HLB Kelestarian Pengurusan Alam Sekitar

Pengurusan Alam Sekitar

Kesan alam sekitar langsung kami merangkumi sumber yang digunakan dan pelepasan yang dijana di seluruh rangkaian perniagaan kami. Dibantu oleh strategi pendigitalan kami, kami berhasrat untuk mengurangkan kesan aktiviti perniagaan kami terhadap alam sekitar melalui kaedah penggunaan dan pelupusan yang lebih cekap.

 

Tema Pengurusan Alam Sekitar kami dipacu oleh Topik Material berikut:

Menguruskan Kesan Alam Sekitar Kami


Menguruskan Kesan Alam Sekitar Kami

Menggunakan sumber bumi ini dengan cekap untuk mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau ("GHG") dan jejak karbon di samping mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan melalui penerapan penggunaan yang bertanggungjawab dalam operasi kami. Bekerjasama dengan pelanggan dan rakan perniagaan untuk memastikan penambahbaikan berterusan dan penyesuaian amalan terbaik.

 

Klik di sini untuk melihat Dasar Alam Sekitar mengenai Pengurusan Tenaga Air & Sisa kami

Menangani Kesan Iklim


Menangani Kesan Iklim

Mengenal pasti dan mengintegrasikan risiko berkaitan iklim ke dalam strategi, operasi perniagaan HLB dan merentasi rantaian nilai melalui kerangka kerja pengurusan risiko kami. Mengkaji dan memperhalusi kerangka kerja ESG korporat kami bagi membolehkan kami menguruskan portfolio kami dengan lebih baik dan mengalihkan pelanggan ke operasi perniagaan yang kalis perubahan iklim.

 

Beberapa inisiatif kami untuk memacu tema Pengurusan Alam Sekitar kami:

 

Earth HERO

 

EARTH HERO adalah projek oleh Hong Leong Bank yang menggalakkan generasi masa depan untuk lebih peka terhadap alam sekitar.

 

Ketahui lebih lanjut tentang Earth HERO

 

Pembiayaan Solar PKS HLB

 

Pembiayaan Solar PKS HLB adalah pakej pembiayaan untuk membantu PKS Malaysia untuk pemasangan sistem Solar Photovoltaic (PV) di atas bumbung premis perniagaan yang akan membantu mengurangkan bil elektrik dengan menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif.

 

Ketahui lebih lanjut tentang Pembiayaan Solar PKS HLB

Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.