Hong Leong Islamic Bank Menyediakan Khidmat Nasihat Kewangan semasa Mengedarkan Paket Makanan di Bazar Ramadhan Putrajaya
Hong Leong Islamic Bank Menyediakan Khidmat Nasihat Kewangan
semasa Mengedarkan Paket Makanan di Bazar Ramadhan Putrajaya
Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil telah melawat booth khidmat nasihat kewangan HLB di Bazar Ramadhan di Dataran Putrajaya.
Kuala Lumpur, 8 April 2024 – Bersempena dengan bulan Ramadhan, Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “Bank”) telah turun padang menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada pengunjung di Bazar Ramadhan Dataran Putrajaya melalui “pop-up booth” nasihat kewangan, dengan tujuan memperkasakan rakyat Malaysia dengan alat, perkhidmatan dan pengetahuan kewangan.
Bekerjasama dengan agensi berita nasional BERNAMA, HLISB juga telah mengedarkan 1000 paket makanan kepada pengunjung Bazar Ramadan Dataran Putrajaya, dalam usaha membawa suasana mesra dan positif ke seluruh masyarakat. Inisiatif CSR dan jangkauan komuniti itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil; Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif, BERNAMA; dan YBhg. Datuk Dr Md Hamzah bin Md Kassim, Pengerusi HLISB.
Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB mengulas, “Kami amat berbesar hati atas peluang untuk menyumbang dan memberi impak positif kepada masyarakat melalui kolaborasi dengan BERNAMA ini. Ramadhan bukan sahaja masa untuk memupuk muhasabah dan belas kasihan, tetapi juga untuk menerapkan amalan yang baik dalam kehidupan seharian kita, dan program ini menunjukkan betapa banyak yang boleh dicapai apabila kita bersama-sama menyumbang kepada masyarakat.
Konsep perbuatan baik atau amalan baik ini juga penting dalam pembangunan dan transformasi peribadi kita. Kami komited untuk memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk menyepadukan amalan pengurusan kewangan yang kecil namun berhemat ke dalam kehidupan mereka, sekali gus mewujudkan asas kewangan yang teguh untuk membina masa depan yang lebih cerah. Melalui booth khidmat nasihat kewangan kami, kami ingin turun padang dan berinteraksi dengan orang ramai, dalam usaha kami memberikan sokongan yang berterusan kepada rakyat Malaysia sepanjang perjalanan kewangan mereka.”
HLISB mempunyai tradisi yang lama dalam membawa pengetahuan kewangan dan sokongan kepada komuniti tempatan, sebahagian besarnya didorong oleh konsep cawangan pop-up yang yang membolehkan Bank berjumpa dengan orang ramai di tempat-tempat awam. Melalui cawangan pop-up ini, pelanggan dan orang ramai boleh menerokai rangkaian produk dan perkhidmatan Bank yang pelbagai, sejajar dengan janji Bank untuk selalu berpusatkan keperluan pelanggan.
Selaras dengan konsep kempen “Amal”, dan sempena perayaan Hari Raya ini, HLISB ingin menggalakkan pelanggan dan semua rakyat Malaysia untuk mula mengamalkan tabiat kewangan yang baik, yang akan membawa kepada kejayaan kewangan pada masa hadapan. Anda boleh menonton video Raya Hong Leong Bank di sini: https://youtu.be/sXrhYyZQCBs