Anda mungkin menyukai
Ciri & Manfaat
Fungsi Tanpa Sentuhan
Fungsi Tanpa Sentuhan
Had transaksi tanpa sentuhan anda adalah RM250. Anda tidak perlu memasukkan PIN apabila kad anda disentuh atau diimbaskan pada pembaca tanpa sentuhan sekiranya transaksi anda tidak melebihi RM250.
Untuk keselamatan tambahan, apabila anda membuat transaksi tanpa sentuhan berjumlah RM800 secara kumulatif, anda akan diminta melakukan transaksi sentuhan berserta dengan PIN untuk meresetkan had tanpa sentuhan.
Had kumulatif tanpa sentuhan anda akan diresetkan semula sebaik sahaja PIN dimasukkan. Anda juga akan menerima pemberitahuan Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS selepas setiap transaksi tanpa sentuhan berjumlah RM200 dan ke atas yang berjaya dilaksanakan.
Anda boleh menetapkan had transaksi tanpa sentuhan dan had kumulatif tanpa sentuhan anda dari RM0-RM800 dengan mengunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kad Debit untuk Transkasi Tanpa Kad (Transaksi Luar Negara, Debit Auto dan Pembelian Dalam Talian)
Mulai 30 Disember 2015, , semua Kad Debit Hong Leong yang melakukan transaksi Tanpa Kad (Pembelian Dalan Talian di laman web yang bukan disahkan 3D selamat/ Pesanan Mel/ Pesanan Telefon/ Debit Auto) serta pegeluaran dan transaksi ATM Luar Negara menggunakan Kad Debit Hong Leong telah disekat sebagai langkah keselamatan selaras dengan peraturan Bank Negara Malaysia. Pemegang Kad Debit perlu mengaktifkan perkhidmatan ini sebelum mereka boleh melaksanakan transaksi di atas.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Amaran Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS Had Transaksi
Pemegang Kad yang ingin mengubah amaran Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS had transaksi bagi amaun/ had yang telah ditentukan atau memilih untuk tidak menerima perkhidmatan amaran Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS transaksi hendaklah memaklumkan kepada pihak Bank secara bertulis .
Pemegang Kad boleh juga mendapatkan Borang Penyelenggaraan Perkhidmatan Amaran Transaksi Kad Debit/Kad Debit-i (“Borang”) dari cawangan HLB yang berhampiran atau di www.hlb.com.my bagi mengubah amaran Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS had transaksi/memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan amaran Paparan Notifikasi Aplikasi HLB Connect atau SMS transaksi.
Klik sini, untuk muat turun borang.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kad Debit sentiasa di tangan anda
Langkah keselamatan paling mudah untuk Kad Debit tanpa sentuhan adalah ia mestilah sentiasa di tangan anda. Jadi, orang lain tidak berpeluang untuk melakukan leretan berganda atau membuat salinan Kad Debit semasa anda tidak melihat.
Cip selamat untuk menghalang pemalsuan
Kad Debit tanpa sentuhan adalah selamat sama seperti Kad Debit dikuasakan-cip yang lain dan memiliki tahap keselamatan pelbagai peringkat untuk menghalang pemalsuan. Setiap transaksi tanpa sentuhan merangkumi kod unik yang dijana oleh cip yang terdapat di dalam Kad Debit, yang berubah dengan setiap pembelian, sekali gus menghalang penipu daripada memainkan semula maklumat yang dibaca daripada cip untuk membuat pembayaran.
Pengesahan pelanggan untuk pembelian bernilai lebih tinggi
Anda tidak perlu menandatangan atau memasukkan PIN untuk transaksi tanpa sentuhan yang berjumlah sehingga RM250 di Malaysia.
