Soalan Lazim - Kad Debit

Kad Debit

Bagaimanakah cara membuat pembelian menggunakan Kad Debit?

  1. Cari penjual yang memaparkan logo  VISA, MasterCard dan MyDebit.
  2. Di kaunter bayaran, biarkan juruwang menyelitkan Kad Debit anda pada terminal POS. Untuk transaksi tanpa sentuh, anda perlu mengetik Kad Debit anda pada terminal tanpa sentuh.
  3. Turunkan tanda tangan pada slip transaksi yang dicetak atau masukkan PIN pada terminal. Untuk transaksi tanpa sentuh RM250 ke bawah, tandatangan atau PIN tidak diperlukan.
  4. Selepas transaksi selesai, jangan lupa untuk mendapatkan semula Kad Debit anda.

 

Bagaimana Kad Debit anda diterima oleh penjual?

  1. Kad Debit Leong Hong anda menyokong dua (2) jenama Kad Debit - MyDebit, yang hanya boleh digunakan di dalam Malaysia, dan VISA/MasterCard yang membolehkan kad anda diterima di luar negara dan di Malaysia. Dengan menyokong kedua-dua jenama Kad Debit ini, terdapat lebih banyak outlet runcit yang menerima Kad Debit anda untuk tujuan pembayaran di Malaysia dan juga di luar negara.
  2. Apabila anda menggunakan Kad Debit di Malaysia, peruncit boleh memilih untuk menerima dan memproses pembayaran sama ada menggunakan MyDebit, Visa atau MasterCard. Ini adalah pilihan peruncit dan membolehkan mereka memproses pembayaran melalui rangkaian Kad Debit pilihan mereka. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh meminta peruncit untuk menukar rangkaian Kad Debit pilihan mereka.

