Personal Loan/Financing-i | Promotions | 13 Disember 2024-31 Mac 2025




Contoh jumlah ansuran, pinjaman dan penjimatan
bagi tempoh 5 tahun:

*Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas kepada RM5 terdekat.
** Rebat bulanan akan dikreditkan ke dalam akaun anda setiap bulan dan akan dibundarkan ke bawah kepada RM1 terdekat.
Sebarang perbezaan dalam jumlah penyelesaian keseluruhan dan jumlah penjimatan keseluruhan akibat pembundaran ansuran bulanan dan rebat bulanan akan diselaraskan pada bulan terakhir Tempoh Rebat dan pada bulan terakhir Tempoh Biasa.
Kadar kami adalah berdasarkan kadar rata
Pendapatan Bulanan Sah |
Dikreditkan ke dalam HLB CASA/HLISB CASA-i |
||
---|---|---|---|
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Rebat Bayar-Tepat-Pada-Masa yang Berkenaan | Kadar selepas Rebat Bayar-Tepat-Pada-Masa | |
RM8,000 dan ke atas | 8.50% setahun |
65% | 2.975% setahun |
i) Kadar faedah/keuntungan efektif kepada kadar rata 8.50% setahun berbeza daripada 14.92% setahun hingga 15.55% setahun bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan dari 2 – 5 tahun.
ii) 0.50% daripada Amaun Kemudahan akan ditolak semasa pengeluaran untuk duti setem yang perlu dibayar,
iii) Untuk menikmati Rebat Bayar-Tepat-Pada-Masa, sila pastikan:
a. pembiayaan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa/Akaun Semasa-i dan/atau Akaun Simpanan/Akaun Simpanan-i HLB/HLISB anda (“HLB CASA/HLISB CASA-i”).
b. anda membayar ansuran bulanan anda tepat pada masanya setiap bulan.
c. anda mengekalkan baki harian terkumpul sebanyak RM500 dalam HLB CASA/HLISB CASA-i anda untuk tiga belas (13) bulan pertama dari tarikh ansuran anda.
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Bekerja bergaji atau bekerja sendiri dengan pendapatan tahunan minimum sebanyak RM96,000
- Amaun pinjaman/pembiayaan minimum ialah RM5,000
- Amaun pinjaman maksimum ialah RM250,000 untuk Pinjaman Peribadi dan amaun pembiayaan maksimum ialah RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i
- Tempoh kemudahan dari 2 hingga 5 tahun
Anda akan diminta untuk memuat naik 5 dokumen berikut untuk permohonan melalui Laman Sesawang Bank. Sediakan dokumen ini sebelum anda memulakan proses permohonan dalam talian.
Format yang diterima: .jpeg, .jpg, .pdf or .png.
Saiz fail maksimum: 5MB/dokumen
Untuk Pemohon Bergaji (Pendapatan Tetap atau Berubah):
Bahagian depan Kad Pengenalan
Bahagian belakang Kad Pengenalan
Penyata KWSP terkini menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang BE 2 tahun terkini dengan bukti penerimaan cukai/lembaran ringkasan LHDN 2 tahun terkini untuk penyerahan E-Filing ATAU
Slip gaji 3 bulan terkini ATAU slip komisen 6 bulan dengan pengkreditan gaji/komisen
Dokumen pilihan (pendapatan sewa, bukti bonus yang diterima, pelaburan tunai – FD/Dana Bersama, dan lain-lain)
Untuk Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura (SG):
Penyata CPF terkini yang menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang NOA 2 tahun terkini
Slip gaji 3 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji.
Salinan permit kerja/pas/bukti PR SG.
Untuk Pemohon Bekerja Sendiri:
Bahagian depan Kad Pengenalan
Bahagian belakang Kad Pengenalan
Dokumen Pendaftaran Perniagaan
Borang B terkini dengan bukti penerimaan cukai ATAU penyata bank perniagaan 6 bulan terkini ATAU Penyata KWSP 2 tahun terkini (Sdn Bhd sahaja)
Dokumen pilihan (slip gaji/komisen 6 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji/komisen, pendapatan sewa, dan lain-lain)
S1: Adakah saya perlu membayar tepat pada masanya setiap bulan?
J1: Ya, anda perlu membayar ansuran bulanan anda tepat pada tarikh akhir setiap bulan untuk menikmati rebat Bayar-Tepat-Pada-Masa.
Petua: Tetapkan bayaran berulang setiap bulan untuk ansuran bulanan sebelum tarikh akhir.
S2: Apakah yang akan berlaku jika saya tidak membayar tepat pada masa?
J2: Kelayakan anda untuk rebat Bayar-Tepat-Pada-Masa akan dibatalkan dan bayaran rebat seterusnya akan dihentikan serta-merta.
S3: Apakah yang akan berlaku jika pendapatan bulanan saya yang disahkan di bawah RM8,000?
J3: Anda tidak layak untuk menyertai Promosi Rebat Bayar-Tepat-Pada-Masa.
S4: Apakah yang akan berlaku jika saya ingin membuat penyesaian awal sebelum tempoh kemudahan tamat?
J4: Kelayakan anda untuk rebat akan dibatalkan dan pembayaran rebat seterusnya akan dihentikan serta-merta.
S5: Bilakah saya akan menerima rebat saya?
J5: Rebat akan dikreditkan ke dalam akaun kemudahan anda setiap bulan bermula selepas tarikh akhir ansuran bulan ke-13 dan akan berterusan setiap bulan sehingga bulan ke-6 sebelum ansuran terakhir kemudahan. Oleh itu, tempoh rebat biasanya 18 bulan kurang dari jumlah tempoh kemudahan. Semasa Tempoh Rebat, anda akan membayar ansuran bulanan yang lebih rendah.
S6: Bagaimana saya mengira Jumlah Ansuran semasa Tempoh Biasa & Tempoh Rebat?
J6: Sebagai contoh, anda adalah pelanggan dengan pendapatan bulanan yang disahkan RM8,000 dan ke atas dengan pembayaran HLB CASA/HLISB CASA-i. Kadar faedah/keuntungan yang dikenakan adalah 8.50% setahun dan jumlah kemudahan yang diluluskan adalah RM30,000 untuk tempoh pembiayaan 5 tahun. Anda juga layak untuk Rebat Bayar-Tepat-Pada-Masa sebanyak 65%. Contoh ini ditunjukkan di bawah:



* Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas kepada RM5 terdekat.
** Rebat bulanan akan dikreditkan ke dalam akaun anda setiap bulan dan akan dibundarkan ke bawah kepada RM1 terdekat.
Sebarang perbezaan dalam jumlah penyelesaian keseluruhan dan jumlah penjimatan keseluruhan akibat pembundaran ansuran bulanan dan rebat bulanan akan diselaraskan pada bulan terakhir Tempoh Rebat dan pada bulan terakhir Tempoh Biasa.
S7: Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mengekalkan baki harian terkumpul sebanyak RM500 dalam HLB CASA/HLISB CASA-i saya untuk tiga belas (13) bulan pertama dari tarikh ansuran bulan pertama?
J7: Kelayakan anda untuk Rebat akan terbatal dan bayaran Rebat berikutnya akan dihentikan serta-merta.
Petua: Peruntukkan RM500 dalam HLB CASA/HLISB CASA-i anda untuk tiga belas (13) bulan pertama bagi mengelakkan pembatalan dan kehilangan bayaran rebat.