Kemas kini dalam Perjanjian Pemegang Kad
Kemas kini dalam Perjanjian Pemegang Kad
Kuala Lumpur, 15 Julai 2022
Kepada Pelanggan yang Dihormati,
Sila dimaklumkan bahawa Perjanjian Pemegang Kad akan disemak semula dengan fasal-fasal baharu berikut berkuat kuasa serta-merta. Bagi pelanggan sedia ada, Perjanjian Pemegang Kad yang disemak semula akan berkuat kuasa pada 05 Ogos 2022.
Clause 1 – DefinitionsFasal 1 – Takrifan
(xxi) “Akaun Dorman” bermaksud Akaun Kad yang tidak aktif dan Pemegang Kad tidak memulakan sebarang transaksi untuk tempoh tujuh (7) tahun atau mana-mana tempoh lain yang ditentukan oleh Bank.
(lii) "Wang Tak Dituntut" bermaksud Wang Lebihan sebagaimana ditakrifkan di bawah Fasal 48(c) Perjanjian ini yang tinggal dan masih belum dikembalikan kepada Pemegang Kad: (a) dalam Akaun Dorman; atau (b) dalam Akaun Kad yang telah disekat dan dibatalkan (sama ada atas permintaan Pemegang Kad atau sebaliknya), untuk tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun dari tarikh Akaun Kad disekat dan dibatalkan. |
Fasal 19 – Baki Akaun Kad Tertunggak
(iii) Rerujuk kepada Fasal 24, sebarang Wang Tak Dituntut hendaklah diuruskan oleh Bank mengikut Akta Wang Tidak Dituntut 1965 (“UMA”) sebagaimana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa. Ini mungkin termasuk menghantar Wang Tak Dituntut kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut UMA. |