Patut Dibuat

  • Segera menandatangani panel tandatangan di belakang Kad Debit anda apabila menerimanya.
  • Nombor Pengenalan Peribadi (“PIN”) perlu diubah di Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) sebelum anda boleh melaksanakan sebarang transaksi menggunakan Kad Debit anda.
  • Gunakan, anggapkan dan lindungi Kad Debit sama seperti wang tunai, jaga Kad Debit dengan selamat dan pastikan ia berada dalam simpanan anda sepanjang masa.
  • Semasa menggunakan Kad Debit anda di mana-mana outlet peniaga, pastikan semua butiran telah dimasukkan dengan betul dan lengkap sebelum menandatangani slip caj/slip transaksi atau memasukkan PIN anda. PIN adalah sama seperti PIN ATM yang digunakan untuk transaksi ATM.
  • Pastikan pengeluaran anda adalah dalam had lalai RM2,000 sehari untuk mengelakkan transaksi ditolak. Untuk mengubah had anda, sila layari www.hongleongconnect.my.
  • Semak dan pastikan Kad Debit yang anda terima selepas urus niaga dengan peniaga adalah milik anda.
  • Pastikan anda memberi kebenaran kepada semua penggunaan Kad Debit (secara bersemuka atau melalui Telefon/Internet).
  • Apabila membeli barangan melalui Internet, hanya berikan butiran Kad Debit anda kepada laman web dari syarikat yang anda percayai. Laman saudagar yang bereputasi menggunakan teknologi penyulitan untuk melindungi maklumat Kad Debit anda.
  • Elakkan daripada menggunakan komputer awam untuk membeli-belah secara dalam talian. Jika anda perlu lakukan, jangan lupa untuk log keluar dan menutup penyemak imbas apabila selesai. Seseorang hanya perlu menekan "butang kembali" untuk melihat maklumat peribadi anda.
  • Sentiasa cetak dan simpan halaman pengesahan apabila melengkapkan pembelian dalam talian.
  • Rekod atau simpan resit semua pembelian anda termasuk pembelian dalam talian.
  • Carik semua dokumen (slip caj, kenyataan dan lain-lain) yang mengandungi butiran Kad Debit sebelum membuangnya.
  • Batalkan slip caj yang tidak betul sebelum anda menandatangani slip baru.
  • Segera semak penyata Kad Debit anda dan lapor segera jika terdapat sebarang transaksi yang tidak dikenali atau tidak dibenarkan oleh anda.
  • Simpan nombor telefon Bank setiap masa bersama anda supaya anda boleh segera melaporkan sebarang kehilangan atau kecurian Kad Debit. Sentiasa periksa Kad Debit anda secara berkala untuk memastikan kad tidak hilang dari dompet anda.
  • Beritahu Bank dengan segera tentang sebarang pertukaran butiran hubungan anda dengan melawat cawangan Bank atau menghubungi Pusat Panggilan Bank di 03-7626 8899, terutamanya nombor telefon bimbit dan alamat e-mel anda supaya Bank boleh membuat pengesahan bagi transaksi yang luar biasa atau mencurigakan. Ini juga akan membolehkan Bank untuk menghubungi anda untuk apa-apa notis penting atau kempen pemasaran (bagi Pemegang Kad yang memilih untuk menerima bahan pemasaran/promosi) pada masa akan datang.
  • Berhati-hati dengan helah jualan tekanan tinggi seperti "GORES & MENANG" di mana mereka meminta butiran Kad Debit anda.
  • Apabila anda menerima panggilan daripada Telemarketer yang bertanya soalan, dan jika mereka tidak dapat menjawab banyak soalan anda, besar kemungkinan mereka memanggil dari perniagaan yang tidak sah. Sekiranya anda berasa curiga dengan panggilan telefon ini, sila hubungi nombor yang tertera di belakang Kad Debit anda untuk mengesahkan sama ada panggilan tersebut adalah panggilan sebenar daripada Bank.
  • Jika anda dalam perjalanan di luar negara, anda dikehendaki memaklumkan Bank untuk memilih transaksi luar negara dan/atau pengeluaran ATM. Jika tidak, transaksi Luar Negara dan/atau pengeluaran ATM anda akan ditolak. Keperluan ini adalah untuk kedua-dua Kad Debit dan ATM Hong Leong.
  • Anda juga dikehendaki memaklumkan Bank untuk memilih masuk sekiranya anda mahu melaksanakan sebarang transaksi dalam talian (laman web bukan 3D yang Disahkan) dan/atau Pesanan Mel/Pesanan Telefon ( "MOTO")/ transaksi Auto Debit. Jika tidak, transaksi dalam talian dan/atau transaksi MOTO/Auto Debit anda akan ditolak.
  • Harap maklum bahawa apabila anda memilih masuk untuk transaksi Kad Tidak Hadir (iaitu Dalam Talian, Auto Debit) dan/atau transaksi luar negara, terdapat risiko data akaun anda terjejas atau maklumat tersebut digunakan untuk pembelian yang tidak sah dan/atau pengeluaran wang tunai. Perlu diingatkan bahawa dalam kes transaksi luar negara, ciri-ciri pengesahan kad untuk transaksi Titik Jualan mungkin berbeza dari negara ke negara dan sesetengah negara/peniaga mungkin tidak boleh menerima pakai pendekatan yang lebih ketat. Transaksi penipuan boleh berlaku jika data akaun anda terjejas.

Anda boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk keluar daripada transaksi Kad Tidak Hadir dan/atau Luar Negara menerusi Hong Leong Connect / cawangan / ATM / Pusat Panggilan Hong Leong

 

 