Tiada Liabiliti Pemegang Kad untuk Pembelian Tanpa Sentuhan
Seandainya berlaku penipuan, anda tidak akan dipertanggungjawabkan untuk caj yang dibuat secara penipuan tersebut atau pembelian tanpa kebenaran yang dibuat menggunakan ciri tanpa sentuhan pada cip Kad Debit anda. Anda hendaklah memaklumkan kepada kami dengan segera atau sebaik sahaja menyedari atau mengesyaki terdapat penggunaan tanpa kebenaran atau aktiviti yang mencurigakan. Bagaimanapun, anda akan dipertanggungjawabkan ke atas pembelian tanpa kebenaran jika anda cuai semasa melindungi Kad Debit atau PIN anda.
Q: Apakah PIN?
A: PIN atau Nombor Pengenalan Peribadi adalah kod rahsia yang yang dikeluarkan oleh HLB/HLISB kepada Pemegang Kad, sama ada melalui permintaan atau dipilih oleh Pemegang Kad di mana-mana Cawangan HLB/HLISB menurut prosedur permohonan bagi perkhidmatan ATM dan termasuk perubahan pada hari yang sama yang dibuat oleh Pemegang Kad sekiranya berkaitan, dari semasa ke semasa. PIN ini boleh digunakan untuk membuat pembelian di kedai-kedai runcit dan membuat pengeluaran tunai serta transaksi di semua Mesin Juruwang Automatik ("ATM") Ringkasnya, PIN diperlukan untuk mengesahkan dan melengkapkan transaksi Kad Debit sama ada di ATM, Titik Jualan ( "POS") atau sebarang jenis peranti pembayaran yang memerlukan PIN.
Q: Kenapakah PIN lebih selamat daripada tandatangan?
A: Penggunaan PIN boleh membantu melindungi daripada penipuan disebabkan kad hilang atau dicuri kerana PIN hanya diketahui oleh Pemegang Kad. Risiko tandatangan palsu/ditiru dapat dikurangkan. Oleh itu, PIN perlu dilindungi secara selamat dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.
Q: Bagaimanakah cara untuk menyimpan PIN saya supaya selamat?
A: Antara langkah untuk mengekalkan PIN anda dirahsiakan dan selamat termasuklah:
- Jangan gunakan nombor yang berkaitan dengan hari jadi atau tarikh ulang tahun, nombor telefon, no. KP, lesen memandu sebagai PIN;
- Jangan menyimpan rekod bertulis PIN;
- Jangan benarkan mana-mana pihak ketiga untuk melihat PIN anda apabila ia dimasukkan atau dipamerkan;
- Jangan simpan PIN dalam bentuk yang boleh dikenal pasti dengan mudah sebagai PIN;
- Jangan dedahkan PIN kepada mana-mana pihak ketiga (termasuk orang yang jelas memiliki kuasa, ahli keluarga atau pasangan);
- Jangan cuai atau melulu mendedahkan PIN anda; dan
- Maklumkan kepada Bank jika PIN telah diketahui oleh orang lain dan tukar PIN dengan serta merta.
Q: Kenapakah saya perlu tukar Kad Debit Chip &Signature ("C&S") yang saya miliki sekarang kepada Kad Debit P&P baharu?
A: Semua Bank telah diberi mandat oleh Bank Negara Malaysia ( "BNM") untuk mendapatkan Pemegang Kad menukar Kad Debit C&S mereka yang sedia ada kepada Kad Debit P&P yang baharu sebelum 31 Disember 2016 atau tarikh yang dinyatakan dalam SMS atau skrin ATM.
Q: Apakah yang berlaku jika saya tidak menukar Kad Debit C&S saya?
A: Selepas tarikh akhir yang ditetapkan untuk pertukaran, Kad Debit C&S anda tidak lagi sah untuk digunakan. Anda mungkin tidak dapat melaksanakan pembelian runcit dan urus niaga ATM (termasuk pengeluaran tunai).
Q: Bolehkah saya meminta HLB untuk menghantar Kad Debit P&P baharu kepada saya?
A: Tidak boleh. Anda perlu mengunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB untuk menukar sendiri Kad Debit C&S anda kepada Kad Debit P&P yang baharu.
Q: Apakah perbezaan antara Kad Debit C&S saya dengan Kad Debit P&P yang baharu?
