Semakan kepada Terma dan Syarat Perkhidmatan Pedagang
Kuala Lumpur, 21 Februari 2025
Pelanggan yang Dihormati,
Mulai 17 Mac 2025, sila ambil maklum bahawa kami telah mengemas kini Terma dan Syarat Perkhidmatan Pedagang. Sila rujuk Notis Pindaan di bawah untuk ringkasan kemaskini tersebut.
Terma dan Syarat Perkhidmatan Pedagang:
Fasal | Ringkasan Perubahan |
---|---|
1. Definisi | Perjanjian Menyemak semula definisi perjanjian seperti berikut: Perjanjian Perkhidmatan Pedagang meliputi Permohonan, Surat Tawaran dan Terma dan Syarat ini dan/atau surat yang diisukan oleh Bank dari semasa ke semasa. |
Pra-Kebenaran Menambah definisi Pra-Kebenaran seperti berikut: Pra-Kebenaran adalah peruntukan bagi sejumlah dana daripada baki yang tersedia pada Kad sementara menunggu penyelesaian transaksi di mana jumlah urus niaga sebenar tidak dapat ditentukan ketika pembelian dilakukan. Dana yang diperuntukkan tidak boleh digunakan untuk transaksi lain dan peruntukan tersebut hanya boleh dilepaskan selepas transaksi itu selesai/dibatalkan.
|
|
17. Pra-Kebenaran | Menambah fasal 17 bagi Pra-Kebenaran seperti berikut:
17.1. Urus niaga jualan Pra-Kebenaran boleh membenarkan Pedagang untuk mengenakan caj pada Kad dan menyekat had yang diperlukan (“Amaun Diperuntukkan”) selama tujuh (7) hari kalendar atau tempoh lain yang dimaklumkan oleh Bank.
17.2. Pedagang dengan ini bersetuju untuk melengkapkan/membatalkan transaksi jualan Pra-Kebenaran dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar dari tarikh transaksi. Pedagang seterusnya bersetuju bahawa penyempurnaan transaksi jualan untuk transaksi Pra-Kebenaran tidak boleh melebihi Amaun Diperuntukkan. Sekiranya amaun penyelesaian transaksi jualan melebihi Amaun Diperuntukkan, Pedagang dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk menolak jumlah lebihan daripada Akaun Semasa/Simpanan (CASA) HLB Pedagang dan/atau dari penyelesaian seterusnya.
|
20. Indemniti | Rujukan bagi fasal tertentu dikemas kini seperti di bawah: Dalam fasal 20.2 (a) – Daripada fasal 19.2 (c) kepada 20.2 (c) Dalam fasal 20.2 (c) – Daripada “Fasal 19.2 (a) atau 19.2 (b)” kepada “Fasal 20.2 (a) atau 20.2 (b)” |