Tidak Patut Dibuat

  • Jangan tinggalkan Kad Debit anda di tempat yang tidak selamat, termasuk tetapi tidak terhad kepada petak sarung tangan kereta anda, terbiar di rumah atau di pejabat di mana seseorang boleh mengaksesnya. Jika anda tidak mahu guna Kad Debit, simpan kad di tempat yang selamat.
  • Jangan dedahkan butiran peribadi atau butiran Kad Debit anda kepada mana-mana pihak ketiga/tidak diketahui.
  • Bank tidak akan menghantar e-mel atau surat meminta maklumat Kad Debit anda.
  • Jangan dedahkan nama pengguna, kata laluan, soalan atau jawapan keselamatan dan/atau PIN anda kepada sesiapa. Anda tidak perlu membalas e-mel, surat, laman web atau nombor telefon sedemikian. Tiada siapa yang perlu mengetahui PIN anda, termasuklah Bank. Jangan bertindak terhadap e-mel yang meminta anda untuk pergi ke laman web untuk mengesahkan maklumat peribadi dan/atau Kad Debit anda.
  • Jangan hantar maklumat Kad Debit, seperti PIN atau nombor akaun pembelian runcit dan sebagainya melalui e-mel kerana ia boleh dipintas.
  • Berhati-hati dengan penyamar/penipu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil Bank dan meminta untuk "mengesahkan" butiran Kad Debit anda kononnya untuk memastikan anda dilindungi. Bank tidak memerlukan maklumat akaun kerana Bank sudah mempunyai butiran anda.
  • Apabila memilih PIN, selakkan daripada memilih nombor yang jelas, seperti nombor telefon, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan lain-lain. Jangan simpan salinan PIN anda dalam dompet/beg tangan anda.
  • Jangan berikan maklumat Kad Debit anda melalui laman web di mana pautan disediakan oleh e-mel yang mencurigakan.
  • Jangan berikan maklumat Kad Debit anda melalui dalam talian melainkan anda membuat pembelian.
  • Jangan menandatangani slip bayaran/resit transaksi yang kosong. Apabila anda menandatangani slip bayaran/resit transaksi, buat satu garisan melalui ruang kosong di atas jumlah perbelanjaan.
  • Jangan berikan atau pinjamkan Kad Debit anda kepada sesiapa. Kad Debit tidak boleh dipindah milik dan anda bertanggungjawab memastikan ia selamat.

Q: Apakah PIN?
A: PIN atau Nombor Pengenalan Peribadi adalah kod rahsia yang yang dikeluarkan oleh HLB/HLISB kepada Pemegang Kad, sama ada melalui permintaan atau dipilih oleh Pemegang Kad di mana-mana Cawangan HLB/HLISB menurut prosedur permohonan bagi perkhidmatan ATM dan termasuk perubahan pada hari yang sama yang dibuat oleh Pemegang Kad sekiranya berkaitan, dari semasa ke semasa. PIN ini boleh digunakan untuk membuat pembelian di kedai-kedai runcit dan membuat pengeluaran tunai serta transaksi di semua Mesin Juruwang Automatik ("ATM") Ringkasnya, PIN diperlukan untuk mengesahkan dan melengkapkan transaksi Kad Debit sama ada di ATM, Titik Jualan ( "POS") atau sebarang jenis peranti pembayaran yang memerlukan PIN.

 

Q: Kenapakah PIN lebih selamat daripada tandatangan?
A: Penggunaan PIN boleh membantu melindungi daripada penipuan disebabkan kad hilang atau dicuri kerana PIN hanya diketahui oleh Pemegang Kad. Risiko tandatangan palsu/ditiru dapat dikurangkan. Oleh itu, PIN perlu dilindungi secara selamat dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.

 

Q: Bagaimanakah cara untuk menyimpan PIN saya supaya selamat?
A: Antara langkah untuk mengekalkan PIN anda dirahsiakan dan selamat termasuklah:

  • Jangan gunakan nombor yang berkaitan dengan hari jadi atau tarikh ulang tahun, nombor telefon, no. KP, lesen memandu sebagai PIN;
  • Jangan menyimpan rekod bertulis PIN;
  • Jangan benarkan mana-mana pihak ketiga untuk melihat PIN anda apabila ia dimasukkan atau dipamerkan;
  • Jangan simpan PIN dalam bentuk yang boleh dikenal pasti dengan mudah sebagai PIN;
  • Jangan dedahkan PIN kepada mana-mana pihak ketiga (termasuk orang yang jelas memiliki kuasa, ahli keluarga atau pasangan);
  • Jangan cuai atau melulu mendedahkan PIN anda; dan
  • Maklumkan kepada Bank jika PIN telah diketahui oleh orang lain dan tukar PIN dengan serta merta.

