Anda mungkin menyukai
Kelebihan Produk
HONG LEONG BUSINESS SECURE
HONG LEONG BUSINESS SECURE PREMIER
Perlindungan Tempoh dengan Pemulangan Premium1 untuk Perniagaan Anda
Hong Leong Business Secure dan Hong Leong Business Secure Premier adalah pelan-pelan insurans bertempoh dengan perlindungan setara yang melindungi keperluan kewangan semasa dan masa depan perniagaan anda, ahli keluarga anda atau kedua-duanya. Berbanding dengan pelan lain yang serupa dengan pembayaran premium tunggal, pelan ini menawarkan pembayaran premium selama 2 tahun yang membantu meringankan beban aliran tunai. Ini memberi anda kebebasan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan anda dengan lebih lanjut.
Melindungi perkara penting dalam hidup
Perlindungan kewangan daripada insurans adalah penting untuk menghadapi ketidaktentuan hidup dan melindungi perkara-perkara yang paling penting. Pelan-pelan ini memberi sokongan yang ideal untuk anda, orang tersayang anda, dan perniagaan anda. Sekiranya berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)2 atau kematian, 100% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan akan dibayar untuk memberi anda ketenangan minda ketika menghadapi cabaran hidup.
Perlindungan tanpa kerugian1
Dengan Hong Leong Business Secure Premier, anda, perniagaan anda dan ahli keluarga anda boleh menerima perlindungan penting tanpa menanggung kerugian kewangan. Sekiranya tiada tuntutan dibuat, premium yang telah anda bayar akan dikembalikan pada kematangan polisi.
¹ Hanya sah jika anda membeli Hong Leong Business Secure Premier.
² Manfaat TPD akan dibayar sekiranya TPD berlaku sebelum umur 65 tahun. Manfaat TPD akan dibayar mengikut terma dan syarat Hong Leong Assurance Berhad (seperti yang dinyatakan dalam kontrak polisi dan Helaian Pendedahan Produk).
|
Minimum |
Maksimum |
---|---|---|
Umur Penyertaan |
16 tahun |
65 tahun |
Pilihan Tempoh Premium |
2 tahun tempoh pembayaran |
|
Tempoh Polisi |
10 tahun |
Sehingga umur 80 tahun, tertakluk kepada tempoh polisi maksimum 30 tahun |
Jumlah Asas Diinsuranskan |
RM300,000 |
Tertakluk kepada pengunderaitan |
Produk ini adalah diunderaitkan oleh Hong Leong Assurance Berhad. Hong Leong Assurance Berhad ialah syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.