Semakan Fi Penyata Bercetak Kad Kredit berkuatkuasa 1 Februari 2024
Kuala Lumpur, 31 Okt 2023
Kepada Pelanggan yang dihormati,
Berkuatkuasa 1 Februari 2024, fi penyata bercetak bulanan kad kredit akan disemak dari RM1.00 ke RM2.00.
Bersama kita mengurangkan jejak karbon untuk kelestarian alam sekitar. Kami menggalakkan pemegang kad kredit untuk bertukar kepada e-Penyata yang mana lebih pantas, selamat dan senang diurus. Anda boleh melihat atau menyimpan e-Penyata anda tanpa fi dengan memuat turunnya ke peranti simpanan elektronik anda (24 bulan terkini) di HLB Connect.
Layari HLB Connect Online dan rujuk langkah-langkah di bawah untuk bertukar kepada e-Penyata:
Log masuk www.hongleongconnect.my
Pilih "STATEMENT/INVOICE" > "Email Subscription" > "Statement Subscription"
Tanda kotak "Stop Hard Copy Statement" untuk kad anda
Pilih "STATEMENT/INVOICE" > Pilih "Online Statement" > "Download Statement"
Fi akan dikecualikan secara automatik kepada pelanggan yang berumur 60 tahun dan ke atas. Jika anda mempunyai sebarang keperluan khas dan memerlukan pengecualian fi, sila hubungi 03 7626 8899 atau kunjungi cawangan kami.