 

Q: Kenapakah saya perlu tukar Kad Debit Chip &Signature ("C&S") yang saya miliki sekarang kepada Kad Debit P&P baharu?
A: Semua Bank telah diberi mandat oleh Bank Negara Malaysia ( "BNM") untuk mendapatkan Pemegang Kad menukar Kad Debit C&S mereka yang sedia ada kepada Kad Debit P&P yang baharu sebelum 31 Disember 2016 atau tarikh yang dinyatakan dalam SMS atau skrin ATM.

 

Q: Apakah yang berlaku jika saya tidak menukar Kad Debit C&S saya?
A: Selepas tarikh akhir yang ditetapkan untuk pertukaran, Kad Debit C&S anda tidak lagi sah untuk digunakan. Anda mungkin tidak dapat melaksanakan pembelian runcit dan urus niaga ATM (termasuk pengeluaran tunai).

 

Q: Bolehkah saya meminta HLB untuk menghantar Kad Debit P&P baharu kepada saya?
A: Tidak boleh. Anda perlu mengunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB untuk menukar sendiri Kad Debit C&S anda kepada Kad Debit P&P yang baharu.

 

Q: Apakah perbezaan antara Kad Debit C&S saya dengan Kad Debit P&P yang baharu?
A: Kad Debit P&P adalah Kad Debit dengan PIN yang selamat yang memerlukan Pemegang Kad memasukkan PIN untuk melaksanakan transaksi POS.

 

Q: Bagaimanakah saya membezakan Kad Debit C&C dan P&P HLB?
A: Kad Debit P&P HLB/HLISB mempunyai logo Tanpa Sentuh Malaysian Chip Card Specification (“MCCS”) (dan logo Visa payWave bagi Kad Debit HLB sahaja) serta logo MyDebit masing-masing di sebelah atas dan bahagian tengah kanan Kad Kredit. Contoh Kad Debit  P&P dan C&S ditunjukkan di bawah:

 

P&P Debit Card (New)

P&P debit card

C&S Debit Card (Old)

C&S debit card

Q: Saya kini malksanakan transaksi dengan PIN, apakah perbezaannya?
A: Transaksi berasaskan PIN yang anda berurus niaga sekarang adalah melalui saluran MyDebit/MEPS (atau Debit) manakala tandatangan (pada resit transaksi) adalah melalui VISA/MasterCard. Pada masa hadapan dan/atau berkuat kuasa 1 Januari 2017, semua transaksi akan berasaskan PIN melalui saluran MyDebit, MEPS, VISA atau MasterCard.

 

Q: Adakah transaksi ATM dan POS mempunyai PIN yang sama?

A: Ya, seperti yang terkandung dalam No. 1 di sini.

 

Q: Bolehkah saya meminta 2 PIN yang berbeza untuk transaksi ATM dan POS?
A: Tidak boleh.

 

Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya guna Kad Debit P&P yang baharu di Malaysia?
A: Ya, jika anda diminta oleh peniaga untuk memasukkan PIN anda. Harap maklum bahawa berkuatkuasa 1 Januari 2017, semua transaksi pembayaran yang dilakukan melalui POS dan/atau peranti pembayaran lain akan memerlukan PIN.

 

Q: Adakah PIN diperlukan untuk transaksi Kad Debit dengan Kad Tidak Hadir (Auto Debit, Pesanan Mel Pesanan Telefon dan/atau pembelian dalam talian)?

A: Tidak, PIN tidak diperlukan. PIN digunakan di ATM, terminal POS dan/atau peranti pembayaran lain sahaja. Bagi transaksi dalam talian selamat, Pemegang Kad perlu memasukkan kata laluan satu kali (one-time password, OTP) VISA Secured atau MasterCard Secured, yang akan dihantar kepada telefon mobile mereka untuk mengesahkan transaksi.

 

Q: Apakah yang berlaku jika saya gunakan Kad Debit P&P baharu saya di terminal POS yang tidak menyokong PIN?
A: Terminal POS akan memproses transaksi menggunakan Kad P&P anda tanpa meminta PIN dan anda perlu menandatangan resit transaksi untuk melengkapkan urus niaga.

