Kemas Kini Baharu untuk Google Pay
Kuala Lumpur, 21 Mac 2025
Pelanggan yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan bahawa pelancaran kemas kini baharu untuk Google Pay pada 25 Mac 2025 telah ditangguhkan sehingga notis selanjutnya akibat isu teknikal yang tidak dijangka yang dihadapi oleh Google.
Sementara itu, sila ambil perhatian bahawa pengesahan PIN masih wajib untuk semua transaksi kad debit dan kredit yang dilakukan melalui Google Pay. Transaksi Google Pay kekal terkumpul kepada Had Kumulatif Harian Tanpa Sentuh.
Terima kasih.