A: Kad Debit P&P adalah Kad Debit dengan PIN yang selamat yang memerlukan Pemegang Kad memasukkan PIN untuk melaksanakan transaksi POS.
Q: Bagaimanakah saya membezakan Kad Debit C&C dan P&P HLB?
A: Kad Debit P&P HLB/HLISB mempunyai logo Tanpa Sentuhan Malaysian Chip Card Specification (“MCCS”) (dan logo Visa payWave bagi Kad Debit HLB sahaja) serta logo MyDebit masing-masing di sebelah atas dan bahagian tengah kanan Kad Kredit. Contoh Kad Debit P&P dan C&S ditunjukkan di bawah:
P&P Debit Card (New)
C&S Debit Card (Old)
Q: Saya kini malksanakan transaksi dengan PIN, apakah perbezaannya?
A: Transaksi berasaskan PIN yang anda berurus niaga sekarang adalah melalui saluran MyDebit/MEPS (atau Debit) manakala tandatangan (pada resit transaksi) adalah melalui VISA/MasterCard. Pada masa hadapan dan/atau berkuat kuasa 1 Januari 2017, semua transaksi akan berasaskan PIN melalui saluran MyDebit, MEPS, VISA atau MasterCard.
Q: Adakah transaksi ATM dan POS mempunyai PIN yang sama?
A: Ya, seperti yang terkandung dalam No. 1 di sini.
Q: Bolehkah saya meminta 2 PIN yang berbeza untuk transaksi ATM dan POS?
A: Tidak boleh.
Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya guna Kad Debit P&P yang baharu di Malaysia?
A: Ya, jika anda diminta oleh peniaga untuk memasukkan PIN anda. Harap maklum bahawa berkuatkuasa 1 Januari 2017, semua transaksi pembayaran yang dilakukan melalui POS dan/atau peranti pembayaran lain akan memerlukan PIN.
Q: Adakah PIN diperlukan untuk transaksi Kad Debit dengan Kad Tidak Hadir (Auto Debit, Pesanan Mel Pesanan Telefon dan/atau pembelian dalam talian)?
A: Tidak, PIN tidak diperlukan. PIN digunakan di ATM, terminal POS dan/atau peranti pembayaran lain sahaja. Bagi transaksi dalam talian selamat, Pemegang Kad perlu memasukkan kata laluan satu kali (one-time password, OTP) VISA Secured atau MasterCard Secured, yang akan dihantar kepada telefon mobile mereka untuk mengesahkan transaksi.
Q: Apakah yang berlaku jika saya gunakan Kad Debit P&P baharu saya di terminal POS yang tidak menyokong PIN?
A: Terminal POS akan memproses transaksi menggunakan Kad P&P anda tanpa meminta PIN dan anda perlu menandatangan resit transaksi untuk melengkapkan urus niaga.
Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN di kiosk atau terminal layan diri (contohnya stesen minyak) di Malaysia?
A: Jika kiosk atau terminal layan diri menyokong PIN, ia akan meminta anda untuk memasukkan PIN apabila anda menyelitkan kad pada terminal. Jika anda tidak tahu, atau jika anda tidak mempunyai kad yang diupayakan PIN, anda boleh masuk ke kedai untuk membayar dengan tandatangan anda di terminal dengan kakitangan.
Q: Bolehkah saya menggunakan Kad Debit P&P di negara yang menggunakan jalur magnetik (contohnya Amerika Syarikat)?
A: Ya, Kad Debit P&P boleh digunakan di seluruh dunia di mana jenama pembayaran Visa atau MasterCard diterima.
Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN untuk transaksi pra-pengesahan (contohnya daftar masuk hotel)?
A: Ya.
Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila memulangkan barangan kepada peniaga untuk mendapat bayaran balik?
A: Tidak.
Q: Adakah fi dikenakan bagi menukar Kad Debit C&S kepada Kad Debit P&P yang baharu?
A:Sila rujuk jadual di bawah tentang jenis Kad Debit yang Pemegang Kad boleh tukar tanpa menanggung sebarang fi kad gantian.