 

Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN di kiosk atau terminal layan diri (contohnya stesen minyak) di Malaysia?
A: Jika kiosk atau terminal layan diri menyokong PIN, ia akan meminta anda untuk memasukkan PIN apabila anda menyelitkan kad pada terminal. Jika anda tidak tahu, atau jika anda tidak mempunyai kad yang diupayakan PIN, anda boleh masuk ke kedai untuk membayar dengan tandatangan anda di terminal dengan kakitangan.

 

Q: Bolehkah saya menggunakan Kad Debit P&P di negara yang menggunakan jalur magnetik (contohnya Amerika Syarikat)?
A: Ya, Kad Debit P&P boleh digunakan di seluruh dunia di mana jenama pembayaran Visa atau MasterCard diterima.

 

Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN untuk transaksi pra-pengesahan (contohnya daftar masuk hotel)?
A: Ya.

 

Q: Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila memulangkan barangan kepada peniaga untuk mendapat bayaran balik?
A: Tidak.

 

Q: Adakah fi dikenakan bagi menukar Kad Debit C&S kepada Kad Debit P&P yang baharu?
A:Sila rujuk jadual di bawah tentang jenis Kad Debit yang Pemegang Kad boleh tukar tanpa menanggung sebarang fi kad gantian.

recading table

Q: Bolehkah Pemegang Kad Debit Biru Generik sedia ada memilih Kad Debit Hello Kitty P&P yang baharu?
A:Boleh, tetapi fi nominal akan dikenakan.

 

Pertukaran PIN
Q: Bolehkah saya menukar PIN (kali pertama atau seterusnya) di ATM bank yang lain?
A:Tidak, anda hanya boleh menukar PIN Kad Debit P&P anda di ATM HLB atau log masuk Hong Leong Connect bawah "Perkhidmatan Lain>Cipta PIN / Tukar PIN".

 

Q: Adakah terdapat peraturan tentang memberikan nombor PIN kepada Kad Debit P&P baharu?
A: Tidak, tetapi sesetengah langkah/kawalan amat digalakkan seperti yang terkandung pada No. 3 di sini.

 

PIN Salah/Terlupa
Q: Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan PIN yang salah?
A:Tiga percubaan dibenarkan sebelum Kad Debit P&P anda disekat. Apabila Kad Debit disekat, anda perlu mengunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB atau log masuk ke Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect untuk menetapkan semula PIN anda.

 

Q: Apakah yang akan berlaku jika saya terlupa PIN?
A:Anda boleh kunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB untuk menetapkan semula PIN anda. Anda juga boleh log masuk ke Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect untuk mencipta PIN baharu.

 

Transaksi Petrol
Q:Bolehkah saya menggunakan Kad Debit P & P baru saya di pam petrol layan diri (kios luar) di Malaysia?
A: Ya anda boleh. Jika anda berurusniaga di kiosk petrol layan diri yang dinaik taraf dengan PIN, anda akan diminta untuk memasukkan PIN 6 digit anda untuk melengkapkan pembayaran dengan Kad Debit P & P anda.

Jika anda berurus niaga di kiosk petrol layan diri tanpa PIN, anda TIDAK akan diminta untuk memasukkan PIN anda untuk melengkapkan pembayaran dengan Kad Debit P & P anda.

 

Q: Bolehkah saya terus menggunakan Kad Debit C & S saya di pam petrol layan diri (kios luar)?
A: Sama ada anda boleh terus menggunakan Kad Debit C & S anda di pam petrol layan diri / kios luar bergantung kepada jenis kios yang anda berurus niaga.
Jika anda berurusniaga di kiosk petrol layan diri yang dinaik taraf dengan PIN, anda akan diminta untuk memasukkan PIN 6 digit anda. Tanpa PIN 6 angka, anda tidak akan dapat melengkapkan pembayaran dengan Kad Debit C & S anda. Oleh itu, anda perlu meneruskan ke kaunter juruwang untuk membayar dengan Kad Debit C & S anda.

Jika anda berurus niaga di kiosk petrol layan diri tanpa PIN, anda TIDAK akan diminta untuk memasukkan PIN anda, oleh itu, anda boleh melengkapkan pembayaran anda dengan Kad Debit C & S anda.

