2023 dan seterusnya akan memperoleh Enrich Miles pada kadar perolehan disemak.
Kategori Perbelanjaan |
Kadar Perolehan Disemak |
---|---|
Transaksi Tempatan |
RM3.50 = 1 Enrich Mile |
Transaksi Luar Negara |
RM2.20 = 1 Enrich Mile |