Q: Bolehkah Pemegang Kad Debit Biru Generik sedia ada memilih Kad Debit Hello Kitty P&P yang baharu?
A:Boleh, tetapi fi nominal akan dikenakan.
Pertukaran PIN
Q: Bolehkah saya menukar PIN (kali pertama atau seterusnya) di ATM bank yang lain?
A:Tidak, anda hanya boleh menukar PIN Kad Debit P&P anda di ATM HLB atau log masuk Hong Leong Connect bawah "Perkhidmatan Lain>Cipta PIN / Tukar PIN".
Q: Adakah terdapat peraturan tentang memberikan nombor PIN kepada Kad Debit P&P baharu?
A: Tidak, tetapi sesetengah langkah/kawalan amat digalakkan seperti yang terkandung pada No. 3 di sini.
PIN Salah/Terlupa
Q: Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan PIN yang salah?
A:Tiga percubaan dibenarkan sebelum Kad Debit P&P anda disekat. Apabila Kad Debit disekat, anda perlu mengunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB atau log masuk ke Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect untuk menetapkan semula PIN anda.
Q: Apakah yang akan berlaku jika saya terlupa PIN?
A:Anda boleh kunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB untuk menetapkan semula PIN anda. Anda juga boleh log masuk ke Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect untuk mencipta PIN baharu.
Transaksi Petrol
Q:Bolehkah saya menggunakan Kad Debit P & P baru saya di pam petrol layan diri (kios luar) di Malaysia?
A: Ya anda boleh. Jika anda berurusniaga di kiosk petrol layan diri yang dinaik taraf dengan PIN, anda akan diminta untuk memasukkan PIN 6 digit anda untuk melengkapkan pembayaran dengan Kad Debit P & P anda.
Jika anda berurus niaga di kiosk petrol layan diri tanpa PIN, anda TIDAK akan diminta untuk memasukkan PIN anda untuk melengkapkan pembayaran dengan Kad Debit P & P anda.
Q: Bolehkah saya terus menggunakan Kad Debit C & S saya di pam petrol layan diri (kios luar)?
A: Sama ada anda boleh terus menggunakan Kad Debit C & S anda di pam petrol layan diri / kios luar bergantung kepada jenis kios yang anda berurus niaga.
Jika anda berurusniaga di kiosk petrol layan diri yang dinaik taraf dengan PIN, anda akan diminta untuk memasukkan PIN 6 digit anda. Tanpa PIN 6 angka, anda tidak akan dapat melengkapkan pembayaran dengan Kad Debit C & S anda. Oleh itu, anda perlu meneruskan ke kaunter juruwang untuk membayar dengan Kad Debit C & S anda.
Jika anda berurus niaga di kiosk petrol layan diri tanpa PIN, anda TIDAK akan diminta untuk memasukkan PIN anda, oleh itu, anda boleh melengkapkan pembayaran anda dengan Kad Debit C & S anda.
LUAR NEGARA
Q: Saya akan ke luar negara untuk bercuti. Bolehkah saya guna Kad Debit P&P di kedai-kedai luar negara?
A: Boleh. Anda boleh guna Kad Debit P&P anda di mana-mana kedai di seluruh dunia yang menerima VISA/MasterCard.
Q: Saya bercuti ke luar negara membawa Kad Debit P&P baharu. Apakah yang saya perlu lakukan sebelum perjalanan?
A: Anda perlu mengaktifkan Kad Debit P&P baru anda dan memilih PIN pilihan, jika anda masih belum berbuat demikian, sebelum melancong ke luar negara. Apabila berurus niaga menggunakan Kad Debit P&P baru, anda perlu memasukkan PIN 6 angka anda apabila digesa oleh terminal POS dan/atau juruwang.
Q: Saya bercuti ke luar negara membawa Kad Debit P&P saya. Saya menyedari bahawa saya terlupa PIN 6 angka apabila menggunakan Kad Debit P&P saya. Apakah yang patut saya lakukan?