 

LUAR NEGARA
Q: Saya akan ke luar negara untuk bercuti. Bolehkah saya guna Kad Debit P&P di kedai-kedai luar negara?
A: Boleh. Anda boleh guna Kad Debit P&P anda di mana-mana kedai di seluruh dunia yang menerima VISA/MasterCard.

 

Q: Saya bercuti ke luar negara membawa Kad Debit P&P baharu. Apakah yang saya perlu lakukan sebelum perjalanan?
A: Anda perlu mengaktifkan Kad Debit P&P baru anda dan memilih PIN pilihan, jika anda masih belum berbuat demikian, sebelum melancong ke luar negara. Apabila berurus niaga menggunakan Kad Debit P&P baru, anda perlu memasukkan PIN 6 angka anda apabila digesa oleh terminal POS dan/atau juruwang.

 

Q: Saya bercuti ke luar negara membawa Kad Debit P&P saya. Saya menyedari bahawa saya terlupa PIN 6 angka apabila menggunakan Kad Debit P&P saya. Apakah yang patut saya lakukan?
A: Anda perlu minta peruncit melangkau kemasukan PIN dan sebaliknya menggunakan tandatangan. Untuk menukar PIN 6 angka anda dengan segera, log masuk ke Hong Leong Connect dengan melakukan langkah berikut:

Langkah 1: Log masuk www.hongleonconnect.my

Langkah 2: Pergi ke ‘Tetapan’ >‘Menguruskan PIN Kad’ >‘Cipta PIN/ Tukar PIN’

Langkah 3: Pilih Akaun >Masukkan ‘PIN Baharu’ >Sahkan ‘PIN Baharu’

Langkah 4: Masukkan no. TAC >Klim ‘Serah’

 

Q: Saya bercuti ke luar negara membawa Kad Debit P&P saya. Saya ada PIN 6 angka bersama saya tetapi peruncit memaklumkan bahawa terminal PIN tiada keupayaan PIN (menerima tandatangan sahaja)/terminal POS hanya menerima PIN 4 angka sahaja. Apakah yang patut saya lakukan?

A: Anda perlu minta peruncit melangkau kemasukan PIN dan sebaliknya menggunakan tandatangan.

 

Lain-lain
Q: Bolehkah saya kenal pasti transaksi Kad Debit P&P yang sah pada Resit Transaksi dan/atau penyata?
A: Boleh. Resit transaksi dan/atau penyata akan memaparkan perkataan "PIN Disahkan".

 

Q: Adakah PIN dicetak pada resit transaksi?
A: Tidak.

 

Q: Adakah saya perlu tandatangan pada belakang Kad Debit P&P saya?
A: Ya, ini adalah perlu kerana tandatangan akan terus digunakan untuk pengesahan dalam keadaan tertentu (contohnya pergi ke negara di mana PIN tidak digunakan, di mana terminal peniaga tidak dinaik taraf untuk menyokong transaksi berasaskan PIN dan sebagainya).

 

Q: Adakah semua peniaga tahu cara memproses transaksi P&P?
A:Semua peniaga akan dilatih untuk melaksanakan transaksi  P&P (berasaskan PIN) Ini akan dilakukan dalam tempoh sehingga 30 Jun 2017.

 

Q: Adakah tandatangan masih diperlukan pada Resit Transaksi selepas PIN dimasukkan?

A: Tandatangan tidak diperlukan pada mana-mana Resit Transaksi apabila PIN telah disahkan. Draf Jualan akan memaparkan perkataan “PIN Disahkan”.

