Kemas Kini Kad Kredit Visa Infinite dan Visa Signature - Pemberhentian Kelayakan Set Hidangan
Kuala Lumpur, 11 Februari 2025
Pelanggan yang dihormati,
Harap maklum bahawa, selaras dengan polisi dari lapangan terbang, kelayakan set hidangan yang ditetapkan di cawangan Jamu Selera Plaza Premium Group Lapangan Terbang berikut akan ditamatkan, berkuatkuasa 15 Februari 2025:
- KLIA Terminal 1 - Flight Club Signature
- KLIA Terminal 1 - Flight Club
- KLIA Terminal 1 - The Summerhouse
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu - Flight Club
Pemberhentian kelayakan set hidangan adalah dikenakan kepada cawangan yang ditentukan di KLIA Terminal 1 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan tidak menjejaskan mana-mana lokasi Plaza Premium Group yang lain.
Terima Kasih.