A: Anda perlu minta peruncit melangkau kemasukan PIN dan sebaliknya menggunakan tandatangan. Untuk menukar PIN 6 angka anda dengan segera, log masuk ke Hong Leong Connect dengan melakukan langkah berikut:
Langkah 1: Log masuk www.hongleonconnect.my
Langkah 2: Pergi ke ‘Tetapan’ >‘Menguruskan PIN Kad’ >‘Cipta PIN/ Tukar PIN’
Langkah 3: Pilih Akaun >Masukkan ‘PIN Baharu’ >Sahkan ‘PIN Baharu’
Langkah 4: Masukkan no. TAC >Klim ‘Serah’
Q: Saya bercuti ke luar negara membawa Kad Debit P&P saya. Saya ada PIN 6 angka bersama saya tetapi peruncit memaklumkan bahawa terminal PIN tiada keupayaan PIN (menerima tandatangan sahaja)/terminal POS hanya menerima PIN 4 angka sahaja. Apakah yang patut saya lakukan?
A: Anda perlu minta peruncit melangkau kemasukan PIN dan sebaliknya menggunakan tandatangan.
Lain-lain
Q: Bolehkah saya kenal pasti transaksi Kad Debit P&P yang sah pada Resit Transaksi dan/atau penyata?
A: Boleh. Resit transaksi dan/atau penyata akan memaparkan perkataan "PIN Disahkan".
Q: Adakah PIN dicetak pada resit transaksi?
A: Tidak.
Q: Adakah saya perlu tandatangan pada belakang Kad Debit P&P saya?
A: Ya, ini adalah perlu kerana tandatangan akan terus digunakan untuk pengesahan dalam keadaan tertentu (contohnya pergi ke negara di mana PIN tidak digunakan, di mana terminal peniaga tidak dinaik taraf untuk menyokong transaksi berasaskan PIN dan sebagainya).
Q: Adakah semua peniaga tahu cara memproses transaksi P&P?
A:Semua peniaga akan dilatih untuk melaksanakan transaksi P&P (berasaskan PIN) Ini akan dilakukan dalam tempoh sehingga 30 Jun 2017.
Q: Adakah tandatangan masih diperlukan pada Resit Transaksi selepas PIN dimasukkan?
A: Tandatangan tidak diperlukan pada mana-mana Resit Transaksi apabila PIN telah disahkan. Draf Jualan akan memaparkan perkataan “PIN Disahkan”.
Q: Adakah PIN diperlukan untuk Transaksi Tanpa Sentuhan?
A:
- PIN tidak diperlukan untuk transaksi sehingga RM250 dalam satu resit. Jika transaksi melebihi RM250 dalam satu resit, anda dikehendaki untuk memasukkan PIN anda.
- Untuk had tanpa sentuhan terkumpul, anda boleh melaksanakan transaksi sehingga RM800. Sebaik sahaja anda telah mencapai had sentuhan terkumpul, anda dikehendaki untuk melakukan transaksi hubungan dan masukkan PIN untuk menetapkan semula had terkumpul anda.
NOTIS PENTING
Pengaktifan Kad Debit untuk Transkasi Tanpa Kad ( Transaksi Luar Negara, Debit Auto dan Pembelian Dalam Talian )
Pemegang Kad yang Dihormati,
Mulai 30 Disember 2015, semua Kad Debit Hong Leong yang melakukan transaksi Tanpa Kad ( Pembelian Dalan Talian di laman web yang bukan disahkan 3D selamat/ Pesanan Mel/ Pesanan Telefon/ Debit Auto) serta pegeluaran dan transaksi ATM Luar Negara telah disekat sebagai langkah keselamatan selaras dengan peraturan Bank Negara Malaysia.