 

Q: Adakah PIN diperlukan untuk Transaksi Tanpa Sentuh?
A:

  • PIN tidak diperlukan untuk transaksi  sehingga RM250 dalam satu resit. Jika transaksi  melebihi RM250 dalam satu resit, anda dikehendaki untuk memasukkan PIN anda.
  • Untuk had tanpa sentuh terkumpul, anda boleh melaksanakan transaksi sehingga RM400. Sebaik sahaja anda telah mencapai had sentuh terkumpul, anda dikehendaki untuk melakukan transaksi hubungan dan masukkan PIN untuk menetapkan semula had terkumpul anda.
Untuk transaksi lancar dengan kad debit anda, sila pastikan: 


1. Membolehkan perkhidmatan yang berkaitan pada HLB Connect: 

  1. Pembelian Runcit Luar Negara

  2. Pengeluaran Runcit Luar Negara

c.  Pembelian Dalam Talian tanpa OTP

d.  Auto Debit/Peasanan Telefon


2. Tetapkan had transaksi kad debit anda


3. Sentiasa pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun anda sebelum membuat pembayaran.


Membolehkan Transaksi Luar Negara, Pembelian Dalam Talian,

Transaksi Auto Debit dan Had Transaksi

 

HLB Connect App Step 1


Log masuk ke HLB Connect App

HLB Connect App Step 2


Klik pada akaun semasa/simpanan

HLB Connect App Step 3


Klik pada Perkhidmatan, pilih Tetapan Kad Debit 

HLB Connect App Step 4


Klik untuk membolehkan/tutup perkhidmatan

yang berkaitan

HLB Connect App Step 5


Mengesahkan permintaan anda, dan anda

sudah selesai!

HLB Connect Online Step 1


Log masuk ke HLB Connect Online

HLB Connect App Online 2


Di bawah Perkihdnatan Lain > Debit /Kad ATM,

pilih tetapan kad

HLB Connect Online Step 3


Klik untuk membolehkan/tutup perkhidmatan

yang berkaitan

HLB Connect Online Step 4


Pergi ke HLB Connect App, mengesahkan permintaan anda,

dan anda sudah selesai!

 

 

Bagaimanakah saya boleh menukar Had Transaksi kad debit 

 

HLB Connect App Step 1


Log masuk ke HLB Connect App

HLB Connect App Step 2


Klik pada akaun semasa/simpanan

HLB Connect App Step 3


Klik pada ‘Kad’ tab, kemudian klik pada Tetapan dan had ikon

HLB Connect App Step 4


Di bawah Had Harian, isikan amaun baru dalam kota

yang berkaitan dan klik Seterusnya

HLB Connect App Step 5


Mengesahkan permintaan anda, dan anda sudah selesai!

HLB Connect 1


Log masuk ke HLB Connect Online

HLB Connect 2


Di bawah Perkihdnatan Lain > Debit /Kad ATM,

pilih had transaksi kad

HLB Connect 3


Isikan amaun di bawah kolumn Limit Baru

HLB Connect 4


Pergi ke HLB Connect App, mengesahkan permintaan anda,

dan anda sudah selesai!

 

Q: Apakah definisi transaksi Luar Negara?

A: Transaksi Luar Negara adalah transaksi yang dilaksanakan di luar negara (iaitu di luar Malaysia). Transaksi luar negara termasuklah transaksi -pembelian semasa jualan (“POS”) dan pengeluaran wang tunai melalui ATM di luar Malaysia.

 

Q: Apakah definisi Pembelian Dalam Talian tanpa OTP?

A:   Pembelian Dalam Talian membolehkan pengguna membeli barangan atau perkhidmatan terus daripada pedagang melalui internet (cth. tapak web/aplikasi) yang tidak memerlukan kata laluan satu kali (OTP) 6 digit.

 

Q: Bolehkah saya opt-in hanya untuk Pembelian Dalam Talian tanpa OTP dan bukan transaksi Luar Negara?
A: Ya, Pemegang Kad Debit boleh memilih untuk mengikut serta mana-mana daripada empat (4) jenis transaksi seperti di bawah:

a. Pembelian Runcit Luar Negara

b. Pengeluaran Runcit Luar Negara

c.  Pembelian Dalam Talian tanpa OTP

d.  Auto Debit/Peasanan Telefon

 

Q:Jika saya memegang kad ATM Hong Leong, adakah saya perlu opt-in juga?
A: Anda dikehendaki opt-in sekiranya anda ingin melakukan pengeluaran ATM Luar Negara. 

 

Q: Jika saya memilih untuk melakukan transaksi Luar Negara, adakah ia akan berkuatkuasa serta-merta?
A: Ya, ia akan berkuat kuasa serta-merta.

