HLB Kelestarian Berteraskan Digital

Berteraskan Digital

Ketika teknologi digital dan perkhidmatan kewangan terus menjadi fokus, peluang baru muncul bagi fungsi, kebolehcapaian dan kemampuan yang dipertingkatkan. Di Bank, matlamat kami adalah untuk membantu pelanggan merealisasikan peluang ini melalui peningkatan digital yang berterusan kepada produk dan perkhidmatan kami yang akan menjadikannya lancar untuk dimanfaatkan oleh para pelanggan. Pada dasarnya, strategi pendigitalan kami adalah mengenai keinklusifan, kemudahan dan keintuitifan, agar perkhidmatan kewangan diberikan tepat pada masanya, tanpa masa menunggu yang lama dan proses yang rumit, memungkinkan proses perniagaan yang lebih cekap.

 

Tema Berteraskan Digital kami dipacu oleh Topik Material berikut:

Perbankan Digital


Perbankan Digital

Mendigitalkan produk dan perkhidmatan, memastikan penawaran kami seiring dengan keperluan pelanggan dan perubahan pasaran; justeru meningkatkan daya saing dengan menyediakan penyelesaian kewangan terbaik kepada pengguna dan pelanggan bagi menyokong kelestarian perniagaan.

Keselamatan Siber & Privasi Data


Keselamatan Siber & Privasi Data

Melindungi data organisasi dan pelanggan kami daripada akses yang tidak dibenarkan, serangan atau ancaman yang bertujuan untuk mengeksploitasi data peribadi pelanggan dan hak milik peribadi bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan dalam operasi perniagaan kami.

Pengalaman Pelanggan


Pengalaman Pelanggan

Meletakkan keutamaan pelanggan dalam apa jua yang kami lakukan. Pengalaman berfokuskan pelanggan dalam operasi perbankan kami dan akan terus memenuhi permintaan dinamik daripada pelanggan, memberikan tahap tertinggi dalam kepuasan pelanggan bagi produk dan perkhidmatan kami yang inovatif dan berkualiti tinggi.

 

Beberapa inisiatif kami untuk memacu tema Berteraskan Digital:

 

HLB Connect

 

Kami menyediakan perkhidmatan perbankan mudah alih dan berasaskan web kepada pelanggan runcit melalui platform perbankan digital HLB Connect.

 

Klik di sini untuk ke HLB Connect

 

HL ConnectFirst

 

Platform digital kami untuk pelanggan korporat, komersial dan PKS, HL ConnectFirst, menawarkan rangkaian penyelesaian perbankan yang komprehensif untuk membantu perniagaan mencapai kecekapan yang dipertingkatkan.

 

Klik di sini untuk ke ConnectFirst

 

Apply@HLB

 

Apply@HLB adalah pengalaman digital sepenuhnya untuk rakyat Malaysia yang ingin membuka akaun dari mana jua, tanpa perlu mengunjungi cawangan bank atau SST.

 

Klik di sini untuk ke Apply@HLB

 

Gedung Rasmi HLB di Shopee

 

Kemudahan e-dagang HLB bagi membolehkan pelanggan memohon untuk membuka akaun simpanan secara dalam talian melalui Shopee Mall.

 

Klik di sini untuk ke HLB Online Store on Shopee

 

Kampus Tanpa Tunai UCSI

 

Program Cashfree Society kami, disasarkan kepada pelajar universiti, bertujuan untuk membangun dan melengkapkan masyarakat untuk melakukan transaksi kewangan harian secara digital.

 

Ketahui lebih lanjut tentang Kampus Tanpa Tunai UCSI

 

Imbas pada Telefon

 

Perkhidmatan penerimaan pembayaran mudah alih tanpa sentuhan untuk peranti mudah alih Android ini membolehkan peniaga menerima bayaran melalui kad menggunakan peranti mudah alih mereka.

 

Ketahui lebih lanjut tentang Imbas pada Telefon

Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.