Pemegang Kad Debit perlu mengaktifkan perkhidmatan ini sebelum mereka boleh melaksanakan transaksi di atas.nda boleh mengaktifkan transaksi ini dengan menggunakan saluran berikut:-
1. Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect
- Log masuk ke www.hongleongconnect.my
- Di bawah menu “Other Services”, pergi ke “Card Settings” dan pilih “Overseas Withdrawal & Debit Card Settings”
- Klik butang togol bagi perkhidmatan yang berkaitan untuk membuat pilihan
- Notifikasi AppAuthorise atau TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda
- Tekan “Authorise" pada skrin AppAuthorise atau masukkan TAC, klik “Confirm” dan anda kini selesai!
2. Aplikasi Hong Leong Connect
- Log masuk ke Aplikasi Hong Leong Connect
- Klik pada “Current/Savings Account”, klik pada tab “Services” dan klik pada “Debit Card Settings”
- Klik butang togol bagi perkhidmatan yang berkaitan untuk membuat pilihan
- Notifikasi AppAuthorise atau TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda
- Tekan “Authorise" pada skrin AppAuthorise atau masukkan TAC, klik “Confirm” dan anda kini selesai!
3. ATM HLB/HLISB
- Selitkan Kad Debit Anda
- Tekan “Debit Card Service Activation/Deactivation" pada menu utama
- Pilih perkhidmatan yang berkaitan
- Pilih "Activate (opt-in)” dan anda kini selesai!
4. Hubungi Pusat Panggilan Hong Leong di 03-7626 8899
5. Kunjungan ke mana-mana cawangan kami dalam waktu bank.
Langkah ini PENTING untuk mencegah penipuan dan melindungi Pemegang Kad daripada menjadi mangsa penipuan transaksi menggunakan perkhidmatan debit terus dan kad debit.
Terima kasih.
Q: Apakah definisi transaksi Tanpa Kad (“CNP”)?
A: Transaksi CNP adalah transaksi kad yang dibuat di mana Pemegang Kad tidak hadir secara fizikal (bukan bersemuka) di lokasi peniaga apabila pembayaran dibuat. Contoh transaksi CNP adalah Pembelian Secara Dalam Talian (di laman web yang bukan disahkan 3D), Pesanan Mel Pesanan Telefon dan Debit Auto.
Q: Apakah definisi transaksi Luar Negara?
A: Transaksi Luar Negara adalah transaksi yang dilaksanakan di luar negara (iaitu di luar Malaysia). Transaksi luar negara termasuklah transaksi -pembelian semasa jualan (“POS”) dan pengeluaran wang tunai melalui ATM di luar Malaysia.
Q: Kenapakah saya perlu memberi kebenaran untuk melaksanakan Transaksi CNP dan Luar Negara?
A: Ini adalah selaras dengan peraturan-peraturan baru yang telah dikenakan oleh Bank Negara Malaysia mandatori kepada semua institusi kewangan dan pengeluar untuk menghalang mana-mana Pemegang Kad Debit daripada membuat sebarang transaksi CNP yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik atau mana-mana transaksi Luar Negara menggunakan Kad Debit KECUALI Pemegang Kad Debit telah memilih untuk melaksanakan transaksi tersebut. Keperluan untuk memilih masuk(“opt in”) bertujuan untuk memastikan bahawa langkah-langkah dan kawalan pengurusan risiko yang mencukupi dilaksanakan dalam kalangan institusi kewangan dan pengeluar, dan untuk mendidik Pemegang Kad Debit tentang amalan yang selamat bagi mengurangkan risiko transaksi tanpa kebenaran, khususnya transaksi CNP dan Luar Negara.
Q: Apakah yang dianggap sebagai Pembelian Dalan Talian di laman web yang bukan disahkan 3D yang selamat?
A: Pembelian Dalan Talian di laman web yang bukan disahkan 3D yang selamat adalah transaksi yang hanya memerlukan Pemegang Kad Debit menggunakan butiran pada kad (iaitu: Nombor kad, Tarikh Tamat dan CVV) untuk transaksi. Sebagai perbandingan, Pembelian Talian di laman web 3D yang selamat memerlukan butiran pada kad dan Kata Laluan Satu Kali (“OTP”) untuk mengesahkan transaksi.
Q: Bolehkah saya memilih hanya Pembelian Talian di laman web disahkan yang selamat dan bukan transaksi Luar Negara?
