AppAuthorise ialah ciri keselamatan yang diperlukan untuk meluluskan pembayaran atau pemindahan (yang dilakukan melalui Perbankan Dalam Talian/Perbankan Mudah Alih HLB Connect) yang dahulunya memerlukan SMS TAC.
Notifikasi akan dihantar ke peranti mudah alih anda (dimana Aplikasi HLB Connect telah ditetapkan). Setelah mengetik pada notifikasi, anda akan dapat melihat butiran transaksi anda dan ‘Sahkan' atau 'Tolak' transaksi melalui Aplikasi HLB Connect.
Klik di sini untuk melihat Soalan Lazim tentang AppAuthorise.
Bagaimana caranya?
Langkah 1:
Mulakan pembayaran/pindahan atau mohon produk & perkhidmatan pembiayaan pada HLB Connect Online dan/atau Aplikasi HLB Connect.
Langkah 2:
Semak butiran dan membenarkan atau menolak permintaan pada Aplikasi HLB Connect
Langkah 3:
Semak status transaksi
Masih belum ada Aplikasi HLB Connect? Imbas sekarang untuk memuat turun:
1) Jika anda adalah pengguna HLB Connect sedia ada dan memuat turun HLB Connect App buat kali pertama, anda dikehendaki memuat/mengikat peranti mudah alih anda ke HLB Connect App anda. AppAuthorise akan dibolehkan secara automatik selepas proses tersebut.
Sebagai sebahagian daripada tujuan pengesahan, anda akan diminta untuk memasukkan TAC 6-digit, nombor ID (Nombor Kad Pengenalan/Passport/Pendaftaran Perniagaan) dan Kod Pengaktifan Peranti (dihantar ke alamat e-mel Connect anda). Setelah anda memberikan semua butiran, AppAuthorise akan dibolehkan secara automatik di HLB Connect App anda.
2) Jika anda mendaftar untuk HLB Connect buat kali pertama, kami mengesyorkan anda memuat turun HLB Connect App terlebih dahulu supaya anda boleh melakukan dua perkara di aplikasi (i) Daftar untuk HLB Connect dan (ii) Membolehkan AppAuthorise.
Jika anda tidak mempunyai Kad Debit/Kredit, kami mengesyorkan anda melaksanakannya di mana-mana cawangan HLB kerana anda perlu meminta ID Sementara untuk mendaftar untuk HLB Connect.
PENTING: Semasa anda membolehkan AppAuthorise di peranti baharu, anda akan tertakluk kepada Tempoh Bertenang (Cooling-Off Period) selama 1 jam. Anda hanya boleh meluluskan transaksi anda selepas Tempoh Bertenang tamat. Anda masih boleh melaksanakan fungsi/transaksi lain yang tidak memerlukan AppAuthorise semasa anda berada dalam Tempoh Bertenang.
Jika anda tidak melihat/menerima notifikasi AppAuthorise pada Aplikasi HLB Connect anda apabila anda melakukan transaksi (yang memerlukan AppAuthorise) di HLB Connect Online, anda hanya perlu ketik pada ikon AppAuthorise di bahagian bawah skrin log masuk Aplikasi HLB Connect anda untuk melancarkan skrin AppAuthorise anda.
Jika anda tidak menerima notifikasi, ini mungkin disebabkan oleh:
i. Peranti mudah alih anda tidak mempunyai sambungan Internet yang aktif. Sila dayakan sambungan Internet pada peranti mudah alih anda untuk memastikan kelancaran transaksi.
ii. Anda belum mendayakan notifikasi untuk Aplikasi HLB Connect pada peranti mudah alih anda. Sila pastikan notifikasi telah didayakan untuk Aplikasi HLB Connect pada peranti mudah alih anda untuk memastikan kelancaran transaksi.
Untuk Peranti iOS:
1. Ketik pada 'Tetapan'
2. Ketik pada 'Pemberitahuan'
3. Cari 'HLB Connect' dan ketik padanya
4. Ketik pada 'Benarkan Pemberitahuan'
Untuk Peranti Android:
1. Ketik pada 'Tetapan'
2. Ketik pada 'Pemberitahuan'
3. Cari 'HLB Connect' dan ketik padanya
4. Ketik pada 'Tunjukkan Pemberitahuan'
Untuk Peranti Huawei:
1. Ketik pada 'Tetapan'
2. Ketik pada 'Apl'
3. Cari 'HLB Connect' dan ketik padanya
4. Ketik pada 'Tunjukkan Pemberitahuan'
Kod Pengaktifan Peranti ialah ID dengan 10 aksara abjad angka. Ini adalah pengesahan tambahan yang diperlukan selain daripada SMS TAC, apabila anda memuat/mengikat peranti mudah alih anda ke HLB Connect App. Setelah ini dilakukan, AppAuthorise akan dibolehkan secara automatik.
Apabila permintaan untuk Kod Pengaktifan Peranti dicetuskan, Bank:
- Menghantar e-mel kepada anda dengan Frasa Keselamatan dan PDF yang dilindungi kata laluan yang mengandungi Kod Pengaktifan Peranti; dan
- Menghantar SMS kepada anda tentang cara menyahsulit PDF itu untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Peranti anda.
PENTING:
- JANGAN teruskan jika Frasa Keselamatan tidak sepadan dengan Frasa Keselamatan yang anda lihat pada HLB Connect App
- Kod Pengaktifan Peranti hanya sah untuk penggunaan sekali sahaja dan semasa anda membolehkan AppAuthorise di HLB Connect App. Jika anda keluar/menutup sesi, anda akan menerima Kod Pengaktifan Peranti baharu apabila anda memulakan semula proses.