Akaun Bersama eFD/eFD-i tersedia melalui HLB Connect Online (laman web) dari 5 Mac 2025
Kepada Pelanggan yang Dihargai,
Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa pelanggan Akaun Bersama Semasa/-i atau Simpanan/-i (dalam 2 nama) sedia ada boleh membuka Akaun Bersama eDeposit Tetap/eDeposit Tetap-i (“Akaun Bersama eFD/eFD-i”) melalui HLB Connect Online (laman web).
Akaun Bersama eFD/eFD-i terbuka kepada dua (2) pemegang akaun dan kedua-dua pemegang akaun adalah dikehendaki untuk memberi persetujuan melalui AppAuthorise sebelum peletakan dibuat.
Ini juga akan dilancarkan di aplikasi HLB Connect pada masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Produk Deposit kami:
eDeposit Tetap/eDeposit Tetap-i dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
Pelanggan tanpa Akaun Bersama Semasa/-i atau Simpanan/-i hendaklah membuka Akaun Bersama Semasa/-i atau Simpanan/-i di mana-mana cawangan kami sebelum memohon Akaun Bersama eFD/eFD-i.
Terima Kasih.