Berikut adalah bidang utama yang memerlukan pertimbangan serius anda untuk pengurusan aliran tunai yang lebih baik.
Unjuran Aliran Tunai
- Sentiasa sediakan unjuran aliran tunai sama ada secara bulanan, suku tahunan, setiap tahun atau bahkan mingguan.
- Jangan membuat anggaran wang tunai masuk dan keluar. Membuat unjuran membuka peluang bagi anda untuk membina rizab tunai dan mengisi jurang semasa aliran tunai berkurangan.
- Kira dengan tepat jumlah aliran tunai yang masuk dan keluar. Amaun ini termasuk perbelanjaan operasi, overhed, tahap stok, kutipan hutang dan bayaran, serta keuntungan.
- Catatkan jumlah perbelanjaan termasuklah apa yang dibelanjakan. Unjurkan setiap perbelanjaan penting seperti sewa, inventori (tunai bukan kredit), gaji dan upah, jualan, penahanan cukai, pemiutang, faedah yang dibayar, peralatan yang dibeli dengan wang tunai, yuran profesional, utiliti, bekalan pejabat, pembayaran hutang, pengiklanan, kenderaan, penyelenggaraan peralatan dan bahan api, dan dividen tunai.
Meningkatkan Penghutang
- Minta bayaran pendahuluan, terutamanya dengan pelanggan tetap. Ini membantu membina rizab tunai dan meningkatkan penimbal sekiranya berlaku apa-apa. Sebagai contoh, bayaran daripada penghutang tidak dapat diterima secara berkala disebabkan cuti umum.
- Pantau penghutang akaun anda. Ini membantu mengenal pasti dan mengelakkan pelanggan daripada lambat membayar. Jika telah tiba tarikh bayaran, buat susulan dengan pelanggan pada kadar segera untuk meminta bayaran deposit.
Menguruskan Pemiutang
- Gunakan terma kredit sepenuhnya. Jika jangka masa kredit adalah 30 hari, jangan bayar lebih awal.
- Sentiasa berkomunikasi dengan pembekal anda. Komunikasi adalah kunci untuk menangguhkan pembayaran anda sekiranya perlu, oleh itu pembekal anda mungkin bersetuju dengannya.
- Pertimbangkan pembekal anda dengan sewajarnya. Kadang-kadang mereka mungkin memberi diskaun untuk penyelesaian awal, tetapi mungkin ada muslihat.
- Pembekal yang paling murah bukanlah yang terbaik kerana para pembekal yang menawarkan harga yang lebih tinggi mungkin lebih fleksibel dengan terma pembayaran.
Mengurus Dalam Talian
- Kadang-kadang apabila anda melakukan perjalanan dan mempunyai hutang yang perlu dibayar ketika itu, kemudahan perbankan dalam talian dapat membantu memudahkan transaksi perniagaan anda. Daripada pemantauan pembayaran hinggalah kepada melaksanakan pembayaran, dengan perbankan dalam talian, anda mempunyai akses di mana saja pada bila-bila masa. Apa yang anda perlukan hanyalah telefon pintar atau komputer riba dan akses wifi.
- Perbankan dalam talian mempunyai lebih banyak faedah kerana ia juga boleh menyediakan invois, pengagihan gaji dan pembayaran KWSP.
Penafian: Objektif templat ini adalah untuk memberi pengetahuan umum dan garis panduan kepada pengguna; oleh itu ia tidak sepatutnya menjadi rujukan utama dalam penggantian nasihat undang-undang atau kewangan profesional. HLBB ingin mengingatkan bahawa tiada jaminan dari segi ketepatan kerana ketepatan data adalah tertakluk kepada maklumat yang diberikan oleh pengguna. HLBB tidak akan mengganggu atau menyimpan apa-apa maklumat yang disediakan dalam dokumen ini.