PROGRAM BANTUAN BANJIR UNTUK PELANGGAN HLB DAN HLISB YANG TERJEJAS
PROGRAM BANTUAN BANJIR UNTUK PELANGGAN HLB DAN HLISB YANG TERJEJAS
KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER 2024 - Sebagai respons kepada keadaan banjir di seluruh negara baru-baru ini, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (“HLB” atau “Bank”) telah melancarkan satu Program Bantuan Banjir yang komprehensif untuk membantu pelanggan yang terjejas. Program ini menawarkan bantuan dan sokongan kewangan kepada pelanggan individu, PKS dan Pengusaha Mikro yang terjejas akibat banjir.
"Bencana alam seperti ini mengingatkan kita tentang betapa pentingnya tanggungjawab bersama dan sokongan komuniti. Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh pelanggan kami susulan keadaan banjir ini. Oleh itu, Program Bantuan Banjir bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan kami dan membantu mereka kembali pulih secepat mungkin," kata Kevin Lam, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB.
Program Bantuan Banjir ini menawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan untuk kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kad kredit, bagi individu, PKS dan pelanggan mikro-perusahaan yang terjejas. Pihak Bank juga menawarkan penggantian percuma bagi dokumen bank seperti kad debit, kad kredit, cek dan penyata bank yang rosak atau hilang akibat banjir. Bagi pelanggan PKS dan mikro-perusahaan sedia ada, pembiayaan tambahan akan disediakan kepada mereka yang memerlukan modal kerja untuk memudahkan pemulihan perniagaan mereka akibat banjir.
Untuk memohon, pelanggan hanya perlu memberikan nama pemegang akaun, nombor kad pengenalan, nombor akaun, nombor telefon, alamat e-mel, alamat lokasi yang terjejas banjir, dan gambar situasi banjir mereka.
Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir dengan menghubungi 03 7959 1888, emel CollsCustomerFeedback@hlbb.hongleong.com.my atau mengunjungi cawangan HLB/HLISB terdekat. Pelanggan PKS dan Korporat digalakkan untuk menghubungi Pengurus Perhubungan mereka untuk bantuan.
Selain itu, perusahaan mikro, kecil, dan sederhana ("PKS") yang terjejas akibat banjir boleh memohon Kemudahan Bantuan Bencana (“DRF”) daripada Bank Negara Malaysia untuk memudahkan penyambungan semula operasi perniagaan mereka. Senarai bank yang mengambil bahagian boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia, https://www.bnm.gov.my/funds4sme?s=carousel.
Klik di sini jika anda ada soalan tentang Pelan Bantuan Banjir HLB/HLISB: https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/news-updates/flood-customer-relief-assistance.html