Operasi Perbankan Terkini
Menjaga Keselamatan Komuniti Kita
Cawangan dan Terminal Layan Diri
Keselamatan pelanggan, pekerja dan komuniti tetap menjadi keutamaan kami.
Berikutan SOP yang telah diumumkan baru-baru ini, sila maklum bahawa akan ada beberapa perubahan pada waktu operasi cawangan dan Terminal layan diri (SST) kami:
Waktu Operasi Cawangan
No: |
Cawangan |
Waktu Operasi 18/10/2021 |
Catatan |
---|---|---|---|
1 |
Pantai Timur a) HLISB Kota Bharu, Kuala Terengannu
b) HLBB Jln Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, Kemaman & Dungun |
Ahad hingga Rabu 9.15 pagi hingga 4.30 petang
Khamis 9.15 pagi hingga 4.00 petang |
Tutup pada hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum. |
2 |
HLISB Putrajaya & Setiawangsa |
Isnin hingga Khamis 9.15 pagi hingga 4.30 petang
Jumaat 9.15 pagi hingga 4.00 petang |
|
3 |
HLISB Cyberjaya |
Isnin hingga Khamis 10.00 pagi hingga 5.30 petang
Jumaat 10.00 pagi hingga 5.00 petang |
|
4 |
Cawangan lain |
Isnin hingga Khamis 9.15 pagi hingga 4.30 petang
Jumaat 9.15 pagi hingga 4.00 petang |
Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum |
Waktu Operasi Terminal Layan Diri
Terminal Layan Diri (SST) akan beroperasi dari 6.00 pagi - 12.00 pagi setiap hari.
Operasi di Cawangan
COVID-19 masih menjadi ancaman kepada kesihatan dan keselamatan komuniti kami dan kami berharap pelanggan kami yang boleh melakukan perbankan mereka melalui saluran digital kami dapat berbuat demikian, supaya cawangan boleh terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan layanan di cawangan.
Walaupun para pelanggan tidak lagi perlu menunjukkan profil MySejahtera mereka apabila memasuki cawangan, mereka yang diprofilkan di bawah "Berisiko Tinggi" serta menerima Perintah Pengawasan Rumah (HSO) adalah digalakkan supaya tidak memasuki premis cawangan demi kesihatan umum.
Para pelanggan juga digalakkan memakai pelitup muka sebelum memasuki premis cawangan kami. Sentiasa sanitasi tangan sebelum dan selepas melakukan transaksi dan menggunakan peralatan biasa seperti pen, peranti biometrik, mesin SST.
Kami akan terus mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam memastikan pelanggan dan pekerja kami di cawangan mahupun di bangunan kami sentiasa selamat dan dilindungi.
- Proses sanitasi dan pembersihan akan dilaksanakan setiap jam dan setiap hari di semua tempat sentuhan pelanggan/pelawat, termasuk kawasan umum dan Terminal Layan Diri pada waktu operasi.
- Memberi cecair pembasmi kuman kepada pelanggan dan pelawat.
Membantu Anda Dalam Urusan Perbankan Dengan Selamat
Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan saluran digital kami bagi keperluan perbankan harian anda, yang boleh dilakukan melalui Aplikasi HLB Connect / Online secara selesa dari rumah anda dengan akses 24 x 7 pada perkhidmatan seperti Gambaran Keseluruhan Akaun, Pemindahan Wang, Pembayaran Bil dan banyak lagi.
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun bank bersama HLB, kami amat berbesar hati untuk menawarkan pengalaman digital yang sepenuhnya di mana anda tidak perlu hadir ke cawangan secara fizikal atau ke Terminal Layan-Diri. Anda hanya perlu memuat-turun aplikasi 'Apply@HLB'' untuk membuka akaun anda pada bila-bila masa, di mana sahaja dan Kad Debit akan dihantar kepada anda di mana sahaja anda berada di Malaysia.
Muat turun aplikasi ‘Apply @ HLB’ dari
Hubungi kami
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila email kami di https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/help-support/contact-us.html dan kami akan menghubungi anda dengan secepat mungkin.
Sebagai alternatif, anda boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 603 - 7626 8899, yang beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang Isnin hingga Sabtu.
Ikuti Kami di Media Sosial
Kami akan memberi anda maklumat terkini mengenai sebarang perubahan pada perkhidmatan kami dan kami menggalakkan anda untuk melawat halaman kami atau mengikuti kami di @HLBMalaysia di Facebook dan @MYHongLeong di Twitter untuk sebarang kemas kini baru.
*Maklumat Terkini setakat 30 Ogos 2022