Program Bantuan Banjir Disediakan Untuk Pelanggan yang Terjejas Akibat Banjir
Program Bantuan Banjir Disediakan Untuk Pelanggan yang Terjejas Akibat Banjir
KUALA LUMPUR, 21 NOVEMBER 2023 - Sebagai respons kepada hujan lebat dan keadaan banjir baru-baru ini di beberapa kawasan, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (“HLB” atau “Bank”) telah mengingatkan pelanggan atas ‘Pelan Bantuan Banjir’ yang ditawarkan kepada mangsa banjir. Pelan ini menawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan untuk semua pelanggan individu, PKS dan Pengusaha Mikro yang terjejas akibat banjir bagi kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kad kredit.
HLB juga menawarkan penggantian percuma bagi dokumen bank seperti kad debit dan kredit serta cek dan penyata bank yang rosak atau hilang dalam banjir. Bagi pelanggan PKS dan perusahaan mikro sedia ada, pembiayaan tambahan akan disediakan kepada mereka yang memerlukan modal kerja bagi memudahkan pemulihan perniagaan mereka akibat banjir
Untuk memohon, pelanggan hanya perlu memberikan nama pemegang akaun, nombor kad pengenalan, nombor akaun, nombor hubungan, alamat e-mel, alamat lokasi terjejas banjir dan foto situasi banjir mereka. Pelanggan boleh meminta Bantuan Bantuan Banjir di sini:
Telefon | Talian Bantuan Banjir HLB / HLISB
603 7959 1888
Isnin - Khamis 8.45am - 5.45pm Jumaat 8.45am - 4.45pm |
E-mel | CollsCustomerFeedback@hlbb.hongleong.com.my |
Kunjungi Cawangan HLB / HLISB Terdekat | Isnin - Khamis 9.15am - 4.30pm Jumaat 9.15am - 4pm
*Untuk Cawangan Kelantan & Terengganu Ahad - Rabu 9.15am - 4.30pm Khamis 9.15am - 4pm
Cari cawangan terdekat dengan anda: |
Pelanggan korporat dan perniagaan digalakkan untuk menghubungi Pengurus Perhubungan anda untuk bantuan.
Klik di sini jika anda ada soalan tentang Pelan Bantuan Banjir HLB/HLISB: https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/news-updates/flood-customer-relief-assistance.html