A: Boleh. Pemegang Kad Debit boleh memilih mana-mana empat (4) jenis transaksi berikut:
i. Pembelian Talian laman web bukan disahkan 3D Selamat
ii. Pesanan Mel/Pesanan Telefon (MOTO) / Debit Auto -
iii. Transaksi Pembelian Runcit Luar Negara
iv. Pengeluaran Wang Tunai ATM Luar Negara
Q: Bagaimanakah saya memilih-masuk untuk melaksanakan Transaksi CNP dan Luar Negara?
A: Anda boleh pilih untuk masuk daripada saluran berikut:-
- Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect di www.hongleongconnect.my
- Aplikasi Hong Leong Connect
- ATM HLB/HLISB
- Pusat Panggilan – 03 7626 8899
- Cawangan-cawangan HLB/HLISB dalam waktu bank
Q: Jika saya pemegang kad ATM Hong Leong, adakah saya perlu memilih-masuk?
A: Anda perlu memilih-masuk jika anda mahu melaksanakan pengeluaran wang tunai ATM Luar Negara sahaja.
Q: Jika saya tinggal di Luar Negara, bagaimanakah saya memilih-masuk untuk melaksanakan transaksi tersebut?
A: Pemegang kad Debit boleh memilih-masuk melalui Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect di www.hongleongconnect.my, Aplikasi Hong Leong Connect atau hubungi Pusat Panggilan Hong Leong di 03-7626 8899.
Q: Jika saya pilih untuk melaksanakan CNP dan transaksi Luar Negara, adakah ia akan berkuat kuasa serta merta?
A: Ya, pilihan anda akan berkuat kuasa serta merta.
Q: Adakah ini akan mempengaruhi transaksi berulang yang sedia ada (iaitu: Auto Debit untuk insurans/utiliti, dan sebagainya) jika saya tidak melaksanakan –memilih-masuk?
A: Ya. Transaksi auto debit anda mungkin terganggu. Anda dinasihatkan untuk memeriksa transaksi-transaksi auto debit anda bagi Januari dan Februari 2016.
Q: Apakah risiko yang dikaitkan dengan CNP dan transaksi Luar Negara?
A: Apabila transaksi CNP dan/atau Luar Negara dilaksanakan, terdapat risiko data akaun anda terjejas atau maklumat tersebut digunakan untuk pembelian yang tidak sah dan/atau pengeluaran wang tunai. Perlu diingatkan bahawa dalam kes transaksi luar negara, ciri-ciri pengesahan kad untuk transaksi pembelian do terminal semasa jualan mungkin berbeza dari negara ke negara dan sesetengah negara/peniaga mungkin tidak boleh menerima pendekatan yang lebih ketat. Transaksi penipuan boleh berlaku jika data akaun anda - dikompromikan.
Q: Apakah definisi transaksi Kad Tidak Hadir (“CNP”)?
A: Transaksi CNP adalah transaksi kad yang dibuat di mana Pemegang Kad tidak hadir secara fizikal (bukan bersemuka) di lokasi peniaga apabila pembayaran dibuat. Contoh transaksi CNP adalah Pembelian Internet (transaksi selamat bukan 3D), Pesanan Mel Pesanan Telefon dan Auto Debit.
Q: Apakah definisi transaksi Luar Negara?
A: Transaksi Luar Negara adalah transaksi yang dilaksanakan di luar negara (iaitu di luar Malaysia). Transaksi luar negara termasuklah transaksi Titik Jualan (“POS”) dan pengeluaran tunai melalui ATM di luar Malaysia.
Q: Kenapakah saya perlu memberi kebenaran untuk melaksanakan Transaksi CNP dan Luar Negara?
