Kemas Kini Bagi Akaun Pay&Save/Akaun Pay&Save-i (“Akaun Pay&Save/-i”)
Kuala Lumpur, 30 Mac 2023
Akaun Pay&Save/-i akan dikemaskini dengan perubahan berikut berkuat kuasa 19 April 2023:
1. Pemilik Tunggal kini dibenarkan membuka Akaun Pay&Save/-i; dan
2. Deposit permulaan minimum untuk Pemilik Tunggal dan pelanggan individu untuk membuka Akaun Pay&Save/-i ialah RM50.
Perubahan di atas hanya terpakai kepada pelanggan Akaun Pay&Save/-i baharu. Tiada kesan kepada pelanggan Akaun Pay&Save/-i sedia ada.
Terma & Syarat (T&S) yang dikemas kini akan dipaparkan di laman sesawang HLB (www.hlb.com.my/www.hlisb.com.my) pada 19 April 2023.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai T&S, sila e-mel kami di hlonline@hlbb.hongleong.com.my