 

Q: Kenapakah saya perlu memberi kebenaran untuk melaksanakan Transaksi CNP dan Luar Negara?
A: Ini adalah selaras dengan peraturan-peraturan baru yang telah dikenakan oleh Bank Negara Malaysia mandatori kepada semua institusi kewangan dan pengeluar untuk menghalang mana-mana Pemegang Kad Debit daripada membuat sebarang transaksi CNP yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik atau mana-mana transaksi Luar Negara menggunakan Kad Debit KECUALI Pemegang Kad Debit telah memilih untuk melaksanakan transaksi tersebut. Keperluan untuk memilih masuk(“opt in”) bertujuan untuk memastikan bahawa langkah-langkah dan kawalan pengurusan risiko yang mencukupi dilaksanakan dalam kalangan institusi kewangan dan pengeluar, dan untuk mendidik Pemegang Kad Debit tentang amalan yang selamat bagi mengurangkan risiko transaksi tanpa kebenaran, khususnya transaksi CNP dan Luar Negara.

 


Ciri & Manfaat


Fungsi Tambah Nilai Automatik

Tambah nilai auto RM50 apabila baki kurang daripada RM50.
 

Pratambah sebanyak RM50

Pratambah sebanyak RM50. Didebitkan daripada Akaun Pembelian Runcit Kad Debit selepas Kad Zing Debit dikeluarkan.
 

Dipautkan kepada Kad Debit Hong Leong

Tawaran hanya untuk Pemegang Kad Debit Hong Leong sahaja. Sejumlah RM100 akan diperuntukkan dalam Akaun Pembelian Runcit Kad Debit.
 

E-Penyata Percuma

E-Penyata Percuma melalui www.touchngo.com.my

Penggunaan Lain

Boleh digunakan untuk pengangkutan awam, tempat letak kereta, outlet saudagar Touch ’n Go, penjagaan kesihatan dan banyak lagi.
 


Terma & Syarat


Soalan Lazim


S: Apakah Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?

J: Kad Zing Debit Touch ’n Go Hong Leong adalah Kad Touch ‘n Go dengan ciri tambah nilai automatik yang dipautkan kepada Akaun Semasa atau Simpanan Hong Leong melalui Kad Debit Hong Leong iaitu Akaun Pembelian Runcit Kad Debit. Setiap kali baki Kad Zing Debit anda jatuh di bawah RM50, ia secara automatik akan ditambah nilai sebanyak RM50 dan jumlah ini akan didebitkan dari Akaun Pembelian Runcit Kad Debit anda.
 

Fi & Caj

S: Apakah fi dan caj yang akan dikenakan kepada Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?

J: 

Penerangan Fi & Caj

Fi & Caj*

Fi Tambah Nilai Automatik 

RM0.50 setiap tambah nilai

Fi Penyenggaraan

(Setiap 6 bulan sekali)

RM5.00

*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan

  • Fi Penyenggaraan merujuk kepada penyenggaraan nilai yang tidak digunakan pada selang enam (6) bulanan dari tarikh Cip TNG dalam Kad Zing dianggap tidak aktif. 
  • Tidak aktif bermaksud Kad Zing tanpa transaksi kad (tambah nilai atau penggunaan) bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan berturut-turut.
     

S: Berapa lamakah proses bayaran balik jika saya ingin menamatkan kad dan masih terdapat baki dalam Kad Zing Debit?

J: Ia memerlukan empat belas (14) hari bekerja dan jumlah baki akan dikreditkan kembali ke Akaun Pembelian Runcit Kad Debit anda.
 

S: Bilakah jumlah peruntukan RM100 akan dilepaskan selepas pelanggan meminta untuk membatalkan Kad Zing/Kad Debit?

J: RM100 akan dilepaskan dalam masa empat belas (14) hari selepas tarikh permintaan pelanggan dikemukakan.
 

S: Berapa kerap saya boleh menambah nilai Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong saya dalam satu hari?

J: Hanya satu (1) tambah nilai automatik dibenarkan dalam sehari.
 

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.