A: Ini adalah selaras dengan peraturan-peraturan baru yang telah dikenakan oleh Bank Negara Malaysia yang memberi mandat kepada semua institusi kewangan dan pengeluar untuk ingkar dan/atau menghalang mana-mana Pemegang Kad Debit daripada membuat sebarang transaksi CNP yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik atau mana-mana transaksi Luar Negara menggunakan Kad Debit KECUALI Pemegang Kad Debit telah secara nyata memilih untuk melaksanakan transaksi tersebut. Keperluan untuk memilih masuk bertujuan untuk memastikan bahawa langkah-langkah dan kawalan pengurusan risiko yang mencukupi dilaksanakan dalam kalangan institusi kewangan dan pengeluar, dan untuk mendidik Pemegang Kad Debit tentang amalan yang selamat bagi mengurangkan risiko transaksi tanpa kebenaran, khususnya transaksi CNP dan Luar Negara.
Q: Apakah yang dianggap sebagai Pembelian Internet bukan 3D yang selamat?
A: Pembelian Internet bukan 3D yang selamat adalah transaksi yang hanya memerlukan Pemegang Kad Debit menggunakan butiran pada kad (iaitu: Nombor kad, Tarikh Tamat dan CVV) untuk transaksi. Sebagai perbandingan, Pembelian Internet 3D yang selamat memerlukan butiran pada kad dan Kata Laluan Satu Kali (“OTP”) untuk mengesahkan transaksi.
Q: Bolehkah saya memilih hanya Pembelian Internet Bukan 3D yang Selamat dan bukan transaksi Luar Negara?
A: Boleh. Pemegang Kad Debit boleh memilih mana-mana empat (4) jenis transaksi berikut:
i. Pembelian Internet Bukan 3D yang Selamat
ii. Pesanan Mel/Pesanan Telefon (MOTO) / Auto Debit
iii. Pembelian Runcit Luar Negara
iv. Pengeluaran ATM Luar Negara
Q: Bagaimanakah saya memilih masuk untuk melaksanakan Transaksi CNP dan Luar Negara?
A: Anda boleh pilih untuk masuk daripada saluran berikut:-
Hong Leong Connect @ www.hongleongconnect.my
ATM HLB/HLISB
Pusat Panggilan – 03 7626 8899
Cawangan-cawangan HLB/HLISB semasa waktu perbankan
Q: Jika saya pemegang kad ATM Hong Leong, adakah saya perlu memilih masuk?
A: Anda perlu pilih masuk jika anda mahu melaksanakan pengeluaran ATM Luar Negara sahaja.
Q: Jika saya tinggal di Luar Negara, bagaimanakah saya pilih masuk untuk melaksanakan transaksi tersebut?
A: Pemegang kad Debit boleh pilih masuk melalui Hong Leong Connect di www.hongleongconnect.my atau hubungi Pusat Panggilan Hong Leong di 03-7626 8899.
Q: Jika saya pilih untuk melaksanakan CNP dan transaksi Luar Negara, adakah ia akan berkuat kuasa serta merta?
A: Ya, pilihan anda akan berkuat kuasa serta merta.
Q: Adakah ini akan mempengaruhi transaksi berulang yang sedia ada (iaitu: Auto Debit untuk insurans/utiliti, dan sebagainya) jika saya tidak melaksanakan pilihan masuk?
A: Ya. Transaksi auto debit anda mungkin terganggu. Anda dinasihatkan untuk memeriksa transaksi auto debit anda bagi Januari dan Februari 2016.
Q: Apakah risiko yang dikaitkan dengan CNP dan transaksi Luar Negara?
A: Apabila transaksi CNP dan/atau Luar Negara dilaksanakan, terdapat risiko data akaun anda terjejas atau maklumat tersebut digunakan untuk pembelian yang tidak sah dan/atau pengeluaran wang tunai. Perlu diingatkan bahawa dalam kes transaksi luar negara, ciri-ciri pengesahan kad untuk transaksi Titik Jualan mungkin berbeza dari negara ke negara dan sesetengah negara/peniaga mungkin tidak boleh menerima pakai pendekatan yang lebih ketat. Transaksi penipuan boleh berlaku jika data akaun anda terjejas.
Sila klik sini untuk senarai fi dan caj, atau kunjungi mana- mana cawangan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.